Orang Tua Sukar Beri Peluang Kepada Orang Muda Kata Syed Saddiq


Untuk ahli politik lebih tua mengubah cara mereka dan memberi peluang kepada orang muda bukan usaha mudah, tetapi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap ia sebagai tanggungjawabnya berbuat demikian.
Ahli Parlimen Muar itu bertegas, muda bukan hanya usia fizikal seseorang, sebaliknya ia adalah keadaan pemikiran yang boleh dicapai semua peringkat umur.
“Anda juga boleh memiliki seseorang yang berusia semuda 21 dan 22 tahun, tetapi masih menggunakan pemikiran lama, kronisme, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan mahu ‘mempermainkan’ sistem itu.
“Pada masa sama, anda juga boleh mempunyai seseorang yang berusia 60-an atau 70-an, tetapi boleh berfikir seperti orang muda; yang mempercayai kesaksamaan, keadilan dan egalitarianisme dalam mengejar Malaysia yang lebih makmur dan bersatu,” katanya.
Bekas menteri belia dan sukan itu menggesa rakan seniornya di Parlimen menerapkan mentaliti lebih muda kerana ia penting bagi rakyat mengiktiraf orang muda sebagai aset.
Selepas melalui kritikan pedas yang lebih daripada sepatutnya di Dewan Rakyat kerana usianya, Syed Saddiq tahu perubahan terhadap rakannya yang lebih berusia tidak semudah yang dikatakan.
Namun, katanya, beliau menolak untuk “bertindak seperti mereka” dan kekal optimis mengenai masa depan negara. Lagipun, Rang Undang-undang (RUU) Undi 18, yang beliau usahakan bagi menurunkan umur pengundi Malaysia daripada 21 kepada 18 tahun, bukannya diluluskan dengan mudah.
Pun begitu, ia merupakan kejayaan besar. RUU itu diluluskan dengan sokongan hampir sebulat suara, pindaan Perlembagaan pertama yang mendapat sokongan sedemikian dengan 211 Ahli Parlimen menyokong.
Ia merupakan usaha yang beliau banggakan.
“Ada yang berpendapat, dilantik sebagai menteri pada usia 25 tahun adalah perkara terbesar, tetapi secara peribadi, ia adalah ketika kita mencipta sejarah dengan sokongan bipartisan untuk meminda Perlembagaan Malaysia.
“Ini sangat penting kerana dalam sejarah politik Malaysia, bipartisan tidak pernah diiktiraf. Kita selalu berpecah belah disebabkan tembok politik, kita berada dalam kem politik dan sangat sukar untuk orang menyeberangi halangan ini untuk bekerjasama antara satu sama lain.
“Apabila seseorang berada dalam pembangkang…anda adalah musuh negara, dan mentaliti itu salah. Jadi, untuk meminda Perlembagaan bukan sekali atau dua kali, tetapi tiga kali dalam jangka sehari adalah pencapaian besar.”
Tiga pindaan itu adalah: mengurangkan usia pengundi daripada 21 kepada 18 tahun; melaksanakan pendaftaran pengundian automatik; dan mengurangkan usia pencalonan kepada 18 tahun, semuanya akan membabitkan kira-kira 7.8 juta pengundi muda yang baru.
Di sebalik itu, tenaga dan dorongan Syed Saddiq ada kaitan dengan ibunya yang “gila bekerja”, seorang guru di Johor yang mengajar beliau berpegang kepada pepatah “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.
Beliau berkata, pengalamannya di Maktab Tentera Diraja (RMC) juga membantu, yang bukan saja mengajarnya disiplin, tetapi untuk tampil dengan penyelesaian kreatif ketika menduduki peperiksaan kemasukan.
“Terdapat kira-kira 200 orang (untuk ujian penglihatan), tetapi saya orang pertama dalam barisan. Pada masa itu, anda tidak ada telefon hebat dengan kamera hebat, tetapi ada telefon biasa.
“Jadi, saya ambil gambar semua papan besar itu untuk ujian penglihatan, pergi ke belakang barisan, hafal huruf daripada atas ke bawah dan kembali ke depan. Doktor berpendapat penglihatan saya sempurna.”
Dengan mengetepikan helah kecil itu, visi Syed Saddiq untuk negara adalah jelas. Beliau percaya nilai anak muda Malaysia ditentukan kemampuan mereka untuk menyumbang kepada masyarakat, bukan sekadar tahun kelahiran mereka.
Membenarkan mereka memegang jawatan tertinggi dalam syarikat dan kerajaan, katanya, akan mewujudkan “proses membuat keputusan yang pelbagai” menjangkau faktor tradisional bangsa dan agama.
“Suka atau tidak, struktur kuasa di Malaysia, sebahagian besar masih dikuasai mereka yang jauh lebih tua daripada kita.
“Saya rasa jika anda boleh mengubah cara pemikiran generasi tua, anda dapat mengubah sistem dan struktur kuasa secara keseluruhan.
“Sekiranya kita dapat ubah, waktu itu anda akan lihat lebih banyak halangan yang tidak nampak itu, yang menghalang orang muda, dimusnahkan.”
Adrianne Fernandez dan Ethan Lee ialah pelajar asasi seni di Universiti Taylor yang turut menyumbang kepada laporan ini. FMT
Syed Saddiq: Negara luar iktiraf orang muda, Malaysia iktiraf orang tua

The post Orang tua sukar beri peluang kepada orang muda, kata Syed Saddiq appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/16/orang-tua-sukar-beri-peluang-kepada-orang-muda-kata-syed-saddiq/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Bersungguh Desak Jppm Luluskan Muda Biar Rakyat Yang Memilih

Syed Saddiq Bersungguh Desak Jppm Luluskan Muda Biar Rakyat Yang Memilih

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 228 hits
BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kerana masih tidak meluluskan pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia yang dimohon tiga bulan lalu Luahan kek
Dunia Sastera Melayu S 039 Pura Ketandusan Penulis Muda Kata Syarikat Penerbitan

Dunia Sastera Melayu S 039 Pura Ketandusan Penulis Muda Kata Syarikat Penerbitan

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 270 hits
BERITAmediacorp Dunia kesusasteraan Melayu di Singapura ketandusan penulis muda meskipun secara purata enam penulis muda menghasilkan pelbagai bentuk karya penerbitan dalam bahasa Melayu setiap tahun Itulah pandangan yang dikongsikan dua sy...
Hubungan Dr M Anwar Sukar Diperbaiki Kata Penganalisis

Hubungan Dr M Anwar Sukar Diperbaiki Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 252 hits
Penganalisis berkata selagi Dr Mahathir Mohamad masih hidup beliau akan menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri PETALING JAYA Berikutan setahun kemelut dan sengketa seorang penganalisis politik berkata hubungan antara beka...
7 Aktor Muda Yang Nekad Ciuman Sama Wanita Lebih Tua

7 Aktor Muda Yang Nekad Ciuman Sama Wanita Lebih Tua

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 270 hits
Dalam dunia per filman haruslah profesional akan setiap adegan yang harus dilakoni salah satunya ciuaman Apalagi Drama Korea terkenal dengan akting yang sangat bagus Maka tak jarang aktor ini This is a content summary only Visit my website ...
Syed Saddiq Bekas Kaki Disko Salahkan Umno Lari Tinggalkan Majlis

Syed Saddiq Bekas Kaki Disko Salahkan Umno Lari Tinggalkan Majlis

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR 1 Feb Pemuda UMNO menerusi Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana memfitnah parti berkenaan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Syed Saddiq memfitnah UMNO yang ditud...
Bukan Lagi Yb Syed Saddiq Kini Berniaga Makanan

Bukan Lagi Yb Syed Saddiq Kini Berniaga Makanan

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 401 hits
Bukan Lagi YB Syed Saddiq Kini Berniaga MakananHidup ibarat roda adakala kita diatas adakala pula kita dibawah
Bangkit Daripada Sedih Kata Kata Semangat Islam

Bangkit Daripada Sedih Kata Kata Semangat Islam

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 1839 hits
Kekecewaan adalah salah satu cara Tuhan dalam berkata Aku punya sesuatu yang lebih baik buat kamu Luka yang kamu goreskan sudah saya maafkan Namun jika kamu tidak bahagia itu adalah kerana Tuhan Maha Membalas Lebih baik kehilangan sesuatu d...
Krisis Di Perak Selesai Susulan Pertemuan Muhyiddin Zahid Dan Hadi Kata Faizal

Krisis Di Perak Selesai Susulan Pertemuan Muhyiddin Zahid Dan Hadi Kata Faizal

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 334 hits
Bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu memberitahu Dewan Rakyat krisis politik di negeri itu sudah selesai dan kesepakatan dicapai antara parti Perikatan Nasional dari PAS dan PPBM dan UMNO Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkat...
Capai Kata Sepakat Bn Pas Dan Bersatu Setuju Cadang Saarani Sebagai Mb Perak Baharu

Capai Kata Sepakat Bn Pas Dan Bersatu Setuju Cadang Saarani Sebagai Mb Perak Baharu

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 292 hits
154 total views 154 views today Perikatan Nasional sebulat suara bersepakat mencadangkan Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu PN menerusi satu kenyataan memaklumkan persepakatan bagi cadangan tersebut diputuskan untuk di...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand