Doa Untuk Pengkhianat No Wahid Kalau Tak Kerana Dia Tak Akan Berpecah Ph Jangan Lagi Percaya Dia


Doa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor sudah termakbul.

Alhamdulillah Allah sudah makbulkan doa Ustaz Fadzil Nor. Allah lanjutkan usia Tun Dr Mahathir supaya beliau dapat melihat sendiri kesan daripada perbuatan beliau. Tidak perlu diulas apa dosa dosa Mahathir pada Anwar, rakyat dan negara kerana semua sudah maklum.

Rakyat yang berusia 30 an sekarang mungkin tidak mengenali Tun dengan mendalam, tetapi krisis politik yg berlaku kali ini menyedarkan mereka bahawa Tun pemimpin yang tamak kuasa dan tidak amanah.
Usianya terlalu tua dan sudah dua kali menjadi PM namun masih sanggup bermain politik kotor, mengkhianati Pakatan Harapan dan perjuangan rakyat.
Apa yang terjadi sekarang? Tun ditikam dari belakang oleh Presiden partinya sendiri Muhyiddin Yassin. Tun yg memperalatkan Azmin untuk menghancurkan PKR, akhirnya dikhianati oleh Azmin sendiri yang secara diam diam berkomplot dengan Muhyiddin untuk bersekongkol dengan musuh PH iaitu Umno/BN dan Pas. Lebih menyedihkan lagi Setiausaha Politiknya dan MP Umno yang melompat ke partinya turut mengkhianati beliau.

Maka akan tercatat dalam sejarah kita bahawa Mahathir yang dulunya dijulang sebagai bapa pembangunan mengakhiri riwayat politiknya sebagai PM yang menjatuhkan kerajaannya sendiri.
Maka krisis politik yg dicipta Mahathir kali ini menjadi penutup kepada Wawasan 2020 yang dinukilkannya ketika menjadi PM keempat, empat puluh tahun lalu.

Seandainya Mahathir mengotakan janjinya pada Anwar, negara ini terselamat daripada krisis politik dan Mahathir tidak dihina dan dikutuk rakyat seperti yang berlaku sekarang. Sekurang kurangnya beliau akan dikenang sebagai bekas PM yang menyelamatkan Malaysia drpd regim rasuah Najib dan Umno.

Maka timbul pertanyaan mengapa Allah tidak membuka hati Mahathir supaya insaf dengan kemungkaran yang dilakukan dahulu? Mengapakah Allah membiarkan Iblis menghasut Muhyiddin supaya mengkhianati amanah rakyat hingga tergamak kembali sekongkol dengan Umno, parti yang memecatnya kerana prinsipnya menentang rasuah? Mengapa Allah tidak membuka hati Yang Dipertuan Agong untuk melantik Anwar walaupun beliau mendapat undi jauh lebih banyak drpd Mahathir ( difahamkan Anwar 107 undi, Mahathir 65 undi dan selebihnya tidak undi)?

Pelbagai persoalan berlegar dikepala rakyat, jawapannya Allah saja yang tahu.
Bagaimanapun Allah menyuruh kita berfikir. Puas saya berfikir, akhirnya saya berkesimpulan semua yang berlaku ini adalah rencana Allah untuk memakbulkan doa Allahyarham Fadzil Nor.
Maka lihatlah apa yang berlaku sekarang. Ekonomi Malaysia terus menjunam. Pasaran saham merudum dan nasib rakyat bertambah menderita dihimpit kemiskinan.

Muhyiddin, bekas pesakit kanser terpaksa memikul beban memimpin negara, satu tugas yang amat berat bagi seorang yg tidak berapa sihat.
Sehingga kini beliau belum mampu membentuk Kabinetnya. Beliau terpaksa menunda sidang Parlimen yg dijadualkan 9 Mac kepada 18 Mei, bukti bahawa beliau tidak dapat sokongan majoriti.
Pastinya kerajaan pintu belakang akan menghadapi pelbagai masalah dan yang paling berat bagi Muhyiddin ialah menangani krisis keyakinan yg berpanjangan sehingga PRU akan datang.
Satu lagi petunjuk Allah ialah bermula dari 23 Februari - hari berlakunya “Sheraton Movement” berlakulah gelombang kedua Covid-19 dan kini jumlahnya meningkat kepada 50 orang ( 22 sudah discharge sebelum 23 Februari).
Untuk maklumat, sebelas hari sebelum 23 Februari tidak ada kes baru dikesan. Hanya 11 hari selepas Sheraton Movement, 28 kes baru dikesan.

Dengan merebaknya kes baru coronavirus, maka tugas utama Muhyiddin ialah menangani wabak ini. Kini hasrat mana mana pihak untuk membuat snap election tidak mungkin tercapai.
Kalaupun penanguhan Sidang Dewan untuk membolehkan Muhyiddin  mengukuhkan sokongan kepadanya, dengan merebaknya Covid-19, PRU 15 tidak boleh disegerakan kerana risikonya amat tinggi.

Maka firasat saya, kerajaan pintu belakang akan terus bergolak dan bergoyang.

Alhamdulillah, walaupun ada pihak yang cuba menyalahkan Anwar, sebenarnya Allah menyelamatkan Anwar daripada terpalit dengan krisis ini.

Hati Anwar daripada awal lagi menolak daripada menyertai Kabinet Mahathir. Anwar tidak campur tangan dalam pembentukan Kabinet Mahathir dan Anwar tidak terbabit dalam penggubalan sebarang dasar yg dibuat Mahathir.
Barangkali juga Allah mahu menyelamatkan Anwar daripada terpalit dengan kefasadan politik.
Berkat kesabarannya walaupun diuji dan difitnah sedemikian rupa Anwar tidak pernah resah dan kecewa. Barangkali juga Anwar bersyukur tidak menjadi PM ketika politik negara bergelumang dengan pelbagai noda dan dosa sehingga membabitkan Istana.

Said Nursid Badiozaman berdoa “ Ya Allah jauhilah aku daripada syaitan yang direjam dan politik ( kotor)”
Barangkali istiqamah Anwar dengan prinsip perjuangan menegakkan keadilan dan ehsan untuk seluruh rakyat, akan dirahmati Allah.
Allah- a’lam.

Dari
Dato' NAZRI ABDULLAH
Bekas Ketua Pengarah BH






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/doa-untuk-pengkhianat-no-wahidkalau-gak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Kecam Pesakit Covid Seperti Kami Cuma Harapkan Doa Aura Positif Anda

Jangan Kecam Pesakit Covid Seperti Kami Cuma Harapkan Doa Aura Positif Anda

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 249 hits
Tiada siapa yang minta untuk diuji dengan ujian yang sebegitu berat Lagi lagi dengan wabak Covid 19 yang sangat bahaya dan telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan mencegahnya dari terus mereba...
Pintu Langit Terbuka Doa Termakbul Jangan Lepaskan Peluang Untuk Minta Segala Hajat Kita Di Malam Nisfu Syaban

Pintu Langit Terbuka Doa Termakbul Jangan Lepaskan Peluang Untuk Minta Segala Hajat Kita Di Malam Nisfu Syaban

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 349 hits
Pada 8 April bersamaan 14 syaban malam di mana yang di panggil Nisfu Syaban Luangkan masa kita bersama keluarga dengan menghayati malam nisfu syaban ini agar seluruh umatNya dihindari virus yang menular Nisfu syaaban bermaksud separuh darip...
Orang Orang Melayu Jangan Berpecah Lagi

Orang Orang Melayu Jangan Berpecah Lagi

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 166 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAHISU PERPECAHAN politik orang orang Melayu sehingga mengakibatkan kuasa politik Melayu turut terpecah bukanlah perkara baru Ia bermula sejak Pilihan Raya Persekutuan 1955 lagi apabila PAS dan Umno bertarung u...
Hari Ini Satu Sya Ban 1441 H Jangan Lupa Baca Doa Ini

Hari Ini Satu Sya Ban 1441 H Jangan Lupa Baca Doa Ini

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 240 hits
Lembaga Falakiyah PBNU memutuskan awal Sya ban 1441 H bertepatan dengan hari Kamis mulai malam kamis 26 Maret 2020 Karena kita mau masuk awal Sya ban dianjurkan memperbanyak baca doa Di antara doa yang bisa dibaca ketika masuk bulan sya ban...
Jangan Lupakan Mereka Yang Menderita Kerana Pkp

Jangan Lupakan Mereka Yang Menderita Kerana Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 830 hits
Jika dilihat dalam FB pada masa Perintah Kawalan Penggerakan ini ramai netizen yang mencuba pelbagai masakan dan hingga hari ke 13 dah tak tahu nak masak apa Perkara ini pun berlaku pada admin semasa lepak PKP ini hingga online McDonald KFC...
Jangan Sampai Ada Rakyat Yang Tak Makan Mat Sabu

Jangan Sampai Ada Rakyat Yang Tak Makan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 193 hits
Presiden Amanah Mohamad Sabu prihatin kepada nasib rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Beliau menasihatkan para pegawainya agar mendengar rintihan rakyat marhaen dan segera memenuhi keperluan mereka Menurut pegawai khas beli...
Jangan Pendam Masalah

Jangan Pendam Masalah

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 996 hits
Assalamualaikum Aq rasa macam baru je aq update blog Tapi rupanya tu tahun lepas punya Kejap je masa berlalu Sekarang kalau nak update kena tunggu anak tido la Sekarang isu penyakit COVID 19 Tapi aq bukan nak cakap pasal tu Aq nak cakap pas...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut