Orang Islam Pun Ada Hina Nabi Tanpa Sedar


Diterbitkan 26 Feb 2019, 8:15 malam 

Proses keadilan - terutama dalam Islam - perlu dijalankan secara teliti dan adil, bukannya semberono bagi memastikan sesuatu hukuman dikenakan dengan tepat.

Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zolkharnain Abidin berkata seseorang suspek tidak boleh ditangkap dan terus dijatuhkan hukuman.

Bagi sesetengah orang katanya lebih keras dan berat hukuman dikenakan ia lebih baik.

"Malaysia bukan negara Taliban," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zolkharnain yang juga pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah mengulas kes individu tertentu yang disyaki menghina nabi dan mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Selain mendesak kerajaan mengambil tindakan segera dan keras, ada antara mereka mempertikaikan mengapa suspek dibebaskan daripada tahanan polis.

Pagi tadi Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun menjelaskan suspek terbabit dibebaskan selepas tempoh reman yang dibenarkan mahkamah tamat.

Dakwa nabi begitu begini

Kata Mohamad Fuzi, keputusan untuk mendakwa atau tidak suspek terletak pada Jabatan Peguam Negara dan bukannya Polis Diraja Malaysia.

Pemuda Umno dan PAS pula mengancam untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran jika suspek - berusia 68 tahun - tidak diambil tindakan.

Kata Zolkharnain apabila seseorang itu ditahan dia tidak boleh terus dihukum sebaliknya perlu disiasat dengan saksama.

Baca 'Ambil tindakan isu hina nabi atau kami berhimpun'

"Setelah terbukti kesalahan dibuat dengan sedar dan sengaja, hukumlah," katanya.

Beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad tidak terus menghukum seseorang yang mengaku salah depan baginda.

Sebaliknya kata Zolkharnain Rasulullah menjalankan siasatan dengan teliti dan melihat pelbagai kemungkinan supaya keadilan dapat ditegakkan.

Beliau juga mengingatkan perbuatan menghina nabi bukan saja berlaku dalam kalangan orang bukan Islam.

Sebaliknya kata Zolkharnain ada orang Islam juga menghina nabi secara tidak sedar.

"Misalnya, ada agamawan yang berkata, nabi berkata begitu dan begini, padahal baginda tidak berkata begitu pun.

"Itu suatu pembohongan dan juga penghinaan ke atas nabi. Tapi oleh kerana penghina itu agamawan, ia tidak dianggap menghina oleh sesetengah orang, sebab dalam dunia ini ada pihak yang berasa dirinya suci," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/orang-islam-pun-ada-hina-nabi-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Hina Nabi Islam Polis Tahan Tiga Individu Buru Seorang Lagi

Kes Hina Nabi Islam Polis Tahan Tiga Individu Buru Seorang Lagi

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 530 hits
Tiga individu ditahan dan seorang lagi suspek diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda Saidatina Aisyah Tiga suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanle...
Umat Islam Pun Ada Hina Nabi Bukan Orang Bukan Islam Sahaja Kata Yadim Viralhancing

Umat Islam Pun Ada Hina Nabi Bukan Orang Bukan Islam Sahaja Kata Yadim Viralhancing

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 563 hits
Proses keadilan terutama dalam Islam perlu dijalankan secara teliti dan adil bukannya semberono bagi memastikan sesuatu hukuman dikenakan dengan tepat Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Zolkharnain Abidin berkata seseor...
Kecoh 500 Umat Islam Bantah Hina Nabi Depan Balai Polis

Kecoh 500 Umat Islam Bantah Hina Nabi Depan Balai Polis

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 565 hits
IPOH Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berhadapan Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh di sini terpaksa ditutup kira kira 200 meter apabila hampir 500 umat Islam berhimpun bagi mendesak pendakwaan segera dilakukan terhadap lelaki yang yang menghi...
Operator Kilang Didakwa Hina Nabi Muhammad

Operator Kilang Didakwa Hina Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 873 hits
Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memuat naik satu hantaran yang menghina Nabi Muhammad menggunakan aplikasi Facebook pada minggu lepas A Taneson 22 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas...
Demonstrasi Jangan Hina Nabi Kami Jumaat Ini Di Seberang Jaya

Demonstrasi Jangan Hina Nabi Kami Jumaat Ini Di Seberang Jaya

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 441 hits
Umat Islam di Utara tanah air diajak beramai ramai hadir pada demonstrasi besar besaran Jangan Hina Nabi Kami di Masjid Jamek Seberang Jaya Pulau Pinang selepas solat Jumaat 1 Mac ini Pengerusi Sekretariat Himpunan Kebangkitan Ummah Pulau P...
Himpunan Bantah Hina Nabi Muhammad Di Ipoh

Himpunan Bantah Hina Nabi Muhammad Di Ipoh

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 652 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190225 himpunan bantah hina nabi jpeg fit 600 2C400 ssl 1IPOH Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berhadapan Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh di sini terpaksa ditutup kira kira 200 meter ap...
Fb Dr Sanusi Di Sekat Lepas Tegur Peng Hina Nabi Muhammad

Fb Dr Sanusi Di Sekat Lepas Tegur Peng Hina Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 792 hits
13 Jamadilakhir 1440H Isnin Hanya kerana memuat naik hantaran yang menegur tindakan individu bukan Islam menghina Rasulullah laman Facebook Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma Dr Ahmad Sanusi disekat Sekatan ke atas laman Facebook Dr Ahmad...
Allahhuakhbar Hina Nabi Desak Ambil Tindakan

Allahhuakhbar Hina Nabi Desak Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 631 hits
Hina Nabi Desak ambil tindakan Hampir 500 orang berkumpul di hadapan IPD Ipoh bagi mendesak lelaki hina Rasulullah segera diambil tindakan IPOH Hampir 500 orang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini malam tadi bagi mend...
Polis Tidak Adil Lepaskan Lelaki Hina Nabi Ini Jawapan Peguam Untuk Netizens

Polis Tidak Adil Lepaskan Lelaki Hina Nabi Ini Jawapan Peguam Untuk Netizens

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 629 hits
Oleh LELAKI HINA NABI DILEPASKAN DENGAN JAMIN POLISSaya tidak akan mengulas mengenai fakta kes kerana ianya terlalu awal untuk diulaskan siapa yang bersalah juga tidak diketahui namun saya ingin mengulas mengenai proses tahanan reman dan di...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej