Orang Asli Kampung Kuala Koh Diserang Tibi


Ramli Ibrahim   
DUA meninggal dunia manakala 31 Orang Asli suku Batik di Kampung Kuala Koh, Gua Musang menerima rawatan selepas menghidap penyakit tibi kritikal sejak sebulan lalu.

Kematian terbaru kelmarin, membabitkan seorang wanita Orang Asli berusia 22 tahun, manakala seorang meninggal dunia pertengahan bulan lalu.

Seramai 31 penduduk yang lain termasuk kanak-kanak menerima rawatan di klinik Aring 1, Klinik Kesihatan Chiku 3, dan Hospital Gua Musang (HGM) sejak Isnin lalu.

Tiga daripada mereka yang tenat terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk menerima rawatan lanjut dan keadaan mereka stabil.

Guru Agama Islam Orang Asli, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Mohd Fadzli Mahmok berkata, mereka diserang penyakit itu sejak awal Ramadan dan kini jumlahnya bertambah.

Katanya, mereka diserang batuk dan badan menjadi kurus dipercayai selepas menggunakan air tadahan bukit yang kotor kesan pencemaran lombong bijih besi.

“Mereka diserang penyakit itu sebulan lalu, namun tidak mendapatkan rawatan awal kerana tidak ada kenderaan pacuan empat roda untuk ke klinik,” katanya yang menguruskan pengebumian jenazah dua penduduk Orang Asli beragama Islam berkenaan.

Menurutnya, dia bukan sahaja menguruskan pengebumian penduduk yang meninggal dunia tetapi juga terpaksa menghantar mereka ke HGM.

Penduduk Orang Asli, Mamat Pokok, 39, berkata, dia khuatir jika serangan penyakit itu berpunca daripada pencemaran air.

Katanya, sebulan lalu hanya beberapa penduduk sahaja dijangkiti penyakit itu dan seminggu kemudian ia mula merebak.

“Ketika ini masih ramai penduduk yang batuk kerana serangan penyakit sama dan belum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, mereka dalam pemantauan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk dihantar ke hospital.

Manakala, Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Koh dijangkiti tibi.

Bagaimanapun katanya, setakat ini pihaknya dimaklumkan hanya seorang yang meninggal dunia dikebumikan mengikut agama Islam di Tanah Perkuburan kampung itu.

“Penduduk yang kritikal masih menerima rawatan di HGM dan yang tenat di HKK,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kematian penduduk Orang Asli yang disebabkan penyakit tibi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/orang-asli-kampung-kuala-koh-diserang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Asli Kuala Koh Tpm Pengerusi Mesyuarat Tergempar

Orang Asli Kuala Koh Tpm Pengerusi Mesyuarat Tergempar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 310 hits
Isu babit nyawa rakyat perlu perhatian khusus tindakan menyeluruh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail PUTRAJAYA Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memanggil mesyuarat tergempar di ...
Dedah Segera Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh

Dedah Segera Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 564 hits
ULASAN KHASSungai Aring yang diambil mengguna droneseperti dilapirkan oleh NST 3 Mac 2019KEJADIAN yang menimba masyarakat Orang Asli kaum Bateq di Kuala Koh Gua Musang yang dilaporkan telah meragut 13 nyawa perlu dipandang serius Tidak bole...
Ekoran Isu Kematian Orang Asli Kuala Koh Ini Punca Sebenar Penyakit Pneumonia

Ekoran Isu Kematian Orang Asli Kuala Koh Ini Punca Sebenar Penyakit Pneumonia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 426 hits
Baru baru ini tular kes penyakit Pneumonia yang merebak di kawasan penempatan Orang Asli di Kuala Koh dan menyebabkan beberapa penduduk di situ meninggal dunia Apa yang boleh dikatakan penyakit ini adalah satu jangkitan kuman pada tisu paru...
Essential Items Being Ferried To Kg Kuala Koh Villagers Says Waytha

Essential Items Being Ferried To Kg Kuala Koh Villagers Says Waytha

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 369 hits
Stricken villagers from Kampung Kuala Koh Gua Musang Kelantan where 14 Orang Asli have have a steady supply of essential food items clean water and medical supplies Minister in the Prime Minister s Department P Waythamoorthy said that while...
Tpm Sahkan Sumber Air Di Kuala Koh Tidak Tercemar

Tpm Sahkan Sumber Air Di Kuala Koh Tidak Tercemar

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 320 hits
GUA MUSANG Sumber air dari Kuala Koh Gua Musang khususnya di kawasan penempatan penduduk Orang Asli suku kaum Batek di situ secara keseluruhan didapati normal dan mematuhi standard kualiti air minum kebangsaan bagi air mentah Timbalan Perda...
Beri Jawapan Segera Berhubung Penyakit Yang Menimpa Penduduk Kuala Koh

Beri Jawapan Segera Berhubung Penyakit Yang Menimpa Penduduk Kuala Koh

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 384 hits
Bernama Anggota Hazmat JBPM melakukan pemantauan kualiti udara dan mengambil sampel air di Kuala Koh Foto BERNAMA KOTA BHARU Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan mendesak pihak berkaitan supaya memberi jawapan segera berhubung penularan r...
How Can Kelantan Govt Be Unaware Of Mining Area In Kuala Koh Says Deputy Minister

How Can Kelantan Govt Be Unaware Of Mining Area In Kuala Koh Says Deputy Minister

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 466 hits
Deputy Water Land and Natural Resources Minister Tengku Zulpuri Shah Raja Puji during a visit to the Batek tribe in the Orang Asli settlement in Kuala Koh on June 9 KUALA LUMPUR Deputy Water Land and Natural Resources Minister Tengku Zulpur...
Menu Kalau Balik Kampung Rendang Udang Galah

Menu Kalau Balik Kampung Rendang Udang Galah

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 549 hits
Orang Teluk Intan ni bab udang galah tu memang dah tersohor sangat lah kan Ini kerana kampung kami ni di kelilingi sungai Perak yang kaya dengan habitat udang galah Rezeki pula bila besan abah ni aktivitinya menangkap udang galah dengan men...
Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi

Startup Ecosystem And Innovation

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Bawa Makaroni Carbonara Ke Jamuan Raya Sekolah Anak

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia

Qi Razali Feat Kis Aisha Lagu Cinta Chord

Bertambah Setahun Lagi

Lirik Lagu Datang Dan Pergi Mucien