Harga Naik Kpdnhep Lancar Op Pasar


 azrulhakimie
Kenaikan harga barangan didakwa capai 200 peratus di pasaran KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan Op Pasar (Sayur 2) di seluruh negara mulai semalam.
Ia susulan laporan kenaikan harga barangan makanan itu yang didakwa mencapai tahap hingga 200 peratus di pasaran.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata setakat hari pertama, 43 premis dan 131 jenis sayur seperti sawi, kacang buncis, brokoli dan cili merah telah diperiksa meliputi semua peringkat rangkaian pengedaran iaitu pembekal, pemborong dan peruncit di seluruh negara.
“Kementerian tidak pernah memandang ringan keluhan pengguna dan peniaga terhadap kenaikan harga barang di pasaran kerana kami juga mempunyai keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang turut merasai tempias ini.
“Setakat semalam, KPDNHEP telah mengeluarkan 43 notis pengesahan maklumat bertulis dan 40 notis bertulis kepada peniaga bagi mendapatkan pengesahan sama ada wujud unsur pencatutan atau ambil untung berlebihan atas harga jualan sayuran,” katanya ketika ditemui pada program kempen keselamatan pengguna kerjasama Petronas dan KPDNHEP di Kuala Berang, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merangkap Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad Azrul Osman Rani.
Tambah Rosol lagi, bagi notis pengesahan maklumat bertulis, peniaga diberi masa dua hari untuk menjawab manakala untuk notis bertulis, tempoh lima hari diperuntukkan untuk mendapatkan maklum balas.
Pada masa sama, seramai 1,000 pegawai pemantau harga (PPH) ditugaskan untuk membuat pemantauan di 1,500 lokasi setiap hari bagi meninjau serta merekodkan perubahan harga sayur-sayuran di pasaran.
“PPH dan pegawai penguat kuasa kita memang turun padang setiap hari tanpa gagal untuk memantau harga barangan di lapangan dan sentiasa melaporkannya sekiranya berlaku perubahan harga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dijangka akan memberi maklum balas berhubung saranan kementerian kepada syarikat itu untuk menangguhkan sementara kenaikan harga roti esok.
Beliau berkata saranan itu disampaikan kepada syarikat berkenaan dalam satu pertemuan pada Jumaat untuk mendapatkan justifikasi mengenai perubahan harga itu.
“Walaupun begitu, kita juga sedang memikirkan mekanisme untuk membantu mereka (Gardenia (KL) Sdn Bhd) yang turut terkesan dengan peningkatan harga gandum yang membawa kepada kenaikan harga roti. Kita seboleh-bolehnya mahu mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak dan peniaga tidak perlu sampai tutup kilang sementara pengguna juga tidak terbeban dengan kenaikan harga walaupun 10 sen,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/harga-naik-kpdnhep-lancar-op-pasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nilai Ringgit Jatuh Harga Barang Naik

Nilai Ringgit Jatuh Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 396 hits
Kenaikan harga barang barang keperluan harian yang tidak terkawal sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan oleh kemerosotan nilai mata wang Ringgit berbanding beberapa wata wang dunia lainnya Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul...
Harga Baja Racun Naik Kerajaan Cari Penyelesaian Terbaik

Harga Baja Racun Naik Kerajaan Cari Penyelesaian Terbaik

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 266 hits
Sebagai respons awal kerajaan telah memperuntukkan RM232 juta BELURAN Kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi membantu peladang dan petani yang terjejas dengan kenaikan harga ...
Genap 100 Hari Ismail Sabri Jadi Pm Harga Barang Pun Naik Juga

Genap 100 Hari Ismail Sabri Jadi Pm Harga Barang Pun Naik Juga

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 532 hits
AGENDA DAILY Flash mob pemuda Amanah di ibu kota hari ini Cukup 100 hari Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri Malaysia kesembilan hari ini tetapi pada masa sama harga barang keperluan rakyat juga nampaknya naik mendadak Se...
Bergambar Demo Harga Barang Naik Sany Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Turunkan Harga Barang Keperluan

Bergambar Demo Harga Barang Naik Sany Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Turunkan Harga Barang Keperluan

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 545 hits
November 29 2021 Pemuda Amanah dan biro mobilisasi parti itu turun ke jalan raya hari ini untuk melakukan flash mob di 14 lokasi di seluruh negara bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan asas Flash mob itu diada...
Sejak Zaman Abah Kau Harga Barang Naik Cecah Paras Tertinggi

Sejak Zaman Abah Kau Harga Barang Naik Cecah Paras Tertinggi

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 401 hits
Sejak zaman abah kau harga barang naik cecah paras tertinggi Najib Razak membidas kenyataan Pemuda Bersatu yang mencetuskan persoalan jika kenaikan barangan dipengaruhi oleh kemenangan BN pada pilihan raya negeri Melaka pada 20 November lal...
Harga Barang Naik Bentuk Jawatankuasa Kabinet Ambil Tindakan Segera Anwar

Harga Barang Naik Bentuk Jawatankuasa Kabinet Ambil Tindakan Segera Anwar

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 331 hits
Kenaikan harga barang yang mencapai tahap krisis dan membebankan rakyat marhaen perlu ditangani segera dengan pembentukan jawatankuasa kabinet Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim kenaikan harga bukan perkara...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Bunga Liar Bidens Alba

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik