Mampukah Percaturan Mahathir Kali Ini Berhadapan 2 Musuh Politik



Perjalanan politik anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad iaitu Mukhriz agak berliku baik ketika bersama di dalam Umno mahupun kini bersama Bersatu.

Dua kali Mukhriz gagal menamatkan tugasnya selaku menteri besar Kedah iaitu pada tahun 2016 ketika masih bersama Umno/BN dan kali ini bersama Bersatu.

Plotnya hampir sama dengan krisis yang berlaku pada tahun 2016. Beliau disingirkan Umno kerana penentangannya terhadap presiden Umno ketika itu Najib Razak.

Kali ini cerita sama juga berulang apabila beliau secara terbuka menentang kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, PAS dan GPS.



Pada tahun 2016, Mukhriz bersama bapanya, Muhyiddin dan Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal secara terbuka mengkritik dan mendesak Najib yang juga perdana menteri ketika itu supaya meletak jawatan kerana dikaitkan dengan skandal 1MDB

Saya masih ingat lagi dalam satu jamuan makan malam sempen perhimpunan agung Umno tahun itu di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, Mukhriz di hadapan bapanya dan Muhyidin secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib.

Najib pada masa itu tiada pilihan lain kerana enggan tunduk kepada desakan sesuatu perlu dilakukan dan tindakan mesti diambil.

Akhirnya semua mereka disingkirkan daripada Umno dan mereka membentuk Bersatu sehingga berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 9 Mei 2018.

Kali ini plot yang sama dengan skrip hampir sama, kerana bersama bapanya menentang Muhyiddin, sekali lagi Mukhriz hilang jawatan menteri besar.



Malah Mukhriz ketika sidang media mengumumkan peletakan jawatan secara terbuka menegaskan yang beliau berpegang teguh kepada pendirian ayahandanya untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Mukhriz bagaikan menjadi mangsa kepada percaturan politik bapanya.

Sebelum PRU-14 lalu "3M" Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz menjadi tonggak yang menentang kepimpinan Najib dalam Umno.

Boleh dikatakan majoriti rakyat cukup kagum kepada 3M ini ketika itu, namun situasinya agak berbeza selepas PH berjaya menguasai Putrajaya.

Mahathir sejarahnya memang terkenal dengan sikap suka berkonfrantasi dengan pemimpin Umno dan bekas perdana menteri.

Daripada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sehinggalah kepada Najib, semuanya tidak terlepas daripada menjadi mangsa Mahathir.

Kini giliran Muhyiddin pula menjadi mangsa kepada serangan Mahathir, dengan rasminya Mukhriz disingkirkan, maka perdana menteri perlu bersiap sedia untuk menerima serangan dan percaturan politik bekas perdana menteri dua kali itu.



Persoalannya apakah percaturan Mahathir kali ini mampu menjatuhkan Muhyiddin? Ini kerana Muhyiddin merupakan pengikut setia yang amat memahami percaturan Mahathir.

Ketika Mahathir mendesak bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur, Muhyiddin digunakan bagi menekan Pak Lah ketika itu, begitu juga ketika mendesak Najib, Muhyiddin juga turut digunakan.

Episod yang dilalui Muhyiddin kali ini tidak ubah dengan apa yang dilalui Najib ketika menjadi perdana menteri. Kemungkinan tekanan lebih kuat akan dikenakan terhadap Muhyiddin.

Cuma bezanya kali ini Muhyiddin bukan saja mendapat sokongan sebahagian pemimpin Bersatu, bahkan turut mendapat sokongan Umno termasuk Najib, PAS dan GPS serta kumpulan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Jadi, secara tidak langsung Mahathir kini mempunyai dua "musuh politik" yang perlu dihadapi iaitu Muhyiddin dan Najib untuk kembali ke tampuk kuasa.



Kali ini, Pakatan Harapan (PH) pula dijadikan "kenderaan" oleh Mahathir untuk mencapai matlamatnya dan mengembalikan PH ke tampuk kuasa.

Persoalannya, mampukah percaturan Mahathir kali ini untuk berdepan dengan dua musuh politiknya?

HASPAIZI ZAIN

MR :  Ada satu lagi yang tersembunyi Anwar Ibrahim


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/mampukah-percaturan-mahathir-kali-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Undi Tidak Percaya Dr Mahathir Berjaya Bila Boboi Pun Tumbang Kali Kedua Di Negeri Sendiri

Bolehkah Undi Tidak Percaya Dr Mahathir Berjaya Bila Boboi Pun Tumbang Kali Kedua Di Negeri Sendiri

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 463 hits
Manusia merancang tapi hanya Allah SWT yang layak menentukan Itulah yang berlaku pada mantan Perdana Menteri ke 4 ke 7 dan Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Dalam beberapa siri kejayaan beliau jatuhkan beberapa orang Perdana Menteri yang ...
Dapsy Yakin Kerjasama Dengan Dr Mahathir Bangkit Semangat Rakyat Kali Kedua

Dapsy Yakin Kerjasama Dengan Dr Mahathir Bangkit Semangat Rakyat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 458 hits
Ketua Pemuda Sosialis DAP Malaysia Howard Lee Chuan How yakin kerjasama parti itu dan PKR dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan sekali lagi membangkitkan semangat rakyat untuk mengubah hala tuju politik negara Howard menyokong penuh kenyataan...
Kali Ini Mahathir Beri Laluan Anwar Pm Ke 9

Kali Ini Mahathir Beri Laluan Anwar Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 320 hits
Kredit Edy Noor Reduan Menjelang pembukaan Parlimen pada tanggal 18 Mei nanti ramai yang tertanya tanya siapakah sosok yang paling layak menjadi ketua pembangkang Malaysia Menjawab persoalan ini sudah tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim palin...
Orang Melayu Sudah Meluat Dengan Langkah Politik Tun Mahathir

Orang Melayu Sudah Meluat Dengan Langkah Politik Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat ramai pihak sebagai perbuatan khianat kepada rakyat negara ini Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali Al Habs...
Tiada Halangan Mohon Zakat Berulang Kali Maiwp

Tiada Halangan Mohon Zakat Berulang Kali Maiwp

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 285 hits
Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa tiada halangan bagi mana mana pihak khususnya golongan asnaf yang mahu memohon zakat berulang kali meskipun sudah dibantu sebelum ini kerana terbeban dengan perlaksanaan Perint...
Covid 19 Thailand Catat Sifar Kes Baru Pertama Kali Hari Ini Sejak Dilanda Pandemik

Covid 19 Thailand Catat Sifar Kes Baru Pertama Kali Hari Ini Sejak Dilanda Pandemik

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 362 hits
Thailand mencatatkan rekod kali pertama tiada sebarang kes jangkitan COVID 19 harian baharu dilaporkan pada hari ini Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID 19 Dr Taweesilp Visanuyothin berkata angka kes jangkitan kekal 3 017 kes dan 56 k...
Wajah Yuna Terpapar Di Kota New York Buat Kali Kedua

Wajah Yuna Terpapar Di Kota New York Buat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 306 hits
Penyanyi Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna berusia 34 tahun itu memuatnaik satu posting di Instagramnya yuna menunjukkan bahawa wajahnya terpapar di papan iklan yang terletak di kota New York Amerika Syarikat buat kali kedua Wa...
Mukhriz 2 Kali Kecundang 4 Kali Ditinggalkan

Mukhriz 2 Kali Kecundang 4 Kali Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 401 hits
FMT KUALA LUMPUR Kejatuhan Mukhriz Mahathir yang pasti akan berlaku tidak lama lagi susulan pembelotan semalam digambarkan sebagai penghinaan politik yang terakhir bagi anak kepada bekas perdana menteri itu Ahli parti teringat ramai secara ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia