Order Soto Bihun Tapi Dapat Soto Nasi Impit
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Order Soto Bihun Tapi Dapat Soto Nasi Impit !!!! Kadang kalau kena masuk kerja shift petang lepas Maghrib la baru berkisah nak makan apa untuk kenyangkan perut . Petang tadi disebabkan ada masa free, decide untuk makan awal .. pukul 5.30 petang dah makan nasi berlauk ayam percik berkuah . Harapnya akan kenyang sampai ke malam . Tetapi tidak sekali ya ..
Lebih kurang pukul 8.30 malam , CCL scroll facebook entah macam mana laa boleh terlalu pulak video makanan . Ya resepi kway teow kung fu . Lepas tu apa lagi kecur air liur juga dibuatnya .. tak tengok sorang-sorang tau . Sambil tengok sambil cuit rakan sebelah tengok sekali , dengan harapan bukan CCL seorang sahaja yang ada rasa lapar tu . Yes akhirnya berjaya juga buat rakan CCL pun turut lapar ..
Maka, kami berdua pun godek-godek si Grab untuk order makanan ..lapar jenis makanan berkuah . Nak order kway teow kung fu dekat kedai CCL selalu beli tu jenuh laa menunggu . Pelanggan kedai makan tu memang sentiasa ramai . Semua makanan sedap-sedap belaka , tapi atas faktor masing-masing dah lapar nak cuba la menu di kedai lain .
Scroll kedai makan dalam Grab ni , ternampak pulak menu soto .. mula tu memang berat hati juga nak order soto di kedai ni nak tahu sebab apa ? Okay stay tune tauu .. Selepas selesai teliti ok hanya satu kedai sahaja yang jual soto .. memang sebelum ni tak pernah try order makanan dekat satu kedai ni .. cuba sedapkan hati ..okey tak apa . Kita cubalah ..masing-masing order soto bihun .. sebab dah malas nak fikir nak makan apa lagi . Lagi lama lagi buang masa .
Bila order dah sampai masing-masing, frust juga laa order soto bihun tapi yang sampai adik beradik dia pulak soto nasi impit . Aduhaiii nak tak nak terpaksa juga untuk makan . Sebenarnya CCL memang kurang sikit makan soto bersama nasi impit ni . Lebih suka noodles soto .Mujur bahan-bahan soto tu banyak juga . Kalau tidak lagi bertambah kecewa . Rasa kuah soto dan sambal kicap pun tak berapa nak kena dengan selera CCL . Nasi impit fadi pun makan tak habis .. membazir sikit laa hari ni ..teringat dekat saudara kita di tanah Palestin tu .. hmmm ..Nak repeat ? Takkan sama sekali ..
Bila dah sudah makan , saja tangan ni gatal nak tengok review yang customer tinggalkan . Eh masa mula-mula nak order tu memang tak teringat nak tengok review customer tu ..dah selesai haaa baru baca review customer . Banyak juga yang jadi macam CCL ni . Order lain dapat lain .. tak pasti sebab apa .. kalau bihun habis pun at least call dulu laa customer maklum bihun habis, memandai jerr kau tukarkan kepada nasi impit .
Frust !!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2024/08/order-soto-bihun-tapi-dapat-soto-nasi.html