Padah Pegawai Gred48 Kemukakan Tuntutan Elaun Perjalanan Palsu Dikenakan Tindakan Tatatertib


Padah Pegawai Gred48 Kemukakan Tuntutan Elaun Perjalanan Palsu dikenakan Tindakan Tatatertib 2 Tidak kira siapa anda, ujian ketamakan diri bukan perkara mainan. Siapa sangka, dengan nilaian yang tak seberapa anda boleh merosakkan reputasi nama baik dan memalukan diri bila terperangkap. Hal ini dibuktikan apabila kes seorang Timbalan Pengarah di sebuah jabatan kerajaan telah ditangkap membuat tuntutan elaun palsu dan telah dikenakan tindakan tatatertib. Ikuti kisah nyata ini yang benar-benar berlaku di dalam masyarakat kita.
Kes Pemalsuan Tuntutan Elaun Perjalanan Palsu Oleh Timbalan Pengarah Kerajaan sebenarnya benar-benar komited ingin menjadikan Malaysia sebuah negara aman, selamat dan mempunyai ekonomi yang stabil. Untuk itu, penjawat awam dilihat salah satu faktor utama yang perlu dijaga bagi kesinambungan ekonomi yang lebih mapan. Oleh itu, pihak kerajaan sentiasa memikirkan pelbagai kaedah untuk memantapkan urusan penjawat awam malah baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan untuk membuat Kemaskini Terbaru Elaun dan Imbuhan Tetap Penjawat Awam.
Malangnya, makin besar gaji dan makin besar elaun atau imbuhan yang diberikan nampaknya lain pula yang terjadi. Ini mungkin ujian untuk dirinya tetapi kita patut jadikan tauladan buat kita semua. Untuk pengetahuan semua, gaji pokok untuk pegawai gred J48 ini sangatlah tinggi, anda boleh lihat di post yang kami kongsikan di Jadual Gaji Skim Perkhidmatan Awam Bahagian Kejuruteraan Bagi Gred J.
GredMinimumMaksimumKenaikan TahunanJ48RM5208.00RM11766.00RM270.00 Laporan Kes Penipuan Puan JH adalah seorang Juruukur Gred J48 yang berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Y. Berdasarkan laporan yang diterima, terdapat dakwaan bahawa pegawai ini telah mengemukakan tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri dengan menyertakan butiran palsu dalam tempoh dari 7 November 2003 hingga 9 November 2003 dan 14 November 2003 hingga 17 Januari 2004.
Penentuan Kes Timbalan Pengarah Gred J48 Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1), yang merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain daripada buang kerja atau turun pangkat, mengikut peraturan 35 dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Baginda berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib yang telah berlaku sepatutnya dikenakan hukuman selain daripada buang kerja atau turun pangkat mengikut peraturan 36 dalam Peraturan yang sama.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993Baca Peraturan 1993 (Dibawah Kelakuan & Tatatertib) Wujud atau Tidak Wujud Suatu Kesalahan Tatatertib Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1), yang merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain daripada buang kerja atau turun pangkat, selepas menimbang kes ini mengikut peraturan 36(1) dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpuas hati bahawa terdapat kesalahan tatatertib dalam kes ini.
Senarai Pertuduhan Timbalan Pengarah Gred J48 ini telah dikenakan 2 pertuduhan seperti berikut:
Pertuduhan 1 Bahawa Puan JH (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), yang memegang jawatan sebagai Juruukur Gred J48 semasa bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Y pada 10 Disember 2001, telah mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran palsu bagi bulan November 2001 dengan jumlah RM1,270.25. Tuntutan tersebut berkaitan dengan elaun makan, elaun lojing, dan elaun harian untuk tugas di luar pejabat di Sungai Petani, Kedah, dari 7 November 2001 hingga 9 November 2001.
Perbuatan Puan boleh dianggap sebagai kurang jujur, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab, yang bertentangan dengan tatakelakuan yang ditetapkan dalam peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g) dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti yang berikut:
“4(2) Seorang pegawai tidak boleh:
(f) bertindak tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab.”
Pertuduhan 2 Bahawa Puan JH (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), yang memegang jawatan sebagai Juruukur Gred J48 semasa bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Y pada 10 Disember 2001, telah mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran palsu bagi bulan November 2003 dengan jumlah RM1,270.25. Tuntutan tersebut berkaitan dengan elaun lojing untuk tugas di luar pejabat di Pekan, Pahang, dari 14 November 2003 hingga 17 November 2003, walaupun penginapan Puan telah ditanggung oleh pihak penganjur iaitu Syarikat TZ.
Perbuatan Puan telah melanggar perenggan 4.3.5 dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003 dan boleh dianggap sebagai tindakan yang kurang jujur, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab, yang bertentangan dengan tatakelakuan yang ditetapkan dalam peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti yang berikut:
“4(2) Seorang pegawai tidak boleh:
(f) bertindak tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab.”
Representasi Pegawai Pegawai mempunyai hak untuk mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut, seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1) dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi berikut:
Pertuduhan 1 Pegawai menjelaskan bahawa tuntutan perjalanan palsu untuk bulan November 2003 adalah berdasarkan pengetahuan, kelulusan, dan arahan daripada Pengarah Jabatan Y. Pegawai membuat tuntutan ini kerana pada tarikh dan masa yang penting, beliau sedang menjalankan tugas yang merangkumi semua kerja-kerja yang berkaitan dengan tugasan rasmi.
Tambahan pula, tuntutan tersebut telah diluluskan oleh Pengarah Jabatan Y dan pihak Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Kedah. Dengan ini, pegawai menyatakan bahawa jika terdapat sebarang maklumat palsu dalam tuntutan tersebut, Pengarah Jabatan Y dan pihak Akauntan Negara juga tidak akan memberikan kelulusan untuk tuntutan tersebut.
Pertuduhan 2 (a) Pegawai menjelaskan bahawa semasa menjalankan tugasan luar di Pekan, Pahang pada 14 hingga 17 November 2003, Pengarah Jabatan Y turut hadir. Pegawai tidak memperoleh sebarang maklumat yang mengesahkan bahawa Syarikat TZ bertindak sebagai penganjur bagi tugasan tersebut. Pegawai hanya mengetahui bahawa Syarikat TZ adalah pelanggan dan bukan penganjur bagi tugasan tersebut. Pengarah Jabatan Y sendiri telah mengetahui keadaan ini. Jika pegawai tidak membuat tuntutan, ia mungkin akan diterjemahkan sebagai menerima rasuah daripada Syarikat TZ.
(b) Pegawai menjelaskan bahawa tuntutan elaun lojing beliau telah mendapat kelulusan daripada Pengarah Jabatan Y. Oleh itu, tuduhan bahawa pegawai memalsukan tuntutan tersebut adalah tidak berasas.
(c) Pegawai juga ingin menekankan bahawa beliau telah dianugerahkan Khidmat Cemerlang berdasarkan prestasi kerja yang cemerlang dan telah lulus PTK aras IV. Sekiranya pegawai benar-benar bersalah seperti yang dituduh, ini akan mencerminkan prestasi kerja yang kurang cemerlang. Oleh itu, pegawai memohon agar pihak Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk menggugurkan semua tuduhan tanpa syarat.
Ulasan Ketua Jabatan Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan bahawa:
Pegawai telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Y mulai 2 September 2002; dan Sepanjang tempoh perkhidmatannya, pegawai telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Keputusan Lembaga Tatatertib Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, membuat keputusan berikut:
Pertuduhan 1 dan 2 Pegawai didapati bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘penurunan gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji selama dua belas (12) bulan bagi kesalahan-kesalahan tersebut, mengikut peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan:
Pegawai didapati bersalah terhadap pertuduhan; Perbuatan pegawai mencemarkan imej perkhidmatan awam; dan Menjadi pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Rayuan Pegawai Pegawai (perayu) telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib dengan alasan-alasan berikut:
Perayu merayu untuk meringankan hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya kerana ia telah memberi kesan negatif terhadap imej dan kedudukan perayu sebagai seorang Timbalan Pengarah; Perayu merasa bahawa sebelum menerima pertuduhan, isu tersebut telah tersebar dan diketahui oleh ramai, kecuali diri perayu sendiri, menyebabkan perasaan tertentu daripada rakan-rakan sekerja; dan Perayu menegaskan bahawa selama 30 tahun perkhidmatan perayu, prestasi kerja perayu telah sentiasa cemerlang dan tidak pernah dipersoalkan. Selain tugas rasmi di pejabat, perayu juga aktif dalam aktiviti sukan dan persatuan walaupun pada usia yang melebihi 50 tahun. Rayuan ini bertujuan untuk memohon penurunan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib sebelum ini.
Ulasan Ketua Jabatan Mengenai Rayuan Yang dibuat Ketua Jabatan menyokong rayuan perayu dan memohon agar hukuman yang telah dijatuhkan ke atas perayu dapat diringankan. Ketua Jabatan memberikan ulasan yang positif mengenai perayu, merujuk kepada prestasi kerja perayu yang cemerlang selama 30 tahun perkhidmatan serta peranan aktif perayu dalam aktiviti sukan dan persatuan. Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, Ketua Jabatan berpendapat bahawa hukuman yang lebih ringan adalah lebih sesuai dalam kes ini.
Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib Rayuan perayu telah ditolak dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib telah dikekalkan. Keputusan ini berdasarkan pertimbangan bahawa
rayuan perayu tidak dapat membebaskan perayu daripada pertuduhan dan perbuatan perayu mencemarkan imej perkhidmatan awam. FAQs Kes Pemalsuan Tuntuan Elaun Perjalanan Bagaimana jika ingin membuat aduan atau laporan kes pemalsuan tuntuan elaun perjalanan atau lain-lain tuntutan? Untuk membuat laporan dibawah kes etika dan tingkahlaku bagi perkhidmatan awam, anda boleh terus ke jabatan atau unit integriti dibawah kementerian masing-masing.
Adakah semua perjalanan rasmi boleh dibuat tuntuan elaun perjalanan? Tidak. Hanya perjalanan melibatkan urusan rasmi menggunakan kenderaan sendiri dan beberapa faktor lain yang akan diambil kira sahaja yang boleh dibuat tuntutan. Untuk lebih lanjut, sila berhubung dengan bahagian kewangan di jabatan masing-masing.
Adakah hanya pegawai bergred 41 dan keatas sahaja yang layak membuat sebarang tuntutan elaun perjalanan? Tidak. Semua penjawat awam layak membuat tuntutan elaun perjalanan berdasarkan urusan yang dilakukan mengikut syarat-syarat ditetapkan.
Adakah terdapat limit maksima bagi tuntutan elaun perjalanan? Tidak. Setakat info yang kami dapati, segala tuntutan elaun perjalanan boleh dibuat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Siapakah yang bertanggungjawab membuat tuntutan elaun perjalanan? Adakah penjawat awam itu sendiri atau kerani di bahagian kewangan jabatan masing-masing? Penjawat awam bertanggungjawab membuat tuntutan elaun perjalanan mereka sendiri. Tuntutan ini perlu dbuat dan diserahkan ke jabatan masing-masing.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/09/pegawai-gred48-kemukakan-tuntutan-elaun-perjalanan-palsu-dikenakan-tindakan-tatatertib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spa Beri Tindakan Tatatertib Buang Kerja Pegawai Gred 41 Kes Palsukan Sijil Sakit

Spa Beri Tindakan Tatatertib Buang Kerja Pegawai Gred 41 Kes Palsukan Sijil Sakit

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 252 hits
SPA Beri Tindakan Tatatertib Buang Kerja Pegawai Gred 41 Kes Palsukan Sijil Sakit 2 Tidak menghadirkan diri untuk bertugas dengan memalsukan sijil sakit bukan 1 kesalahan ringan dan tindakan tatatertib pasti menanti jika tertangkap Suruhanj...
Kpk Pecat Dan Usut Dugaan Korupsi Pegawai Tilap Uang Perjalanan Dinas

Kpk Pecat Dan Usut Dugaan Korupsi Pegawai Tilap Uang Perjalanan Dinas

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 124 hits
Pegawai berinisial NAR dipecat usai diperiksa pihak Inspektorat lembaga antirasuah
Tuntutan Palsu Rm160 000 Sprm Tahan Pembantu Tadbir

Tuntutan Palsu Rm160 000 Sprm Tahan Pembantu Tadbir

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 138 hits
Wanita berusia 40 an itu ditahan kira kira 12 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah PETALING JAYA Seorang pembantu tadbir ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kedah semalam kerana disyaki mengemukakan t...
Berikutan Jelas Melanggar Undang Undang 25 Peserta Himpunan Jalanan Anti Zahid Hamidi Wajar Dikenakan Tindakan

Berikutan Jelas Melanggar Undang Undang 25 Peserta Himpunan Jalanan Anti Zahid Hamidi Wajar Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 155 hits
Pihak polis dilaporkan telah mengenal pasti 25 individu yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan jalanan Selamatkan Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur Sabtu lalu Walau berselindung di sebalik hasrat menyelamatkan negara perhimpunan ja...
Radzi Jidin Wajar Dikenakan Tindakan Kata Shamsul Iskandar

Radzi Jidin Wajar Dikenakan Tindakan Kata Shamsul Iskandar

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 194 hits
AHLI Parlimen Putrajaya Dr Radzi Jidin perlu dikenakan tindakan atas kenyataannya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta keengganan beliau mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul sewaktu sesi penggulungan usul Kajian S...
Lagi Berita Palesu Kenaikan Caj Perkhidmatan Klinik Kerajaan Berita Palsu

Lagi Berita Palesu Kenaikan Caj Perkhidmatan Klinik Kerajaan Berita Palsu

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 161 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menafikan berlakunya kenaikan caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan sebagaimana yang tular di media sosial Menurut kenyataan KKM tiada maklumat mengenai kenaikan caj perkhidmatan yang telah dikeluarkan...
Hiburan Apa Uncle Merapu Ni Kekasih Anak Nd Lala Berang Nama Kena Petik Dakwa Kenyataan Penafian Adalah Palsu

Hiburan Apa Uncle Merapu Ni Kekasih Anak Nd Lala Berang Nama Kena Petik Dakwa Kenyataan Penafian Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 182 hits
Susulan kenyataan penyanyi mengenai kisah rumah tangga serta isu peribadinya yang menjadi tular di media sosial tempoh hari seorang wanita dipercayai kekasih kepada anak lelaki penyanyi itu tampil membuat beberapa penafian terhadap kenyataa...
Takut Bini Marah Duit Gaji Habis Lelaki Buat Laporan Polis Palsu Dakwa Disamun

Takut Bini Marah Duit Gaji Habis Lelaki Buat Laporan Polis Palsu Dakwa Disamun

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 238 hits
KEMAMAN 8211 Habis duit gaji dibelanjakan seorang lelaki membuat aduan polis kononnya dia disamun pula Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua Helah seorang pembantu kedai membuat laporan polis mendakwa dirinya disamun du...
Setelah Sekian Lama Berdiam Diri Kes Gelaran Datuk Palsu Suami Akhirnya Intan Najuwa Buka Mulut

Setelah Sekian Lama Berdiam Diri Kes Gelaran Datuk Palsu Suami Akhirnya Intan Najuwa Buka Mulut

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 110 hits
Pelakon Datin Intan Najuwa enggan mengambil pusing dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa pangkat Datuk kepada suaminya yang juga ahli perniagaan Ahmad Asraf Azman adalah palsu Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid 26 berkata ...
Nikmati Kopi Lovns Dengan Cawan Berinsulasi Ais Pertama Dunia

Earth Symphony Green Cirque Fest 2024 A First Of Its Kind Eco Circus Celebrating Sustainability In Southeast Asia

Guangzhou Metro Dan Makan Di Restoran Halal Depan Masjid Huaisheng Guangzhou

Transit Oriented Developments The Way Forward

Telemovie Cik Petir Putrajaya Lakonan Nabila Razali

Zaman Sekarang Rakam Dulu Baru Tolong

12 Waktu Paling Mustajab Untuk Doa Mudah Dikabulkan

Mpox Vaccination Kicks Off In Drc After 859 Deaths This Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Mr Hiiragi s Homeroom Yang Diadaptasi Ke Siri Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


Kena Kencing Kotor

Ramai Teruja Lihat Kanak Kanak Pandu Jentera Berat

Momoyo Lemonade Zest Tea Grass Jelly Milk Tea

Sukarelawan Dapur Jalanan Kuala Lumpur

16 Koleksi Meme Bahasa Inggeris Simple Tapi Lucu Habis

Filem Telekinesis