Pekerja Asing Di Restoran Pun Akan Disaring


Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA: Kerajaan berkemungkinan besar akan memperluaskan program saringan Covid-19 ke atas semua warga asing yang bertugas di setiap restoran di seluruh negara.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan kelonggaran semula operasi kedai makan yang membenarkan pelanggan makan di premis.
“Saya percaya Kementerian Sumber Manusia akan buat penelitian kerana sepatutnya pekerja asing di restoran juga wajar kena jalani ujian saringan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Ketika ini, ujian mandatori itu hanya melibatkan semua rakyat asing yang bertugas di sektor perkilangan dan pembinaan ekoran banyak kluster wabak tersebut melibatkan kelompok ini.
Ia mula dilaksanakan pada 1 Disember tahun lalu melibatkan empat negeri dan dua Wilayah Persekutuan sebelum diperluaskan kepada baki negeri yang lain mulai 1 Februari lepas.
Ditanya mengenai individu yang bekerja menyara hidup dengan menjala ikan atau mencari cengkerang untuk merentas daerah atau negeri, beliau berkata, polis sedia beri kebenaran.
“Saya telah berbincang dengan Timbalan Ketua Polis Negara dan beliau setuju agar individu sebegini boleh memohon di balai atau pondok polis yang berhampiran,” kata Ismail Sabri.
Minggu lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran kepada pemancing ikan yang perlu menyara keluarga mereka dan bukan bertujuan hobi untuk tujuan berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, aktiviti perikanan komersial dibenarkan namun seperti juga peniaga pasar malam, mereka perlu dapat kebenaran polis jika mahu merentas kawasan.
Menyentuh mengenai isu berita palsu, beliau turut meluahkan perasaan kesal apabila ada warganet tidak bertanggungjawab memainkan semula rakaman video lama dirinya sendiri.
“Ingin saya tegaskan bahawa video yang tular itu adalah rakaman lama bertarikh 14 April 2020 bagi menimbulkan suasana panik dan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” jelasnya.
Video disebarkan baru-baru ini ujarnya, mengaitkan konon beliau mengumumkan hukuman pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sedangkan ia merujuk keadaan pada masa itu.
Justeru, Ismail Sabri memberi amaran tindakan boleh diambil pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyebarkan kandungan sedemikian.
Setakat semalam, 281 kertas siasatan dibuka meliputi 144 kes masih dalam siasatan, 12 kes diberi amaran dan 35 kes sudah didakwa dengan 21 kes daripadanya didapati bersalah.
Beliau juga mengingatkan netizen tempatan yang mendakwa konon kelab malam, pusat hiburan dan karaoke hiburan bebas dibuka padahal premis itu tidak pernah dibenar beroperasi.
“Ia masih dalam senarai dilarang dan sejak 18 Mac 2020 hingga 31 Januari lalu, polis sudah pun menahan 4,666 individu melibatkan sejumlah 951 premis di seluruh negara,” tegasnya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/pekerja-asing-di-restoran-pun-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Asing Disaring Positif Turun Drastik Kepada 28 Orang

Pekerja Asing Disaring Positif Turun Drastik Kepada 28 Orang

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 206 hits
Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Setelah merekodkan kenaikan dua hari berturut turut jumlah pekerja warga asing yang positif setelah saringan Covid 19 di seluruh negara semalam menurun Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
S Pura Saring 55k Pekerja Asing Kematian Bertambah Taksampai 8 Orang

S Pura Saring 55k Pekerja Asing Kematian Bertambah Taksampai 8 Orang

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 174 hits
Semalam Ketua pengarah kesihatan ada menyentuh 2 kematian pada usi yang muda tanpa sebarang rekod sakit kritikal akibat Covid 19 Semalam juga kita dengar ada anggota PDRM yang terpaksa kuarantin kendiri di rumah Meninggal Dunia Seminggu lep...
Pekerja Restoran Tak Puas Hati Disaman Ketika Bekerja Di Dapur

Pekerja Restoran Tak Puas Hati Disaman Ketika Bekerja Di Dapur

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 402 hits
Seorang pemuda tidak berpuas hati disaman polis akibat tidak memakai pelitup muka semasa bekerja di restoran Muhammad Adam Fahmy Mohd Hasni mendakwa ketika kejadian beliau sedang menyalai daging di dapur bersendirian Saya disaman polis seba...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd