Ordinan Darurat Berkaitan Perumahan Pekerja Diwartakan


 

KUALA LUMPUR: Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 diwartakan semalam, bagi memperkasa aspek pematuhan penginapan pekerja di seluruh negara dalam usaha mengawal penularan COVID-19 secara berkesan.
Bagi tujuan sama, Kementerian Sumber Manusia turut menggubal dua Peraturan baharu di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, di bawah Ordinan Darurat itu, pemakaian Akta 446 diperluas ke Sabah dan Sarawak dalam tempoh darurat, berbanding hanya dikuatkuasakan di Semenanjung sebelum ini.
Selain itu, ia turut memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk mengeluarkan arahan kepada pemilik penginapan untuk mengganti, mengubah atau membaik penginapan yang tidak mematuhi Akta 446 dengan serta-merta dari penginapan yang sesak dan tidak sesuai didiami manusia ke penginapan sementara yang ditetapkan jabatan.
“Dalam hal ini, pemilik penginapan akan menanggung semua kos pengangkutan dari penginapan asal ke penginapan sementara, pengangkutan pergi balik ke tempat kerja dan penginapan sementara dan kos sewaan penginapan sementara.
“Pemilik penginapan yang gagal mematuhi arahan ini boleh didenda RM200,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.
Saravanan berkata, ordinan itu juga memberi kuasa kepada Menteri Sumber Manusia untuk membuat penurunan kuasa Akta 446 kepada pegawai daripada agensi lain.
Sementara itu, melalui penggubalan dua Peraturan baharu di bawah Akta 446, Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja (Pekerja Yang Dikehendaki Disediakan Penginapan) 2021 mewajibkan majikan untuk menyediakan penginapan bagi semua pekerja asing yang digajikan, kecuali pembantu rumah.
“Selain itu, Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja (Pengkompaunan Kesalahan) 2021 membolehkan semua kesalahan di bawah Akta 446 dikompaun,” katanya.
Saravanan berkata, Kementerian Sumber Manusia membentuk Pasukan Petugas Kebangsaan Pematuhan Penginapan Pekerja yang dianggotai 10 kementerian dan agensi lain berdasarkan keperluan.
Katanya, kementerian itu juga bercadang untuk membuat penurunan kuasa Akta 446 kepada pegawai yang terbabit dalam pasukan kerja enam kementerian iaitu agensi di bawah kementerian itu sendiri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
“Penguatkuasaan ini mengutamakan 75,000 majikan yang menggajikan pekerja asing dengan tumpuan kepada tiga negeri dengan bilangan pekerja asing tertinggi iaitu Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta tiga sektor dengan kes positif tertinggi iaitu pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.
“Daripada 75,000 majikan itu, 3,500 majikan yang mempunyai lebih 100 pekerja akan menjadi fokus utama,” katanya.
The post Ordinan darurat berkaitan perumahan pekerja diwartakan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/18/ordinan-darurat-berkaitan-perumahan-pekerja-diwartakan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ordinan-darurat-berkaitan-perumahan-pekerja-diwartakan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mansuhkan Seksyen 14 Dan 15 Ordinan Darurat 2021

Mansuhkan Seksyen 14 Dan 15 Ordinan Darurat 2021

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 120 hits
Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen menggesa supaya memansuhkan Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat 2021 Beliau berkata gesaan itu dibuat selari dengan surat yang ditulis oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Pengeran...
Awani Ringkas Siasat Asrama Pekerja Sesak Di Kulai Rentas Negeri Kesalahan Tertinggi

Awani Ringkas Siasat Asrama Pekerja Sesak Di Kulai Rentas Negeri Kesalahan Tertinggi

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 212 hits
Siasat asrama pekerja sesak di Kulai Rentas negeri kesalahan tertinggi SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www f...
Pekerjaan Pertama 6 Pengusaha Sukses Indonesia Ternyata Punya Pengalaman Jadi Pekerja Biasa

Pekerjaan Pertama 6 Pengusaha Sukses Indonesia Ternyata Punya Pengalaman Jadi Pekerja Biasa

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 206 hits
Ada yang jaga warnet ada yang karyawan biasa ada juga yang bangkrut gara gara nyobain bisnis kecil kecilan
Belanjawan 2021 S 24 Bilion Untuk Ubah Perniagaan Pekerja Sepanjang 3 Tahun Akan Datang

Belanjawan 2021 S 24 Bilion Untuk Ubah Perniagaan Pekerja Sepanjang 3 Tahun Akan Datang

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 214 hits
SINGAPURA Pemerintah melakarkan pelan S 24 bilion bagi membantu syarikat dan pekerja menyesuaikan diri dengan dunia pasca COVID 19 dan ini termasuk menambah geran dan melanjutkan inisiatif latihan Dalam ucapannya semasa membentangkan Belanj...
Setahun Kerja Dari Rumah Kerajaan Perlu Dengar Masalah Pekerja

Setahun Kerja Dari Rumah Kerajaan Perlu Dengar Masalah Pekerja

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 241 hits
Masalah yang ditanggung pekerja yang bekerja dari rumah sejak hampir setahun lalu perlu diberi perhatian oleh kerajaan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia berpandangan banyak permasalahan mendepani para pekerja masih belum diselesaikan sepenu...
80 Peratus Pekerja Malaysia Mahu Kerja Dari Rumah Dijadikan Pilihan Tetap

80 Peratus Pekerja Malaysia Mahu Kerja Dari Rumah Dijadikan Pilihan Tetap

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 191 hits
Oleh KERJA dari rumah memberi keseimbangan kepada keperluan kehidupan dan kerjaya Gambar ihsan hrasiamedia com PELAKSANAAN konsep bekerja dari rumah telah menyebabkan sebahagian besar tenaga kerja di sektor awam dan swasta menjalankan tugas...
Comel Panda Berpaut Pada Kaki Pekerja Tak Nak Lepas Dah Macam Kucing

Comel Panda Berpaut Pada Kaki Pekerja Tak Nak Lepas Dah Macam Kucing

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 319 hits
video seekor panda yang bergurau dengan seorang lelaki yang telah dikongsikan di Twitter baru baru ini Menerusi rakaman itu kelihatan seekor panda sedang berpaut pada kaki lelaki yang sedang membuat kerja di dalam kandang haiwan tersebut Pa...
Pekerja Asing Di Restoran Pun Akan Disaring

Pekerja Asing Di Restoran Pun Akan Disaring

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 152 hits
Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Kerajaan berkemungkinan besar akan memperluaskan program saringan Covid 19 ke atas semua warga asing yang bertugas di setiap restoran di seluruh negara Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismai...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha