Orang Asli Kuala Koh Tpm Pengerusi Mesyuarat Tergempar
 tyrazalhe  Isu babit nyawa rakyat perlu perhatian khusus, tindakan menyeluruh

              Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.                      PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari  ini memanggil mesyuarat tergempar di sini bagi membincangkan  perkembangan terkini situasi Orang Asli daripada suku kaum Batek di  Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.
Dr Wan  Azizah yang mempengerusikan mesyuarat selama dua jam di Pejabat Timbalan  Perdana Menteri itu mencerminkan keseriusan dan keprihatinan kerajaan  dalam menangani isu kesihatan yang sedang dialami kaum Batek itu.
“Perkara  melibatkan nyawa rakyat adalah isu besar yang perlu perhatian khusus dan  tindakan menyeluruh,” kata Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan  Wanita Keluarga dan Masyarakat, dalam catatan di laman Twitter rasmi  beliau.
Beliau berkata, setiap agensi yang terlibat akan memastikan isu itu ditangani sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat.
Mesyuarat  tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P.  Waytha Moorthy, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan  Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo  Bee Yin.
Dr Wan Azizah dijadualkan ke Kelantan pada Jumaat ini bagi meninjau dengan lebih dekat perkembangan isu berkenaan.
Media  sebelum ini melaporkan mengenai kejadian menimpa Orang Asli suku kaum  Batek di Kampung Kuala Koh, baru-baru ini, yang didakwa dilanda penyakit  misteri sehingga mengakibatkan sebilangan kematian.
Mengikut  suku kaum itu berlaku 14 kematian dengan mangsa dikebumikan secara adat  oleh penduduk kampung, tetapi polis memaklumkan hanya menerima dua  laporan berkaitan kematian terbabit.
Menteri di  Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata semalam  dua kes kematian Orang Asli tersebut disahkan berpunca daripada radang  paru-paru.- Bernama
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/orang-asli-kuala-koh-tpm-pengerusi.html