Ops Yaman 2 Tidak Dapat Kelulusan Kabinet


KUALA LUMPUR: Ops Yaman 2 tidak mendapat kelulusan pentadbiran terdahulu susulan tiada keputusan Kabinet berhubung gerakan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi.
Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, berkata bekas Menteri Pertahanan difahamkan tidak mendapat kelulusan Kabinet dari segi prosedur operasi standard (SOP) untuk operasi berkenaan.
“Dari segi SOP, saya difahamkan bekas Menteri Pertahanan tidak mendapat kelulusan Kabinet untuk Ops Yaman 2.
“Ops Yaman 2 berakhir pada 4 September 2018 selepas kerajaan ketika ini membuat keputusan menarik balik pasukan ATM dari Arab Saudi atas sebab tidak selaras dengan dasar berkecuali Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Chang Lih Kang (PH PKR-Tanjong Malim) yang meminta penjelasan berhubung tugas pasukan ATM yang berpangkalan di Riyadh dan jumlah rakyat Malaysia serta anggota tentera di Yaman.
Chin Tong berkata, asalnya pasukan ATM diatur gerak untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Yaman, namun diubah kepada misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi.
“Ini bertentangan dengan dasar luar negara yang tidak campur tangan dalam urusan konflik negara lain manakala pembabitan antarabangsa Malaysia hanya menerusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Malaysia tidak mempunyai perjanjian dengan Arab Saudi bagi penempatan pasukan ATM di sana.
“Ketika ini, dianggarkan 700 rakyat Malaysia masih berada di Yaman dan ATM tidak pernah menempatkan anggota di Yaman,” katanya.
Kenyataan Chin Tong itu turut disahkan Khairy Jamaluddin (BN UMNO-Rembau) ketika mengemukakan soalan tambahan.
“Saya ingin mengesahkan apa yang menteri sebutkan bahawa Jemaah Menteri (pentadbiran terdahulu) tidak dimaklumkan berkenaan fasa yang kedua (Ops Yaman 2).
“Malah, saya mengikuti perbincangan dalam Jemaah Menteri dengan teliti kerana ini adalah deployment (penghantaran) asset ketenteraan kita,” katanya yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.
Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, menerusi Ops Yaman 1, seramai 27 pegawai dan 16 lain-lain pangkat ATM serta dua pesawat C130 ditempatkan di Riyadh pada 6 April 2015 bagi tujuan membawa keluar rakyat Malaysia dari Yaman.
“Bagaimanapun, sejak 11 Jun 2015, seramai 27 pegawai dan 62 lain-lain pangkat pasukan ATM digilirkan penugasan setiap tiga bulan di Riyadh yang membabitkan 12 siri.
“Ini bertujuan membantu urusan logistik penerbangan bagi membawa peralatan alat ganti peluru dan bahan letupan milik pakatan Arab dalam wilayah Arab Saudi.
“Semua penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilakukan menerusi ruang udara Arab Saudi iaitu di luar zon konflik atau peperangan yang dinamakan Ops Yaman 2,” katanya.
Susulan kos operasi dan selenggara tinggi serta tekanan terhadap trup dan kru penerbangan, beliau berkata, TUDM mencadangkan supaya pasukan ditarik balik pada 2016.
Chin Tong berkata, bekas Panglima Angkatan Tentera dan bekas Menteri Pertahanan bagaimanapun tidak bersetuju atas cadangan penarikan balik trup terbabit.
Menjawab soalan tambahan Lih Kang mengenai SOP bagi anggota tentera Malaysia yang ditempatkan di negara lain, perlindungan dan kos dibelanja dalam operasi Yaman, Chin Tong berkata, keseluruhannya sehingga misi ke-12 adalah RM14.6 juta.
“Anggaran perbelanjaan bagi setiap siri pengurusan untuk tiga bulan adalah RM1.5 juta,” katanya.
The post Ops Yaman 2 Tidak Dapat Kelulusan Kabinet appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/ops-yaman-2-tidak-dapat-kelulusan-kabinet/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Bekas Menteri Perlu Jelaskan Ops Yaman 2 Rileksmedia

Najib Bekas Menteri Perlu Jelaskan Ops Yaman 2 Rileksmedia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein digesa memberi penjelasan berhubung penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dalam Ops Yaman 2 Pengerusi Biro Antara...
Kabinet Tak Dimaklumkan Operasi Ketenteraan Di Yaman

Kabinet Tak Dimaklumkan Operasi Ketenteraan Di Yaman

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 237 hits
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong mendedahkan bahawa kabinet tidak dimaklumkan berhubung penglibatan Malaysia dalam operasi ketenteraan membantu Pakatan Arab Saudi di Yaman Liew memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia sebelum ini ...
Tun Mahathir Sangat Sangat Puas Hati Dengan Prestasi Prestasi Dua Menteri Kabinet Maszlee Waytha Morthy

Tun Mahathir Sangat Sangat Puas Hati Dengan Prestasi Prestasi Dua Menteri Kabinet Maszlee Waytha Morthy

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 469 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bukan sekolahkan dua menteri seperti diperkatakan Datuk A Kadir Jasin yang disiarkan dalam blog Penasihat Media Khas Perdana Menteri itu Perdana Menteri berkata beliau hanya bercakap biasa dengan Mente...
Kaji Semula Kuota India Dalam Kabinet

Kaji Semula Kuota India Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 294 hits
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali berucap pada Himpunan Jihad PERKASA di Jalan Raja Alang Kuala Lumpur foto AFIQ RAZALIKUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia hari ini mendesak Kerajaan Pakatan Harapan mengkaji ...
Permenpan No 61 Tahun 2018 Jadi Solusi Rendahnya Angka Kelulusan Cpns 2018

Permenpan No 61 Tahun 2018 Jadi Solusi Rendahnya Angka Kelulusan Cpns 2018

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 332 hits
Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi mengeluarkan PermenPAN Nomor 61 Tahun 2018 Peraturan ini didasarkan rendahnya angka kelulusan khususnya di instansi instansi daerah Pemerintah berkomitmen penuh dan serius da...
Kabinet As Sebut Tak Ada Bukti Kuat Pangeran Bin Salman Dalang Pembunuhan Khashoggi

Kabinet As Sebut Tak Ada Bukti Kuat Pangeran Bin Salman Dalang Pembunuhan Khashoggi

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 227 hits
Anggota Kongres baik dari Partai Demokrat dan Republik mengatakan mereka tidak bisa mengabaikan laporan yang menyebut Putra Mahkota Saudi Pangeran Muhammad bin Salman terlibat dalam pembunuhan Khashoggi
Usah Jadikan Kabinet Ph Kandang Ternak Menteri Melampau

Usah Jadikan Kabinet Ph Kandang Ternak Menteri Melampau

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 222 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Fikir semula kenyataan minta rakyat beri peluang kepada Moorthy KUALA LUMPUR Ikatan Muslimin Malaysia sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mempertimbang...
Icerd Keputusan Sebulat Suara Kabinet

Icerd Keputusan Sebulat Suara Kabinet

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 274 hits
PUTRAJAYA Keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Kabinet hari ini kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah Beliau berkata...
How Weather Conditions Affect Driving Safety

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Bulan Ku Wanns Ahmad

Lirik Lagu Cinta Tak Dihargai Amiy Molekk

Nkiss Kpm Negeri Selangor 2025

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Houston Apartment Accident Lawyer Seeking Justice And Compensation For Victims

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul