Kemelut Politik Negara Akibat Sandiwara Tun M



(Ismaweb) – Tiada siapa boleh menafikan bahawa politik negara kita hari ini sangat dinamik sekali, kerana tiada yang dapat menduga apa bakal terjadi keesokan harinya, segalanya boleh berubah secara drastik dalam sekelip mata dan amat “unpredictable”. Kita tanya diri kita sendiri, benarkah segala apa yang disajikan kepada kita melalui media sosial serta dari berbagai sumber maklumat serba canggih zaman ini bahawa yang zahir itu adalah sama yang pada hakikatnya?
2. Tentulah tidak semuanya begitu. Ada “gelagat” yang sengaja dipertontonkan kepada masyarakat bagi menutupi perkara sebenar yang berlaku daripada diketahui ramai. Hal seperti ini merupakan lumrah dan amalan biasa dalam dunia politik. Maka jika demikian, apakah yang dipaparkan yang berupa segala kekalutan politik yang berlaku adalah benar seperti yang dilaporkan atau di sebalik semua yang disajikan itu ada agenda lain yang sedang berlangsung?
3. Dilembaran baru ini kita renungi lembaran politik dari sudut yang berbeza, dan fikirkan bagaimana senario politik tanah air hingga hari ini selepas kejatuhan BN dan terbaru selepas kejatuhan PH baru-baru ini. Akhir-akhir ini, kita disajikan yang berkemungkinan merupakan suatu sandiwara Tun Mahathir yang kononnya beliau tersilap langkah kerana gopoh letak jawatan. Ramai dimomok supaya percaya tindakannya melepaskan jawatan PM adalah kerana desakan oleh macai-macai Anwar Ibrahim supaya diserahkan segera kedudukan PM itu kepada DS Anwar. Atau sebetulnya Tun M memang benar-benar tidak mahu menyerahkannya kepada DS Anwar kerana sejak dahulu lagi perkara ini dimaklumi.
4. Sejarah perseteruan yang panjang antara mereka mustahil terlerai dalam sehari? Dengan melihat kepada karektor kedua tokoh yang bijak memanipulasi keadaan dan suasana. Begitu juga hubungan intim antara DS Azmin Ali dengan Tun Mahathir dan tanda-tanda penampakan khianat beliau terhadap DS Anwar Ibrahim, maka tidak mustahil jika dikatakan sebenarnya Tun M yang merancang supaya dibuka ruang buat DS Azmin Ali bertindak segera mengambil kesempatan yang ada mengumpul UMNO dan PAS dan mengangkat TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri… Ada bantahan?
5. Jika tidak? Mengapa selepas Tun M letak jawatan dan semasa YDPA menasihati beliau menerima jawatan sebagai PM Interim, Tun M ketika itu boleh saja menamakan DS Anwar Ibrahim lebih sesuai dan layak menggantikan beliau, itulah yang sepatutnya mengikut perjanjian tertutup antara Tun M dengan DS Anwar Ibrahim. Dan itulah selama ini yang kononnya mengapa rakyat menolak BN dan memilih PH sebab mahu DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas tempoh peralihan 2 tahun oleh Tun Mahathir.
6. Majoriti dengan 114 undi bukanlah angka yang selamat bagi kerajaan Perikatan Nasional, kelebihan hanya 3 undi seharusnya membuat pihak PN tidak senang duduk dan sentiasa diselubungi dengan perasaan cemas lagi menggusarkan kerana bila-bila masa 3 malah 5 atau 6 undi dalam PN dari kalangan bekas ahli UMNO boleh melompat apabila buku hitam mereka masing-masing dibentangkan jika terdesak… Ada bantahan?
7. Kalau sebelum ini mereka boleh melompat dari seberang sana ke seberang sini, tidak mustahil jika mereka “terpaksa” melompat kembali ke tempat semula? Itukah kehendak puppeteer? Kerana masih terlalu awal untuk mengeluarkan kad-kad emas yang boleh digunakan pada waktu-waktu terdesak di lain masa yang lebih mendesak daripada ketika ini.
8. Masalah kewangan sudah bukan lagi agenda besar dan utama, namun jika ada ruang dan kesempatan tentu sekali tidak akan dilepaskan. Saat ini wang diperlukan sebagai dedak pada yang ada buku hitam. Mereka tiada pilihan, harus mengambil dedak lumayan atau buku hitam ditayang kepada khalayak ramai, akibatnya karier politik mereka akan terkubur selamanya. Bodohlah jika nama yang sudahpun tercalar kerana khianat melompat kononnya masih ada semangat wawasan bangsa.
9. DAP diperbodohkan oleh Tun M yang pada mulanya menguasai tampuk kuasa negara sering kali berbisik-bisik terperasan diri bijak lalu kerap menegur kesilapan Tun M ketika membuat ucapan tetapi kini menjadi tikus yang disepak terajang. Tun M tahu DAP dan PKR tidak mempunyai kekuatan cukup untuk meninggalkannya. Mereka yang terdesak perlukan Tun M bukannya Tun M perlukan mereka.
10. Suka atau tidak, game play politik hari ini Tun Mahathir adalah puppeteer kepada PH dan PN. DAP memang mengharapkan supaya Tun M bangkit menuntut kembali jawatan PM. DS Anwar Ibrahim terdesak kepada suatu jawatan lalu memulakan “Langkah Rawang” untuk merampas jawatan MB Selangor daripada macai DS Azmin Ali, sekaligus peluang untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau punya karisma lebih daripada itu layak sebagai PM Malaysia.
11. Dan TS Muhyiddin juga sedar bahawa keadaan kerajaan beliau masih belum cukup kukuh dan kuat untuk membentangkan agenda-agenda besar negara kerana para pelabur masih mengambil sikap berhati-hati dengan kerajaan PN yang akan berdepan dengan masalah calon bertanding mewakli parti masing-masing, dan beliau amat berharap agar Tun Mahathir tidak menabur dedak yang besar serta ugutan buku hitam kepada mereka yang berada di pihak kerajaan PN.
12. Walaupun agenda besar MUAFAKAT adalah mempertahankan dan memastikan kedaulatan Islam Ahli Sunnah wal Jamaah terjamin selamat, dalam pada itu kami juga tidak ketinggalan mengikuti geo-politik tanahair perkembangan semasa kerana ia turut memberi kesan kepada dakwah Islam. Kami bersyukur kerajaan PN sifar DAP dan Syiah namun masih ada anasir ajaran sesat lain yang dilihat semakin agresif mengembangkan sayap menguasai lokasi strategik untuk menyebarkan fahaman sesat mereka yang telah pun sebelum ini berjaya memusnahkan kebanyakan negara Islam Sunni di Timur Tengah.
Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/05/24/kemelut-politik-negara-akibat-sandiwara-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesatuan Politik Melayu Enjin Kestabilan Negara

