Sama Tapi Mujur Tak Serupa


 

Sudah beberapa minggu berlalu sejak rusuhan anti imigrasi tercetus di beberapa bandar seluruh England. Menyedihkan ia masih berlaku. Semuanya bermula 29 Julai apabila seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menyerang dengan pisau beberapa kanak-kanak perempuan yang sedang belajar yoga dan tarian bertemakan Taylor Swift di Southport. Tiga kanak-kanak yang ditikam meninggal dunia. Sekurang-kurangnya lapan cedera, ada yang parah.
Sepantas kilat tersebar berita palsu khususnya di media sosial kononnya si penyerang seorang Muslim yang baru sampai UK. He just got off the boat, kata penyebar fitnah. Ramai yang percaya. Maka tercetus rusuhan.
Yang diserang golongan yang disifatkan pendatang. Kediaman dan kedai milik mereka dimusnahkan. Masjid juga diserang kerana pembunuh kanak-kanak itu ‘Muslim’. Semua dilakukan tanpa fikir panjang, tanpa selidik kisah sebenar, tanpa ambil tahu apa keadaan mental remaja 17 tahun yang menyerang itu.
Pihak berkuasa cuba mematahkan naratif golongan yang membakar sentimen kebencian dengan menghebahkan fakta bahawa si penyerang bukan Muslim. Langkah itu tidak berjaya. Rusuhan terus berlaku.
Remaja terbabit sebenarnya sudah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi pelbagai tuduhan. Bagaimanapun oleh kerana dia remaja bawah umur namanya tidak boleh diumum atau disiar media. Namun oleh kerana rusuhan terus berlaku larangan diangkat dan hakim di Liverpool mendedahkan identiti remaja itu.
Naman dia Axel Muganwa Rudakubana. Dilahirkan di Cardiff. Ibu bapanya berasal dari Rwanda. Pihak berkuasa menegaskan Rudakubana bukan Muslim. Kemungkinan besar beragama Kristian, menurut media. Itu tidak meredakan kemarahan perusuh. Masyarakat Muslim dan masjid menjadi sasaran.
Hakikatnya Rudakubana serta dan ibu bapanya adalah people of colour. Hakikat dia dilahirkan di UK tidak diambil peduli. Bagi perusuh dia dan ibu bapanya pendatang. Lalu semua pendatang Muslim atau bukan Islam, berkulit hitam diserang.
Lalu yang menjadi sasaran golongan yang datang beberapa tahun ke belakang ini dan mungkin belum diterima sebagai warga UK. Tidak diketahui sama ada kebencian juga ditujukan terhadap masyarakat bukan kulit putih yang datuk moyang mereka datang ke UK bertahun-tahun lama dahulu. Mereka dilahirkan di UK dan warga negara UK. Mereka bercakap Inggeris sama seperti orang Inggeris. Jika hanya dengar suara tanpa lihat wajah kita akan sangka yang bercakap mat salih UK.
Sebagai warga negara UK, kebanyakan mereka menyumbang kepada kesejahteraan dan ekonomi Britain. Namun mereka turut bimbang, takut, dan terasa terancam dengan keganasan masa kini, terutama mereka yang asal-usul datang dari India dan Pakistan.
Pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan di Southport oleh ‘pendatang’ yang sebenarnya bukan pendatang adalah sekadar pencetus rusuhan. Sebenarnya, sentimen anti imigrasi dan anti pendatang sudah lama dibakar oleh puak far right atau golongan aliran paling kanan.
Contoh. Penulis dan pengulas politik konservatif, Douglas Murray, dengan lantang kerap berkata 
saya tidak mahu mereka (pendatang) duduk di sini. Mereka datang dengan alasan yang tidak boleh dipercayai, ramai datang secara haram dan terus datang secara haram.
Pernahkah kita dengar kata-kata seperti itu disuarakan di negara ini? Tentu pernah. Ada tidak pada kalangan rakyat Malaysia yang tidak mahu pendatang tinggal di negara ini? Jawapannya ada.
Kata Murray lagi: “kalau kamu tidak suka di sini (dengan cara kami) just leave.” Ini juga kita ada dengar orang kita yang senada dengan Murray. Mungkin dalam konteks lain tetapi kerap ditujukan kepada golongan yang datuk moyang mereka datang dari China dan India umpamanya tetapi mereka lahir di Malaysia dan sememangnya warga Malaysia.
Bagi Murray lagi di UK ada pemimpin dan ahli Hamas (dakwaan dilempar tanpa bukti serta fakta) yang menjadi warga UK, lalu beliau mahu kerakyataan mereka dilucutkan. Tuduhan seperti ini tidak ada di negara kita.
Menurut Murray, Bangsa British ada dua pilihan. Satu berdiri atau melutut. 
Saya rasa Bangsa British tidak sepatutnya melutut dan mengemis. Jiwa England, Jiwa British sedang dipijak-pijak oleh orang yang datang ke Britain, orang yang tidak dikehendaki di sini. Mereka khianati percubaan kita untuk beramah mesra dengan mereka. Saya rasa Jiwa British mula bangkit dan bergolak dengan kemarahan. Ini jelas dirujuk Murray kepada imigran yang melarikan diri daripada peperangan, sengketa, serta tekanan ekonomi di Timur Tengah dan Afrika.
Malangnya ada golongan Muslim di UK yang bertindak sendiri meronda kawasan di mana mereka diami dan isytihar kawasan itu ‘zon syariah’. Orang luar yang memasuki kawasan itu dipaksa mematuhi peraturan tertentu termasuk pakaian mesra syariah. Ini hanya memperkukuhkan tuduhan Murray dan orang sepertinya.
Kata-kata bahawa warga asing sudah ‘lebih-lebih’ di Malaysia, ‘memijak kepala’ masyarakat tempatan, berani kacau anak dara kita, dan menguasai perniagaan juga diluahkan oleh kalangan orang kita. Sasaran mereka lazimnya masyarakat Rohingya dan Bangladesh, juga Myanmar antaranya. Tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka yang melakukan jenayah dan sudah ‘lebih-lebih’ dan itu memperkukuhkan tuduhan ke atas keseluruhan masyarakat mereka.
Ramai di antara mereka menjalankan kerja 3D — dirty, dangerous, difficult. Siapakah yang mesti dipersalahkan jika mereka bijak mengambil kesempatan berniaga di negara ini?
Berbalik ke UK. Pada 2016 Britain mengadakan satu referendum atau pungutan suara berhubung Brexit. Majoriti rakyatnya memilih Britain keluar Kesatuan Eropah. Bagaimanapun rakyat Britain mengundi untuk bermacam jenis Brexit. Antaranya anti imigrasi dan anti pendatang. Menurut pemerhati dan penganalisis politik, Boris Johnson yang waktu itu perdana menteri mengikut interpretasi puak aliran paling kanan. Beliau disusuli Liz Truss dan kemudian Rishi Sunak, semuanya ‘memanjakan’ golongan aliran paling kanan.
Antara aktivis far right paling menonjol di UK dan juga aktivis anti Islam ialah Stephen Christopher Yaxley-Lennon, yang lebih dikenali sebagai Tommy Robinson. Bagi Robinson, perhimpunan aman anti genocide Israel adalah bukti “Hamas diberi izin menakluki London kerana polis tidak berbuat apa-apa.”
Robinson mahu umat Islam dilarang masuk ke UK sehingga 
kita tahu keadaan sebenar sambil menghina Al-Quran. Apakah ‘keadaan sebenar’ yang dimaksudkan tidak pula dijelaskan.
Kesimpulan penulisan saya di UK ada puak rasis, aliran paling kanan yang anti pendatang dan anti imigrasi. Di Malaysia juga ada golongan seperti itu. Mujur kita tidak mengalami rusuhan anti imigrasi seperti yang terjadi di UK. Alhamdulillah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/sama-tapi-mujur-tak-serupa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Adil Kenapa Dolla Boleh Pakai Skirt Pendek Tapi Artis K Pop Tak Dibenarkan Seksi Di Malaysia

Tak Adil Kenapa Dolla Boleh Pakai Skirt Pendek Tapi Artis K Pop Tak Dibenarkan Seksi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 83 hits
Perasan tak yang peraturan untuk artis K Pop melakukan persembahan di Malaysia agak ketat Artikel Berkaitan Sebelum ini Leeteuk Super Junior ada mendedahkan bahawa mereka mungkin dikenakan denda sekiranya berpakaian mencolok mata di sini Bi...
Saya Kagum Suho Exo Akui Mahu Tapi Malu Nak Like Gambar Jisoo Bp Di Ig

Saya Kagum Suho Exo Akui Mahu Tapi Malu Nak Like Gambar Jisoo Bp Di Ig

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 82 hits
Memang tak perlu dinafikan lagi bahawa Ji soo BLACKPINK mempunyai pengaruh hebat sebagai seorang artis Artikel Berkaitan Terbaru dalam satu temu bual Suho EXO berkongsi bagaimana dia mengalami kesukaran untuk mengambil gambar di Istana Vers...
Cak Imin Pkb Tak Hanya Punya Dimensi Duniawi Tapi Juga Ukhrawi

Cak Imin Pkb Tak Hanya Punya Dimensi Duniawi Tapi Juga Ukhrawi

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 77 hits
Cak Imin menegaskan bahwa PKB adalah partai yang mengedapankan politik rahmatan lil alamin sebagaimana diamanatkan para pendirinya
Kenapa Ringgit Naik Tapi Pasaran Saham Malaysia Jatuh

Kenapa Ringgit Naik Tapi Pasaran Saham Malaysia Jatuh

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 157 hits
First kita kena faham bagaimana asas pasaran modal bergerak Orang yang menggerakkan modal ni ialah pengurus dana So macam mana pengurus dana ni buat keputusan nak letakkan wang mereka di mana Faktor utama adalah resiko So mereka nak letakka...
Sanusi Kata Kepala Bapak Hang Tu Bukan Maki Tapi Pujian

Sanusi Kata Kepala Bapak Hang Tu Bukan Maki Tapi Pujian

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 101 hits
Akhirnya ada juga posting yang Tapi aku pelik apa yang dia sampai tukar ejaan jadi Harga barang memang tak turun Kalau banyak barang turun harga itu membawa makna ekonomi negara itu Melainkan di atas sebab tertentu seperti sayuran ketika mu...
Adira Pakai Emas Atas Tuntutan Kerja Bukan Menunjuk Tapi Tanggungjawab

Adira Pakai Emas Atas Tuntutan Kerja Bukan Menunjuk Tapi Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 123 hits
Bukan menunjuk penyanyi Adira pakai emas atas tuntutan kerja dan tanggungjawab selepas dilihat sering memakai barangan kemas Dalam temu bual bersama mStar Online Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata tindakannya memakai bara...
Kereta Kena Baling Bata Dari Stesen Monorel Wanita Dakwa Polis Ambil Sambil Lewa Laporan Dibuat Tunggu Berjam Jam Tapi

Kereta Kena Baling Bata Dari Stesen Monorel Wanita Dakwa Polis Ambil Sambil Lewa Laporan Dibuat Tunggu Berjam Jam Tapi

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 79 hits
Seorang wanita berkongsi tentang insiden di mana kereta yang dinaikinya telah dibaling bata hingga menyebabkan cermin belakang pecah sepenuhnya Menerusi Facebook Hui Min Chia menceritakan kereta tersebut adalah milik teman lelakinya yang se...
What Is Driving The Ringgit Rally

It Firm Name Ideas

Cara Mohon Lesen B Penuh Terbaru Jpj Umum Untuk Rakyat Malaysia

Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

3 Sekeluarga Mengalami Detik Cemas Rumah Dimasuki Hampir 12 Orang Penyamun Berparang

Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

Polis Buru Bekas Petinju Terkenal Pecah Masuk Rumah

Vaksin Arexvy Untuk Melindungi Warga Emas Dari Penyakit Rsv Telah Diluluskan


echo '';
Mr Hiiragi s Homeroom Info Dan Sinopsis Siri Jepun Kini Diadaptasi Sebagai Drama Berepisod Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Di Astro Ria Sooka

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


Pilihan Ibu Bapa Mengkritik Atau Menyokong Anak Anak

Larangan Menghina Orang Lain

5 Aplikasi Waktu Solat Selain Muslim Pro Untuk Tahun 2024

Buku Dipuncak Puncak Rindu Kisah Sebuah Perjalanan Menuju Tanah Suci

Warga Emas Simbah Air Kencing Di Pintu Flat Jiran

1 165 Aduan Minyak Masak Dalam Lapan Bulan