Hubungan Dr M Anwar Sukar Diperbaiki Kata Penganalisis


Penganalisis berkata, selagi Dr Mahathir Mohamad masih hidup beliau akan menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri.
PETALING JAYA: Berikutan setahun kemelut dan sengketa, seorang penganalisis politik berkata, hubungan antara bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim sukar diperbaiki.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania menolak kemungkinan kerjasama politik antara dua pemimpin itu kerana Mahathir secara jelas tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri, iaitu matlamat yang kekal sebagai cita-cita PKR.

“Jelas, biar apa pun mereka ucapkan secara terbuka, Mahathir tidak akan membenarkan Anwar menjadi perdana menteri.

“Selagi Mahathir masih hidup, beliau akan sedaya upaya menghalang Anwar menjadi perdana menteri.
James Chin.“Jadi, saya rasa Anwar sedar bahawa mustahil bagi mereka untuk bekerjasama semula,” katanya kepada FMT.

Beliau juga berkata, Anwar membina kedudukannya dalam PKR tanpa calon pengganti, dan akan kekal di kerusi itu untuk beberapa lama lagi.

Katanya, keadaan yang sama boleh dilihat dalam kalangan pembangkang secara umum, tanpa calon pemimpin yang sedia akan menggantikan pemimpin sedia ada, seperti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Terlalu awal untuk meramalkan siapakah yang mampu mengetuai pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum ke-15.

“Presiden Warisan Shafie Apdal merupakan calon yang menarik, tetapi kuasa politik di Malaysia Barat, terutamanya orang Melayu tidak bersedia menerima seorang perdana menteri dari Malaysia Timur.

“Saya fikir, umumnya beliau boleh diterima sebagai timbalan perdana menteri, tetapi beliau masih perlu berusaha menyakinkan masyarakat Melayu di Malaysia Barat bahawa beliau mampu mengetuai negara.”

Semalam, Lim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa Pakatan Harapan (PH) supaya berhenti membuang masa dengan Ahli Parlimen “oportunis” daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperalatkan mereka.

Sebaliknya kata mereka, blok pembangkang perlu melakukan “reset”, yang boleh dilihat sebagai satu lagi halangan kepada cita-cita Anwar.

Mereka berkata, lebih banyak masa dan sumber perlu digunakan untuk sekutu yang bergelut untuk perjuangan bersama.

Selain itu kata mereka, PH perlu melihat melampaui 92 Ahli Parlimennya dan memberi fokus kepada 108 Ahli Parlimen pembangkang, merujuk kepada Warisan dan mereka yang bersama-sama Mahathir.

Shafie turut menggesa perubahan dalam pimpinan pembangkang dan memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan ia kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, kenyataan Shafie yang dibuat susulan kegagalan Anwar menumbangkan kerajaan PN di Dewan Rakyat menunjukkan Warisan dan presiden PKR itu tidak bersepakat.

“Tetapi dengan rasional ini, Shafie juga harus digantikan kerana pimpinan Warisan juga gagal menghalang kerajaan Sabah jatuh ke tangan PN,” katanya kepada FMT
Awang Azman Pawi.Awang Azman berkata, kegagalan menghalang Belanjawan 2021 daripada diluluskan umumnya disebabkan Ahli Parlimen takut dilihat mengetepikan kepentingan awam dan mengabaikan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan itu.

Beliau berkata, langkah terbaik yang boleh diambil Anwar pada masa ini ialah memperkukuh akar umbi parti dan memastikan pemimpin sedia ada bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

“Bertemu ahli, berkhidmat dengan baik di setiap kawasan pilihan raya dan merangka formula terbaik untuk membangunkan negara bagi menghadapi PN selepas Parlimen dibubarkan.”Nicholas Chungfreemalaysiatoday.com
-December 18, 2020 7:56 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/hubungan-dr-m-anwar-sukar-diperbaiki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tiada Agenda Peribadi Terhadap Pn Kata Saifuddin

Anwar Tiada Agenda Peribadi Terhadap Pn Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 348 hits
December 19 2020 Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata usaha Anwar untuk menjatuhkan kerajaan PN akan diteruskan PETALING JAYA Tiada agenda peribadi berhubung usaha pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan keraja...
Masih Ada Ruang Kompromi Krisis Politik Perak Antara Pn Dan Umno Kata Penganalisis

Masih Ada Ruang Kompromi Krisis Politik Perak Antara Pn Dan Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 214 hits
Masih ada ruang kompromi krisis politik Perak antara PN dan Umno kata penganalisis Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan
Orang Tua Sukar Beri Peluang Kepada Orang Muda Kata Syed Saddiq

Orang Tua Sukar Beri Peluang Kepada Orang Muda Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 182 hits
Untuk ahli politik lebih tua mengubah cara mereka dan memberi peluang kepada orang muda bukan usaha mudah tetapi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap ia sebagai tanggungjawabnya berbuat demikian Ahli Parlimen Muar itu bertegas muda buka...
Tiada Sokongan Umno Untuk Anwar Kata Sumber Pakatan

Tiada Sokongan Umno Untuk Anwar Kata Sumber Pakatan

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 237 hits
Tiada sokongan Umno untuk Anwar kata sumber Pakatan Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Dec 2020 3 34PM
Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan

Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 279 hits
Beberapa minit selepas media AS mengisytiharkan kemenangan Biden Trump menolak keputusan itu dan bertegas mahu membuktikan siapa pemenang sebenar di mahkamah more Biden dilaporkan menang pilihan raya presiden AS ke 46 dengan memperoleh 284 ...
Tumbangnya Mb Perak Amaran Daripada Umno Kata Penganalisis

Tumbangnya Mb Perak Amaran Daripada Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 306 hits
December 5 2020 9 00 AMPenganalisis berkata jatuhnya Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu semalam mungkin merupakan cara Umno menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap PPBM PETALING JAYA Tumbangnya Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faizal Azum...
Anwar Tanggung Akibat Bela Oportunis Haprak Kata Rafizi

Anwar Tanggung Akibat Bela Oportunis Haprak Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 264 hits
Anwar tanggung akibat bela oportunis haprak kata Rafizi Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Dec 2020 3 56PM
Move Jerla Anwar Ibrahim Kata Otai Reformis Hahahahahahaa

Move Jerla Anwar Ibrahim Kata Otai Reformis Hahahahahahaa

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 330 hits
Otai reformis tidak asing lagi selaku pencinta pentaksub politik anwar ibrahim Sejak daripada anwar mula berkelahi dengan atok dan dimasukkan dalam penjara Sepanduk reformis seolah sebati dalam sanubari Setiausaha kumpulan penyokong tegar p...
Menteri Kewangan Gagal Pikul Tanggungjawab Kata Anwar

Menteri Kewangan Gagal Pikul Tanggungjawab Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 189 hits
Parti Keadilan Rakyat mendakwa Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal menggarap tanggungjawab beliau dalam mempersiapkan negara dengan jalan keluar bersama pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan susulan pande...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats