Polis Tidak Adil Lepaskan Lelaki Hina Nabi Ini Jawapan Peguam Untuk Netizens


Oleh : Hasif Hasan
 
LELAKI HINA NABI DILEPASKAN DENGAN JAMIN POLIS

Saya tidak akan mengulas mengenai fakta kes kerana ianya terlalu awal untuk diulaskan, siapa yang bersalah juga tidak diketahui namun saya ingin mengulas mengenai proses tahanan reman dan diberi jamin polis terhadap lelaki yang menghina agama dan pemimpin agama.

Reman ini diambil setelah berlakunya sesuatu kejadian berunsur jenayah seperti menghina sesuatu agama atau pemimpin agama.

Perlu dijelaskan bahawa reman ini bukanlah merupakan sesuatu hukuman bagi suspek dan tempat suspek ditahan juga bukannya di dalam penjara tetapi di dalam lock up polis bagi membantu siasatan polis.

Suspek masih lagi belum didakwa dan dituduh di mahkamah cuma dibawa ke mahkamah bagi tujuan mendapatkan perintah tahanan reman sahaja.


Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pihak polis hanya boleh menahan seseorang itu selama 24 jam sahaja.

Seseorang tersebut tidak boleh ditahan melebihi tempoh ini melainkan pihak polis telah mendapat perintah reman daripada seorang majistret.

REMAN

Di bawah Seksyen 117(1) Kanun Acara Jenayah, seorang majistret hanya wajar membuat perintah reman sekiranya didapati bahawa penyiasatan polis tidak boleh diselesaikan dalam masa 24 jam.

Pihak polis hendaklah memberi alasan-alasan untuk menahan seseorang di dalam lokap sementara siasatan dijalankan oleh polis.

TEMPOH REMAN

Bagi kesalahan yang membawa hukuman penjara kurang dari 14 tahun, perintah reman (pertama) selama maksimum sehingga 4 hari.

Pihak polis kemudiannya boleh memohon untuk melanjutkan reman selama maksimum 3 hari dengan memberi alasan kenapa lanjutan masa diperlukan.

Contohnya seperti kesalahan di bawah seksyen 379 Kanun Kesiksaan iaitu mencuri.

Bagi kesalahan yang membawa hukuman penjara lebih dari 14 tahun pula, reman (pertama) adalah maksimum 7 hari.

Pihak polis boleh memohon lanjutan reman untuk 7 hari dengan alasan yang munasabah.

Contohnya kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

Keseluruhan tempoh reman yang boleh dipohon pihak polis adalah selama 14 hari.

Sekiranya penahanan itu melebihi 24 jam tanpa perintah reman oleh majistret maka penahanan tersebut menjadi tidak sah dan pihak polis menghadapi risiko untuk disaman oleh suspek.

ALASAN REMAN

Majistret tidak boleh menerima sahaja permohonan polis untuk penahanan reman tanpa sebab dan alasan.

Majistret seharusnya berpuas hati bahawa terdapatnya alasan-alasan munasabah untuk memberikan perintah reman tersebut dan alasan-alasan ini wajar dikemukakan oleh polis.

Begitu juga jika pihak polis ingin melanjutkan reman (selepas tempoh reman pertama berakhir), alasan-alasan yang dikemukakan juga mesti berkaitan dengan keperluan polis untuk melanjutkan tahanan orang tersebut.

Kelazimannya reman dipohon kerana pihak polis memerlukan masa untuk menjalankan siasatan, perlu mengambil keterangan suspek, mengesan penglibatan suspek dan mendapatkan segala bukti yang ada.

Antara alasan lain ialah jika suspek tersebut tidak ditahan reman, terdapat kemungkinan suspek akan melarikan diri atau akan mengganggu saksi-saksi atau bahan bukti jika beliau tidak direman.

Majistret mempunyai tanggungjawab untuk mengimbangi hak-hak orang yang ditahan dengan keperluan pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Setelah Majistret berpuas hati dengan alasan-alasan yang dikemukakan polis, Majistret boleh memberikan perintah tersebut.

Sekiranya majistret tidak membenarkan reman, atau tempoh reman telah berakhir, maka orang yang ditahan harus dibebaskan.

Apa apa tahanan selepas itu adalah tidak sah dan salah di sisi undang-undang.

Lazimnya majistret akan membenarkan permohonan polis bagi mendapatkan bukti dan maklumat dari suspek tersebut.

Pihak polis sewajarnya diberikan masa dan ruang yang mencukupi untuk menjalankan siasatan tetapi pada masa sama, hak-hak orang yang ditahan juga tidak boleh diabaikan.

Perlu diingat bahawa suspek hanya ditahan bagi membantu siasatan dan beliau masih belum disabit dan didapati bersalah oleh mahkamah.

Setelah reman berakhir maka pada kelazimannya kertas siasatan akan dihantar untuk tindakan pihak pendakwaraya sama ada untuk menuduh suspek di mahkamah atau memberi jaminan polis dahulu kepada suspek atau melepaskan suspek dari pertuduhan.

APABILA SELESAI REMAN

1- Menuduh di mahkamah
2- Memberi jaminan polis

Jaminan polis juga bertujuan bagi pegawai penyiasat melengkapkan kesemua dokumen dan bukti sebelum menuduh suspek di mahkamah.

Bebas di bawah jamin polis bermaksud siasatan pihak polis ke atas suspek telah selesai dan yang kena jamin masih belum 'selamat' bagi maksud sebenar.

Suspek masih perlu melapor diri di balai polis mengikut terma jamin diri tersebut seperti contoh sebulan sekali.

Suspek pada bila bila masa boleh diarahkan pergi ke mahkamah untuk dituduh, dijamin dan dibicarakan.

Jika disabitkan selepas perbicaraan, hukuman masih tetap ada buat suspek.

(Jamin polis hanya perlu penjamin dan akuan mulut sahaja dan tidak perlu membayar apa apa kepada pihak polis sebagai cagaran)

Terdapat juga memungkinkan suspek akan dilepaskan dari pertuduhan setelah berakhirnya tempoh reman sekiranya tidak ada bukti yang ditemui oleh pihak polis untuk mengaitkan suspek dengan kejadian jenayah yang berlaku.

Sekian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/02/polis-tidak-adil-lepaskan-lelaki-hina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Hina Nabi Islam Polis Tahan Tiga Individu Buru Seorang Lagi

Kes Hina Nabi Islam Polis Tahan Tiga Individu Buru Seorang Lagi

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 421 hits
Tiga individu ditahan dan seorang lagi suspek diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda Saidatina Aisyah Tiga suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanle...
Polis Didesak Tahan Semula Lelaki Hina Nabi

Polis Didesak Tahan Semula Lelaki Hina Nabi

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 630 hits
Lebih 100 aktivis Islam berkumpul di hadapan IPD Timur Laut semalam bagi mendesak PDRM mengambil tindakan terhadap lelaki yang menghina Nabi Muhammad SAW BACA seterusnya di
Lelaki Hina Nabi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Lelaki Hina Nabi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 440 hits
PENGERUSI Jaringan Muslim Pulau Pinang Azmi Jaafar berhimpun bersama orang ramai di Masjid Al Huda Sungai Ara Bayan Lepas Pulau Pinang bagi menyatakan kemarahan berhubung penghinaan terhadap Rasulullah SAW Foto Mikail OngLELAKI yang ditahan...
Orang Hina Nabi Muhammad Bebas Jaminan Polis

Orang Hina Nabi Muhammad Bebas Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 1140 hits
Harga keadilan terlalu murah di Malaysia Baru Semoga penduduk Semenyih menolak calon Pakatan Harapan semoga mesej kepada kerajaan kerana tidak serius mengambil perkara menghina Agama Islam serta Nabi Muhammad adalah satu perbuatan yang tida...
Pensyarah Kolej 2 Individu Hina Nabi Lapor Polis

Pensyarah Kolej 2 Individu Hina Nabi Lapor Polis

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 476 hits
LEBIH 16 wakil pertubuhan bukan kerajaan bersama UMNO dan Pas membuat laporan polis terhadap seorang lelaki dipercayai pensyarah kolej komuniti dan dua individu lagi dalam isu menghina Nabi Muhammad SAW di Ibu pejabat Polis Daerah Bentong d...
Lelaki Hina Nabi Ditahan Polis

Lelaki Hina Nabi Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 720 hits
Bernama KUANTAN Polis menahan seorang warga emas berusia 68 tahun bagi membantu siasatan dakwaan menghina Nabi Muhammad di laman sosial Facebook miliknya Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zuhdin Mahmud berkata lelaki itu ditahan di rumahnya ...
Kecoh 500 Umat Islam Bantah Hina Nabi Depan Balai Polis

Kecoh 500 Umat Islam Bantah Hina Nabi Depan Balai Polis

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 457 hits
IPOH Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berhadapan Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh di sini terpaksa ditutup kira kira 200 meter apabila hampir 500 umat Islam berhimpun bagi mendesak pendakwaan segera dilakukan terhadap lelaki yang yang menghi...
Informasi Hina Nabi Lagi 13 Laporan Polis Di Kuala Muda

Informasi Hina Nabi Lagi 13 Laporan Polis Di Kuala Muda

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 523 hits
NAIB Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Kedah Azizan Abdullah menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Muda Sungai Petani di Kedah baru baru ini UTUSAN ONLINE ABD RAZAK OSMANSUNGAI PETANI 28 Feb...
Tahniah Polis Tangkap Lelaki Didakwa Buat Hantaran Fb Hina Nabi Muhammad

Tahniah Polis Tangkap Lelaki Didakwa Buat Hantaran Fb Hina Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 860 hits
Polis tangkap lelaki didakwa buat hantaran FB hina Nabi Muhammad Seorang lelaki yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW melalui hantaran Facebook telah ditangkap kata Ketua Polis Pahangi Mohd Zakaria Ahmad Menurutnya lelaki berusia 68 tahun...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kenapa Murid Malas Ke Sekolah

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama