Spa Beri Tindakan Tatatertib Buang Kerja Pegawai Gred 41 Kes Palsukan Sijil Sakit


SPA Beri Tindakan Tatatertib Buang Kerja Pegawai Gred 41 Kes Palsukan Sijil Sakit (MC) 2 Tidak menghadirkan diri untuk bertugas dengan memalsukan sijil sakit (MC) bukan 1 kesalahan ringan dan tindakan tatatertib pasti menanti jika tertangkap. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menyatakan bahawa kesalahan seperti ini adalah 1 kesalahan berat apatah lagi ianya dilakukan oleh seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya mencerminkan teladan yang baik kepada staff bawahan.
KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN MEMALSUKAN SIJIL SAKIT Hari ini pihak admin ingin kongsikan 1 kisah nyata yang benar-benar berlaku di dalam masyarakat kita iaitu melibatkan kes yang sangat berat tetapi sebenarnya agak kerap kita dengar. Kes tersebut ialah melibatkan penipuan atau pemalsuan sijil sakit (MC). Terdapat 2 watak yang kita akan kongsikan di dalam kes ini iaitu watak pegawai dan watak ketua jabatan yang bertindak menjaga tatakelakuan dan pengurusan tatatertib pegawai.
Penyataan Kes Puan S adalah seorang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memegang jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V. Pegawai ini telah tidak hadir bekerja tanpa cuti atau kebenaran terlebih dahulu, dan tiada sebab yang munasabah diberikan untuk ketiadaan tersebut.
Selain itu, terdapat juga penemuan bahawa pegawai ini telah memalsukan sijil sakit serta mencatatkan kehadiran pada kad perakam waktu antara Januari hingga Mac 2007 tanpa mendapat pengesahan daripada penyelia. Selain itu, pegawai ini juga tidak mematuhi peraturan dengan tidak menghadiri kursus yang diperlukan.
Jabatan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pegawai ini sebagai tindakan disiplin. Pegawai tersebut telah memberikan respons dan jawapan dalam surat seperti berikut:
Pegawai tidak berniat untuk melanggar peraturan; Pegawai mengambil cuti sakit disebabkan oleh penyakit resdung, tetapi salinan Sijil Sakit telah hilang dalam simpanan; Pegawai tidak mengetahui keperluan untuk mencatat kehadiran dalam kad perakam waktu dengan mendapatkan pengesahan daripada penyelia; dan Pegawai menghadapi masalah peribadi yang mempengaruhi ketidakhadiran. Penentuan Kes Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2), yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman selain daripada buang kerja atau turun pangkat, di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib yang dilakukan adalah serius dan patut dikenakan tindakan tatatertib dengan matlamat untuk buang kerja atau turun pangkat, seperti yang ditetapkan dalam peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993Download Peraturan 1993 (Kelakuan dan Tatatertib) Jadi, kes pegawai ini telah dirujukkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Wujud atau Tidak Wujud Kes Prima Facie Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, yang merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, setelah menimbangkan kes pegawai ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpuas hati bahawa terdapat kes prima facie dalam perkara ini.
Pertuduhan Pegawai ini telah dikenakan empat (4) pertuduhan iaitu:
Pertuduhan Pertama Bahawa Puan S (KP: 000000-00-0000), semasa menjalankan tugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah melakukan perbuatan memalsukan sijil sakit yang dikeluarkan oleh Klinik X yang terletak di 3, Jalan M, Taman N, Selangor untuk tempoh dari 19.1.2007 hingga 21.1.2007.
Perbuatan Puan boleh diertikan sebagai tindakan yang tidak jujur, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab, yang bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah peraturan 4(2)(f) dan peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti yang berikut:
“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab.”
Pertuduhan Kedua Bahawa Puan S (KP: 000000-00-0000), semasa menjalankan tugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah tidak hadir bekerja tanpa cuti atau tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu, atau tanpa sebab yang munasabah pada 19.1.2007 hingga 23.1.2007.
Perbuatan tersebut membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap Tuan sejajar dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dan boleh dianggap sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab, yang bercanggah dengan peraturan 4(2)(g) peraturan yang sama seperti yang berikut:
“4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(g) tidak bertanggungjawab.”
Pertuduhan Ketiga Bahawa Puan S (KP: 000000-00-0000), semasa bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah mencatat kehadiran dalam Kad Perakam Waktu menggunakan pen sendiri tanpa mendapatkan pengesahan daripada penyelia pada tarikh 26.1.2007 hingga 30.3.2007.
Perbuatan Puan boleh dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dan boleh diertikan sebagai tindakan yang tidak jujur, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab, yang bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam, seperti yang dinyatakan dalam peraturan 4(2)(f) dan peraturan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan yang sama seperti yang berikut:
“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab.”
Pertuduhan Keempat Bahawa Puan S (KP: 000000-00-0000), semasa bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah tidak menghadiri kursus Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Latihan, Jabatan V dengan kerjasama Biro Tatanegara di Kem Bina Negara Ulu Sepri Rembau, Negeri Sembilan pada 12.3.3007 hingga 16.3.2007.
Perbuatan Puan boleh diertikan sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah, atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan secara munasabah sebagai ingkar perintah. Ini bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam, seperti yang dinyatakan dalam peraturan 4(2)(g) dan peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan yang sama seperti yang berikut:
“4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(g) tidak bertanggungjawab;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara
yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai
ingkar perintah.”
Representasi Pembelaan Diri Pegawai Pegawai berhak untuk mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta-fakta tersebut, seperti yang ditetapkan di bawah peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Walau bagaimanapun, Pegawai tidak mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dihadapkan.
Ulasan Ketua Jabatan Ketua Jabatan, dalam ulasannya, mengesahkan bahawa Pegawai tidak mengemukakan sebarang representasi diri. Ketua Jabatan bersetuju dan menyokong apa-apa keputusan yang akan dijatuhkan berhubung kes ini.
Keputusan Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, setelah menimbangkan kes Pegawai, telah membuat keputusan bahawa Pegawai didapati bersalah atas pertuduhan tersebut dan telah dikenakan hukuman ‘buang kerja’ mengikut peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan yang sama.
Asas-asas pertimbangan yang mendasari keputusan ini adalah:
Pegawai tidak mengemukakan sebarang representasi pembelaan diri; dan Pegawai telah didapati bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. FAQs KES PEMALSUAN MC & TIDAK HADIR BERTUGAS Apa Maksud Prima Facie? “Prima facie” adalah frasa Latin yang bermaksud “pada pandangan pertama” atau “pada pandangan awal.” Ia digunakan dalam konteks undang-undang dan penilaian untuk merujuk kepada bukti atau fakta yang mencukupi untuk membina kes yang kuat atau membenarkan tindakan tertentu diambil, pada pandangan awal atau tanpa perlu melibatkan pemeriksaan mendalam.
Dalam konteks kes ini, “kes prima facie” merujuk kepada situasi di mana terdapat bukti awal atau fakta yang cukup untuk memulakan atau meneruskan tindakan tatatertib atau undang-undang, tetapi ia masih perlu dikaji lebih lanjut atau dibuktikan dalam proses yang lebih terperinci.
Apakah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993? Peraturan yang mengatur tatakelakuan dan tindakan tatatertib bagi pegawai awam Malaysia. Ia memastikan integriti, ketelusan, dan kepatuhan dalam perkhidmatan awam dengan merangkumi disiplin, peraturan kerja, hak-hak pegawai, dan hukuman pelanggaran tatatertib.
Siapakah yang dimaksudkan sebagai Ketua Jabatan? Dalam konteks organisasi awam, “ketua jabatan” ialah individu yang memegang jawatan tertinggi dalam sebuah jabatan atau agensi atau organisasi tersebut. Jawatan “ketua jabatan” boleh mempunyai pelbagai gelaran, seperti Ketua Pengarah, Pengarah, atau jawatan seumpama yang serupa.
Apakah tugas Ketua Jabatan? Tugas seorang Ketua Jabatan melibatkan pengurusan dan pengawasan operasi harian, pembangunan dasar, komunikasi dengan pihak atasan, pengurusan pentadbiran dan kewangan, penyelarasan dengan matlamat kerajaan, penilaian keberkesanan organisasi, hubungan luar, kepimpinan pasukan, pematuhan undang-undang, dan memastikan keberkesanan dan keefisienan dalam penyampaian perkhidmatan dan program.
Jika pegawai dibuang kerja, adakah layak menerima pencen? Tidak layak. Penjawat awam yang telah dijatuhkan hukuman tatatertib dengan hukuman ‘Buang kerja’ tidak melayakkannya untuk dipertimbangkan sebarang faedah persaraan.
Apakah yang menyebabkan penjawat awam yang dikenakan hukuman tatatertib ‘buang kerja’ tidak layak menerima faedah persaraan? Tidak semua yang bergelar penjawat awam layak dipertimbangkan faedah persaraan. Faedah persaraan bukanlah hak mutlak kepada penjawat awam yang dilihat sebagai satu pampasan apabila penjawat awam berkenaan meninggalkan perkhidmatan awam.
Berdasarkan seksyen 3 Akta Pencen 1980 (Akta 227) menjelaskan bahawa:
” Tiada seorangpun pegawai yang boleh mempunyai hak mutlak untuk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau lain-lain faedah di bawah Akta ini “


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/09/spa-beri-tindakan-tatatertib-buang-kerja-pegawai-gred-41-kes-palsukan-sijil-sakit-mc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padah Pegawai Gred48 Kemukakan Tuntutan Elaun Perjalanan Palsu Dikenakan Tindakan Tatatertib

Padah Pegawai Gred48 Kemukakan Tuntutan Elaun Perjalanan Palsu Dikenakan Tindakan Tatatertib

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 176 hits
Padah Pegawai Gred48 Kemukakan Tuntutan Elaun Perjalanan Palsu dikenakan Tindakan Tatatertib 2 Tidak kira siapa anda ujian ketamakan diri bukan perkara mainan Siapa sangka dengan nilaian yang tak seberapa anda boleh merosakkan reputasi nama...
Tips Cara Cara Menjadi Pegawai Terbaik Di Tempat Kerja Baru

Tips Cara Cara Menjadi Pegawai Terbaik Di Tempat Kerja Baru

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 236 hits
Sifat sombong pegawaiSha nak kongsikan antara tips cara cara menjadi pegawai terbaik di tempat kerja baru Supaya tidak digelar pegawai sombong dan dibenci oleh bawahan Sha share dahulu ya tiada masa untuk rungkaikan satu persatu atau susun ...
Anwar Nafi Terlibat Gugur Kes Zahid Hamidi Macamlah Pm Tak Ada Kerja Lain Kata Saifuddin

Anwar Nafi Terlibat Gugur Kes Zahid Hamidi Macamlah Pm Tak Ada Kerja Lain Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 141 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia tidak terlibat dalam keputusan Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi Anwar b...
Bekas Pegawai Bank Dipenjara 10 Tahun Dalam Kes 1mdb

Bekas Pegawai Bank Dipenjara 10 Tahun Dalam Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 91 hits
Bekas Pegawai Bank Dipenjara 10 Tahun Dalam Kes 1MDB Bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas disabitkan bersalah membantu merompak berbilion dolar daripada 1MDB lapor Reuters Juri di Mahkamah Pers...
Sebab Kes Zahid Tak Sokong

Sebab Kes Zahid Tak Sokong

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 175 hits
kes zahid Kenapa la korang marah sangat pasal ni Nak selamatkan Malaysia atau nak selamatkan kes yang dalam senarai O ya xya sebab DSZH la puak cukop jumloh xdapat jadi kerajaan Sebab tu laaaa Inilah dia Perosak Negara yang sebenar
Buruh Ditahan Dalam Kes Peniaga Maut Bergaduh

Buruh Ditahan Dalam Kes Peniaga Maut Bergaduh

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 231 hits
BernamaIPOH Polis menahan seorang lelaki berusia 40 an disyaki terlibat pergaduhan di depan sebuah kedai serbaneka di Pokok Assam Taiping yang menyebabkan seorang lelaki berusia 50 an maut semalam Ketua Polis Taiping Razlam Ab Hamid berkata...
Kes C4bu1 Mp Arau Dilepaskan Tanpadibebaskan Sama Macam Zahid Tapi Ke

Kes C4bu1 Mp Arau Dilepaskan Tanpadibebaskan Sama Macam Zahid Tapi Ke

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 163 hits
Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilepas tanpa dibebaskan atas tuduhan menc4bu1 seorang remaja perempuan bawah umur pada Oktober tahun lalu Hakim Mahkamah Sesyen Kangar Ainul Shahrin ...
Sprm Sarawak Cari 3 Individu Bantu Siasatan Kes

Sprm Sarawak Cari 3 Individu Bantu Siasatan Kes

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 155 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia Sarawak sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes yang sedang dijalankan SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka ialah Mona Lisa Ismail 45 yang beralamat terakhir di Lot 2589 Ja...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Airasia Santan Menu Baru Harga

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally

Temui Onew Di Malaysia Dalam Guess Onew Fanmeeting 2024 Pada 27 Julai 2024

168slot 168slot Biz 13 Jun 2024 168slot 168 Top 35 By Christa

Puaka Cuti Semester