Mentaliti Mesti Diubah Pembuangan Sampah Merata Tempat Punca Perparitan Tersumbat Hingga Berlakunya Banjir Kilat


Sampah dan pembangunan pesat bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu tidak seiring dengan Sistem Saliran perparitan telah mengakibatkan banjir kilat. (Gambar Bernama)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Projek Pan Borneo bukan punca banjir kilat - Bung KOTA KINABALU: Pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo bukan satu-satunya punca perparitan tersumbat hingga berlaku banjir kilat di beberapa daerah di Sabah kebelakangan ini.

Pembinaan lebuh raya berhampiran Kota Kinabalu bukan punca utama banjir kilat. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada keadaan itu termasuk sampah dan pembangunan pesat yang tidak seiring dengan sistem perparitan sedia ada.


Beliau berkata, kesedaran masyarakat penting untuk sama-sama menangani punca kejadian banjir, selain usaha dilaksanakan kerajaan untuk memastikan sistem perparitan dalam keadaan baik.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin “Saya tidak menafikan pembinaan Pan Borneo menyumbang kepada parit tersumbat yang menyebabkan banjir kilat. Namun, kita juga perlu meningkatkan kesedaran masyarakat supaya tidak membuang sampah merata tempat.

“Kita lihat banyak sampah terutama botol plastik dalam longkang dan ia boleh menyebabkan parit tersumbat. Jadi, mentaliti masyarakat perlu diubah,” katanya pada sesi soal jawab lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.


Beliau mengulas soalan tambahan Datuk Junz Wong (WARISAN-Tanjung Aru) mengenai dakwaan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sebagai punca banjir kilat yang menjejaskan banyak kawasan.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata, pembangunan pesat di sekitar daerah terbabit juga menyumbang kepada masalah parit tidak mampu menampung jumlah air yang banyak hingga mudah melimpah apabila hujan lebat.


“Kita lihat sekarang banyak pembangunan di sekitar Kota Kinabalu tetapi utiliti termasuk perparitan tidak dirancang dengan baik. Sebab itu hujan dua tiga jam, banjir. Tempat yang tidak pernah kena banjir pun, sekarang turut terjejas,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa tindakan khas yang akan dipengerusikannya pada Jumaat ini akan membincangkan secara terperinci kejadian banjir kilat yang semakin kerap, khususnya di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang.

Sementara itu, menjawab soalan asal Tan Lee Fat (DAP-Likas) mengenai tindakan yang diambil kerajaan terhadap syarikat konsesi yang gagal menjalankan tanggungjawab hingga menyebabkan banjir kilat di Kota Kinabalu dan Penampang, Bung Moktar berkata, syarikat terbabit sentiasa dipantau.

“Kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan syarikat konsesi serta kontraktor penyelenggaraan jalan raya sentiasa memastikan longkang dan sistem perparitan di kawasan pentadbiran mereka diselenggara mengikut jadual rutin,” katanya. – BH Online

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/mentaliti-mesti-diubah-pembuangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampah Antara Faktor Banjir Kilat Di Sabah Bung Moktar

Sampah Antara Faktor Banjir Kilat Di Sabah Bung Moktar

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 285 hits
Datuk Seri Bung Moktar Radin KOTA KINABALU Pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab ke dalam sistem perparitan dan pengaliran antara faktor utama menyebabkan banjir kilat di negeri ini Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberita...
Langgar Ppkm Kafe Hingga Tempat Karaoke Di Cakung Ditutup Sementara

Langgar Ppkm Kafe Hingga Tempat Karaoke Di Cakung Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 201 hits
Kasatpol PP Kecamatan Cakung Harapan Tambunan mengatakan empat tempat usaha ini berada di Jalan Raya Bekasi Rawa Terate kemudian Jalan Raya Cacing Cakung Barat dan dua di Jalan Komarudin sisi timur Tol JORR Pulo Gebang
Banjir Sugud Bila Hanya Bumbung Menjadi Satu Satunya Pilihan Tempat Yang Selamat

Banjir Sugud Bila Hanya Bumbung Menjadi Satu Satunya Pilihan Tempat Yang Selamat

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 378 hits
Dalius memberitahu air banjir tidak menunggu lama hanya mengambil masa 20 minit bila air paras menaiki rumah rumah di Sekitar Kampungnya Laporan Eksklusif Daily Ekspress Ketika bumbung adalah satu satunya tempat yang selamat Penampang Ketig...
Isteri Pergi Tanpa Berita Lelaki Gigih Dukung Anak Merata Tempat Mencari Rezeki

Isteri Pergi Tanpa Berita Lelaki Gigih Dukung Anak Merata Tempat Mencari Rezeki

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 309 hits
Baru baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mendukung anak perempuannya ketika sedang meniaga di serata media sosial Indonesia Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki memakai T shirt berwarna kelabu membawa sebuah ...
Ini Dikatakan Tunggang Agama Bukan Takdir Allah Manusia Punca Banjir Di Kedah Kata Ngo Kepada Takiyuddin

Ini Dikatakan Tunggang Agama Bukan Takdir Allah Manusia Punca Banjir Di Kedah Kata Ngo Kepada Takiyuddin

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 241 hits
Seorang aktivis alam sekitar berkata rumah kampung direka untuk disesuaikan dengan keadaan persekitaran tempat tinggal penduduk apabila ia dibina di atas tiang yang kadangkala berketinggian kira kira dua meter atau lebih dari tanah untuk be...
Pekarangan Stadium Malawati Dilanda Banjir Kilat

Pekarangan Stadium Malawati Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 336 hits
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS PASUKAN penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam sedang memeriksa sebuah kenderaan ditenggelami air sedalam 1 2 meter di kawasan Stadium Malawati di Seksyen 13 Shah Alam Selangor hari ini SHAH ALAM Pekaran...
Hujan Lebat Angin Kencang Banjir Kilat Di Sekitar Kk

Hujan Lebat Angin Kencang Banjir Kilat Di Sekitar Kk

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 323 hits
Beberapa kawasan yang dilaporkan dinaiki air adalah Kolombong Luyang Inanam termasuk kawasan perkampungan di Penampang KOTA KINABALU Hujan lebat dan angin kencang beberapa jam lalu mengakibatkan sebahagian besar kawasan sekitar bandar raya ...
Kota Kinabalu Penampang Tuaran Dilanda Banjir Kilat

Kota Kinabalu Penampang Tuaran Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 339 hits
Hujan lebat berterusan bermula awal pagi Selasa sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Kota Kinabalu Penampang dan Tuaran Gambar Facebook KOTA KINABALU Hujan lebat berterusan bermula awal pagi Selasa se...
Banjir Kilat Melanda Shah Alam

Banjir Kilat Melanda Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 335 hits
Banjir kilat melanda Shah Alam Beberapa lokasi di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi Antara kawasan terjejas ialah sekitar Stadium Shah Alam di Seksyen 13 yang ditenggelami air setinggi 1 2m Jalan Persiara...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon