Orang Ramai Dinasihat Tidak Ambil Risiko Redah Arus Banjir


Keadaan Banjir di Alamesra dan 1Borneo Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan dijangka berterusan di beberapa tempat di pantai barat Sabah pagi ini. KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatkan penduduk di daerah ini dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir supaya tidak mengambil risiko meredah arus banjir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa.

Pengarah JBPM Sabah, Md Ali Ismail, berkata tindakan itu harus dielakkan terutama bagi kenderaan ringan kerana kedalaman air dan kekuatan arus deras ketika banjir tidak dapat dijangka dan boleh membahayakan keselamatan.


"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan jangan meredah (arus banjir) terutama sekali bagi kenderaan ringan. Tunggu air surut dahulu barulah redah, sekiranya belum surut jangan ambil risiko kerana ia sangat berbahaya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Gambar Fail. Wartawan menunjukkan lokasi menyayat hati yang meragut 2 nyawa apabila Pemandu Myvi cuba melalui jambatan konkrit yang dibanjiri di Sungai Inanam di Kampung Kionsom. Md Ali berkata hujan berterusan ketika ini akan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan pantai barat Sabah, selain risiko berlaku kejadian tanah runtuh.


Justeru, beliau mengingatkan orang ramai yang berada di kawasan banjir supaya sentiasa bersedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.

Md Ali turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tidak menyentuh dawai elektrik terjatuh dalam air banjir kerana dikhuatiri terdapat arus elektrik yang boleh menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa, dan meminta ibu bapa memantau anak-anak supaya tidak bermain air ketika musim hujan.


Katanya, JBPM Sabah telah bersiap sedia daripada segala aspek termasuk logistik dan anggota terutama balai bomba di pantai barat Sabah bagi menghadapi situasi banjir di kawasan sekitar.

"Kami juga siap siaga dari segi latihan. Sekarang saya berada di Pulau Banggi, Kudat, bagi mengadakan latihan pemanduan bot melibatkan balai bomba Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud. Latihan ini untuk mengajar anggota tentang cara mengendalikan bot dan penyelamatan sekiranya berlaku banjir," katanya.

Hujan lebat berterusan bermula awal pagi tadi sehingga kini mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran pagi tadi.


Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk kawasan pantai barat Sabah pada 8.35 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Belud.

Hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pedalaman Sabah antaranya Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, serta beberapa kawasan lain iaitu Ranau dan Kudat. – BERNAMA

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/orang-ramai-dinasihat-tidak-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hajiji Serah Bantuan Tunai Kecemasan Janji Bantu Baik Pulih Kediaman Mangsa Banjir Penampang

Hajiji Serah Bantuan Tunai Kecemasan Janji Bantu Baik Pulih Kediaman Mangsa Banjir Penampang

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 260 hits
HAJIJI menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk yang terjejas banjir di Kampung Sugud Penampang FOTO Ihsan JKM Sabah Bantuan tunai RM1 000 buat mangsa banjir PENAMPANG Sabah memberikan bantuan segera wang kecemasan sebanyak RM1 00...
Bung Akui Pembinaan Pan Borneo Antara Punca Banjir Di Sabah

Bung Akui Pembinaan Pan Borneo Antara Punca Banjir Di Sabah

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 422 hits
Bung Moktar Radin menjawab soalan pada sidang DUN Sabah hari ini Projek lebuh raya Pan Borneo pembuangan sampah sembarangan antara faktor banjir kilat di Sabah kata Bung KOTA KINABALU Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin mengakui ...
Mangsa Banjir Di Sabah Terus Meningkat Malam Ini

Mangsa Banjir Di Sabah Terus Meningkat Malam Ini

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 288 hits
Mangsa Banjir Di Sabah Terus Meningkat Malam Ini KOTA KINABALU 21 Sept Sejumlah 54 mangsa banjir daripada 17 keluarga dipindahkan di dua daerah di negeri ini setakat malam ini berbanding 34 mangsa daripada lapan keluarga petang tadi menurut...
Kota Kinabalu Penampang Tuaran Dilanda Banjir Kilat

Kota Kinabalu Penampang Tuaran Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 332 hits
Hujan lebat berterusan bermula awal pagi Selasa sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Kota Kinabalu Penampang dan Tuaran Gambar Facebook KOTA KINABALU Hujan lebat berterusan bermula awal pagi Selasa se...
Ini Dikatakan Tunggang Agama Bukan Takdir Allah Manusia Punca Banjir Di Kedah Kata Ngo Kepada Takiyuddin

Ini Dikatakan Tunggang Agama Bukan Takdir Allah Manusia Punca Banjir Di Kedah Kata Ngo Kepada Takiyuddin

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 235 hits
Seorang aktivis alam sekitar berkata rumah kampung direka untuk disesuaikan dengan keadaan persekitaran tempat tinggal penduduk apabila ia dibina di atas tiang yang kadangkala berketinggian kira kira dua meter atau lebih dari tanah untuk be...
Mentaliti Mesti Diubah Pembuangan Sampah Merata Tempat Punca Perparitan Tersumbat Hingga Berlakunya Banjir Kilat

Mentaliti Mesti Diubah Pembuangan Sampah Merata Tempat Punca Perparitan Tersumbat Hingga Berlakunya Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 279 hits
Sampah dan pembangunan pesat bandar bandar besar seperti Kota Kinabalu tidak seiring dengan Sistem Saliran perparitan telah mengakibatkan banjir kilat Projek Pan Borneo bukan punca banjir kilat Bung KOTA KINABALU Pelaksanaan projek Lebuh Ra...
Banjir Sugud Bila Hanya Bumbung Menjadi Satu Satunya Pilihan Tempat Yang Selamat

Banjir Sugud Bila Hanya Bumbung Menjadi Satu Satunya Pilihan Tempat Yang Selamat

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 373 hits
Dalius memberitahu air banjir tidak menunggu lama hanya mengambil masa 20 minit bila air paras menaiki rumah rumah di Sekitar Kampungnya Laporan Eksklusif Daily Ekspress Ketika bumbung adalah satu satunya tempat yang selamat Penampang Ketig...
Bukit Dipotong Empangan Pecah Dan Banjir Lumpur Yang Mengerikan

Bukit Dipotong Empangan Pecah Dan Banjir Lumpur Yang Mengerikan

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 514 hits
Gambar hakisan tanah runtuh di teras getah di kawasan tadahan ulu Sg Sugud Maang Penampang yang mengakibatkan banjir lumpur selepas hujan lebat luar biasa baru baru ini Kejadian malapetaka itu menghancurkan semua harta benda yang ada di dal...
Banjir Kilat Melanda Shah Alam

Banjir Kilat Melanda Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 332 hits
Banjir kilat melanda Shah Alam Beberapa lokasi di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi Antara kawasan terjejas ialah sekitar Stadium Shah Alam di Seksyen 13 yang ditenggelami air setinggi 1 2m Jalan Persiara...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian