Berikutan Jelas Melanggar Undang Undang 25 Peserta Himpunan Jalanan Anti Zahid Hamidi Wajar Dikenakan Tindakan




Pihak polis dilaporkan telah mengenal pasti 25 individu yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan jalanan “Selamatkan Malaysia” yang diadakan di Kuala Lumpur Sabtu lalu.


Walau berselindung di sebalik hasrat menyelamatkan negara, perhimpunan jalanan itu sebetulnya hanya bermotif politik iaitu membantah DNAA Zahid Hamidi.


Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini, 22 orang sudah dihubungi polis dan enam daripadanya akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


Beliau juga berkata, perhimpunan itu jelas tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 termasuk penganjur tidak memberi notis lima hari sebelum perhimpunan itu berlangsung.


Kesalahan lain, tambahnya kerana mengadakannya di tempat larangan iaitu masjid dan membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan.


Dengan jelas sekarang bahawa ada undang-undang telah dilanggar, tindakan pihak polis terhadap mereka yang terbabit itu adalah amat wajar sekali.


Mereka tidak harus dibiarkan bebas berbuat sesuatu yang melanggar undang-undang seolah-olah negara ini tiada peraturannya.


Tindakan yang diambil itu bukan bermakna kerajaan tidak lagi mengamalkan kebebasan, tetapi berikutan adanya perlanggaran terhadap undang-undang negara


Dalam hal ini, seruan budiman sesetengah pihak, khususnya daripada kelompok PH sendiri yang menyarankan agar tiada tindakan diambil terhadap mereka yang terbabit dalam perhimpunan tersebut atas alasan ramai anggota kabinet sekarang pun adalah mereka yang bangkit daripada perhimpunan seumpama itu, tidak harus dilayan atau diberi pertimbangan sama sekali.


Isunya, bukan soal dulu pun ramai pemimpin PH terbabit dan bangkit melalui aura perhimpunan jalanan, tetapi kerana ada undang-undang telah dilanggar.


Jika sebelum ini, ramai pemimpin PH yang terbabit dengan perhimpunan seperti itu turut dikenakan pelbagai tindakan, apa istimewanya mereka yang terlibat sekarang mahu dilepaskan begitu saja?


Biarlah mereka pun dikenakan tindakan juga.


Tindakan tidak harus dikecualikan terhadap sesiapa saja yang didapati melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang.


Dalam hal berkaitan, meskipun tindakan terhadap 25 individu yang melakukan kesalahan itu adalah urusan pihak polis, pelbagai kelompok rakyat biasa juga berharap agar Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasition Ismail tidak berdiam diri mengenainya.


Beliau diharapkan tampil bersuara menunjukkan ketegasan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang menjejaskan ketenteraman awam.


Bukan tidak boleh berhimpun, tetapi patuhi dulu syarat-syarat yang termaktub di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu antaranya, mesti memberi notis lima hari.


Syarat tersebut sangat mudah sebenarnya, bergantung sama ada mahu atau tidak mahu saja mengemukan notis awal iaitu lima hari sebelum tarikh perhimpunan dijadual diadakan.


Sebagai pengajaran awal, 25 individu yang bakal dipanggil itu wajar dikenakan tindakan sewajarnya agar di lain kali, mereka belajar perlunya patuh kepada undang-undang. – ShahbudinHusin 18/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/berikutan-jelas-melanggar-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Anti Dnaa Zahid Hamidi Gagal Penganjur Kena Banyak Belajar Lagi

Himpunan Anti Dnaa Zahid Hamidi Gagal Penganjur Kena Banyak Belajar Lagi

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 176 hits
Meneliti gambar serta video yang bertebaran di media sosial berkenaan perhimpunan anjuran PN untuk membantah DNAA Zahid Hamidi di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman petang tadi tiada perkataan lain yang lebih tepat untuk menggambarkannya mela...
Peserta Himpunan Laung Reformati Sindir Pmx Gesa Dakwa Zahid Semula

Peserta Himpunan Laung Reformati Sindir Pmx Gesa Dakwa Zahid Semula

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 298 hits
agendaily com16 09 2023Himpunan Selamatkan Malaysia daripada kerajaan Madani yang gagal Ribuan peserta himpunan Selamatkan Malaysia dengan berbaju putih berkumpul di ibu kota bagi membantah tindakan kerajaan campuran membebaskan penjenayah ...
Radzi Jidin Wajar Dikenakan Tindakan Kata Shamsul Iskandar

Radzi Jidin Wajar Dikenakan Tindakan Kata Shamsul Iskandar

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 248 hits
AHLI Parlimen Putrajaya Dr Radzi Jidin perlu dikenakan tindakan atas kenyataannya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta keengganan beliau mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul sewaktu sesi penggulungan usul Kajian S...
Padan Muka Tindakan Undang Undang Telah Dimulakan Terhadap Dusuki

Padan Muka Tindakan Undang Undang Telah Dimulakan Terhadap Dusuki

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 201 hits
1 Saya telah memulakan tindakan undang undang terhadap Dusuki Rani berhubung dengan siri siri ucapan beliau mutakhir ini yang bersifat fitnah terhadap saya berhubung dengan kekalahan beliau di dalam Saman Fitnah beliau terhadap saya sebelum...
Dap Jangan Biar Zahid Hamidi Terlepas

Dap Jangan Biar Zahid Hamidi Terlepas

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 358 hits
Kisah perjuangan kononnya Satu ketika dahulu Janga delete post yer DAP
Selepas Zahid Hamidi Bebas Mampukah Ph Menang Dua Prk Johor Dan Mampukah Anwar Bertahan Lagi Di Pru16

Selepas Zahid Hamidi Bebas Mampukah Ph Menang Dua Prk Johor Dan Mampukah Anwar Bertahan Lagi Di Pru16

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 263 hits
Pertama tamanya sebelum terlupa dan agar dilihat seperti tidak sama bersyukur ingin diucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi kerana tidak lagi bergelar kluster mahkamah bermula hari ini Ia berikutan beliau telah ...
Selepas Dusuki Hina Mahkamah Mujahid Mulakan Tindakan Undang Undang

Selepas Dusuki Hina Mahkamah Mujahid Mulakan Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 302 hits
HarapanDaily comBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof telah memulakan tindakan undang undang terhadap penceramah Pas Ahmad Dusuki Abdul Rani susulan kenyataan kenyataan yang mempunyai unsur penghinaan kepada M...
Kita Patut Simpati Dengan Zahid Hamidi Dia Pun Sama Tak Puas Hati

Kita Patut Simpati Dengan Zahid Hamidi Dia Pun Sama Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 229 hits
Setelah berhari hari isu DNAA yang diterima Ahmad Zahid Hamidi berkaitan salah guna dana Yayasan Akalbudi mencetuskan gelora dalam negara yang lebih mencemaskan lagi kerana masih tidak ternampak ada tanda ia akan reda begitu saja dalam wakt...
Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Hard Rock Penang

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Hakikat Bukan Selalu Kita Dibalas Dengan Kebaikan

Kru Goat Chord

Pasaran Saham As Terus Meningkat

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Yang Dilaporkan Hilang Di Pekan Ditemukan Selamat Di Chukai

Selalu Sendawa Atau Kentut Ini 14 Cara Buang Angin Dalam Perut