Kesatuan Politik Melayu Enjin Kestabilan Negara

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 363 hits
SEJAK Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu dan membentuk Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan politik Malaysia mula mencorakkan bentuk baru Ianya banyak melibatkan kesedaran dan ...
Setakat Ini Aku Masih Sokong Langkah Politik Tun Walaupun Tidak Popular

Setakat Ini Aku Masih Sokong Langkah Politik Tun Walaupun Tidak Popular

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 344 hits
Sekadar langkah politik yang berbeza bukanlah satu dosa Tiada sebab kuat untuk aku tidak sokong Dia bukan peliwat penyamun dan pengkhianat
Orang Melayu Sudah Meluat Dengan Langkah Politik Tun Mahathir

Orang Melayu Sudah Meluat Dengan Langkah Politik Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat ramai pihak sebagai perbuatan khianat kepada rakyat negara ini Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali Al Habs...
Ph Masih Sibuk Main Politik Ketika Negara Diancam Covid 19 Thinalan

Ph Masih Sibuk Main Politik Ketika Negara Diancam Covid 19 Thinalan

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Ketika negara masih lagi sedang bergelut dengan pandemik Covid 19 ternyata pembangkang masih sibuk dengan agenda sendiri untuk kembali berkuasa Malah sejak kebelakangan ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu l...
Datuk Razlanrafii Sidang Dewan Rakyat Selesai Masa Untuk Pembangkang Berhenti Bermain Sandiwara Politik

Datuk Razlanrafii Sidang Dewan Rakyat Selesai Masa Untuk Pembangkang Berhenti Bermain Sandiwara Politik

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 373 hits
1 Desas desus sebelum ini yang mendakwa mantan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mendapat perkenan Tuanku untuk mengisytiharkan jumlah sokongan Ahli Ahli Dewan Rakyat selepas perletakan jawatan beliau akhirnya terjawab 2 Pat...
Agong Ingatkan Ahli Parlimen Jangan Bawa Isu Politik Di Saat Negara Menentang Covid19

Agong Ingatkan Ahli Parlimen Jangan Bawa Isu Politik Di Saat Negara Menentang Covid19

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 322 hits
Selepas sekian lama tidak bersidang hari ini merupakan hari Istiadat Pembukaan Parlimen untuk kerajaan baru di bawah parti Perikatan Nasional dan ia merupakan mesyuarat kali pertama penggal ketiga Parlimen ke 14 Seperti biasa istiadat ini a...
Tun M Anwar Sudah Tamat Tempoh Pimpin Negara

Tun M Anwar Sudah Tamat Tempoh Pimpin Negara

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 240 hits
Kedua duanya rakus sehingga sanggup bersekongkol dengan DAP BANGI Perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya untuk mengembalikan mandat rakyat sebenarnya hanya kata kata hiasan yang diletakkan atas tapak keraku...
22 Bulan Ph Memerintah Sejarah Hitam Politik Negara Kata Pas

22 Bulan Ph Memerintah Sejarah Hitam Politik Negara Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 333 hits
May 16 2020KUALA LUMPUR Parti Islam Se Malaysia bertekad memperkukuhkan resolusi Piagam Muafakat Nasional bersama sama rakan kerjasama UMNO dalam mesyuarat khas Muafakat Nasional semalam kata Ketua Penerangannya Kamaruzaman Mohamad PAS meny...
Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik Sekali Lagi Agong

Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik Sekali Lagi Agong

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 369 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berpesan supaya semua Ahli Parlimen tidak mengheret negara ke kancah politik ketika rakyat berdepan kesukaran akibat pandemik COVID 19 Baginda bertitah wakil rakya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator