Tun Mahathir Sangat Sangat Puas Hati Dengan Prestasi Prestasi Dua Menteri Kabinet Maszlee Waytha Morthy




Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bukan ‘sekolahkan’ dua menteri seperti diperkatakan Datuk A Kadir Jasin yang disiarkan dalam blog Penasihat Media Khas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri berkata, beliau hanya bercakap biasa dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.

“Saya cuma cakap dengan mereka. Tiada kuliah (sekolah), cuma cakap saja,” katanya kepada media selepas hadir Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini, malam tadi.

Baru-baru ini, A Kadir tampil menyuarakan isi hati menggunakan kapasiti peribadi di blognya



Teguran berbaur sindiran A Kadir itu ditujukan kepada Waytha Moorthy dan Maszlee yang masing-masing terpalit dengan pelbagai kecaman dalam kalangan masyarakat, sejak kebelakangan ini.

A Kadir berkata, Maszlee menerima ‘syarahan’ oleh Perdana Menteri kerana sepatutnya berhenti menukar imej sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama, sehingga mengundang kegusaran dalam kalangan ibu bapa.



Selain itu, katanya, tindak tanduk Waytha Moorthy yang juga menteri lantikan Senator itu dalam insiden keganasan Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional, selaras portfolio beliau dalam Kabinet.

Ditanya adakah Perdana Menteri berpuas hati dengan prestasi kedua-dua menteri itu setakat ini, Dr Mahathir berkata ‘ya’.

Dr Mahathir berkata, selepas kedua-dua individu itu dilantik menyertai Kabinet, mereka sedang melakukan yang terbaik untuk kementerian masing-masing.

“Ya...ya (puas hati). Mereka sedang lakukan yang terbaik,” katanya ringkas.

Artikel berkaitan

Waytha, Maszlee kena 'sekolah'



KUALA LUMPUR: ‘Keletah’ dua menteri yang sejak kebelakangan ini kerap mengundang isu sehingga sering menghiasi halaman depan akhbar disaran lebih berhati-hati dan ‘tunduk’ kepada nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Teguran berbaur sindiran oleh penulis blog The Scribe, Datuk A Kadir Jasin itu ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang masing-masing terpalit dengan pelbagai kecaman dalam kalangan masyarakat, mutakhir ini

Kadir yang tampil menyuarakan isi hati menggunakan kapasiti peribadi menyifatkan, tindak tanduk menteri lantikan senator itu dalam insiden keganasan Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional, selaras portfolio beliau dalam Kabinet

“Perdana Menteri sudah menasihatinya, tetapi Dr Mahathir baik hati dan kalau marah pun ada orang tak sedar, jadi Waytha Moorthy yang belum lama kenal beliau janganlah ‘gung-ho’ (teruja) dan selesa sangat dengan kedudukannya

“Ingatlah, anda bukan dipilih oleh rakyat jelata, sebaliknya senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir

“Tolonglah jangan malukan Raja dan Perdana Menteri kita. Kalau YB (Yang Berhormat) tak puas hati boleh komen dalam blog ini,” katanya dalam penulisan terbaru di The Scribe, hari ini

Mengalih subjek kritikan pedasnya, Kadir berkata, Maszlee yang baru menerima ‘syarahan’ oleh Perdana Menteri sepatutnya berhenti menukar imej sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama, sehingga mengundang kegusaran dalam kalangan ibu bapa

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri itu sebaliknya berkata, jalan terbaik ialah mengembalikan institusi sekolah kebangsaan kepada tujuan asal, iaitu sebagai wadah perpaduan untuk semua bangsa dan agama

“Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu bahawa banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sudah jadi macam sekolah agama

“Di pihak lain pula makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak-anak mereka lebih berjaya,” katanya

Mengundang tanda tanya, Kadir menjelaskan ‘syarahan’ dalam episod penulisannya kali ini hanya terhad kepada dua ‘mangsa’, namun ia tidak bermakna anggota Kabinet diterajui Pakatan Harapan (PH) yang lain menempa kejayaan mengendalikan peranan masing-masing

Memberi isyarat bahawa siri kritikan sama bakal menjelma, Kadir secara sinis berkata: “Saya sebut dua nama saja. Ini tidak bermakna menteri-menteri lain sudah berjaya. Cuma kali ini bukan giliran anda

“Anggaplah saya guru pelawat tua yang duduk di belakang kelas memerhatikan tindak-tanduk dan kelakuan mereka,” katanya

Sumber : Berita Harian © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2018/12/tun-mahathir-sangat-sangat-puas-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Dr Mahathir Mohamad Menuntut Perlucutan Jawatan P Waytha Moorty Sebagai Menteri Di Jabatan Pm Dan Senator

Tun Dr Mahathir Mohamad Menuntut Perlucutan Jawatan P Waytha Moorty Sebagai Menteri Di Jabatan Pm Dan Senator

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1133 hits
Petisyen ini digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar Content Type multipart alternative boundary AlternativeBoundaryString AlternativeBoundaryString Content type text plain charset UTF 8 Hello there I just signed the petition Tun Dr Mahathir...
Kuil Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Kuil Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 434 hits
Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Tindakan kerajaan dalam memastikan ketenteraman dan keharmonian kaum dalam negara lanjutan daripada insiden di tapak kuil Sri Maha Mariamman Seafield USJ 25 Subang Jaya Selangor
Ini Jawapan Tun M Apabila Ditanya Adakah Beliau Akan Sekolahkan Dua Menteri Ini

Ini Jawapan Tun M Apabila Ditanya Adakah Beliau Akan Sekolahkan Dua Menteri Ini

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 512 hits
Ini Jawapan Tun M Apabila Ditanya Adakah Beliau Akan Sekolahkan Dua Menteri IniIni Jawapan Tun M Apabila Ditanya Adakah Beliau Akan Sekolahkan Dua Menteri Ini
Tun Mahathir Pertahan Waytha Moorthy Rayu Rakyat Beri Peluang

Tun Mahathir Pertahan Waytha Moorthy Rayu Rakyat Beri Peluang

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 338 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor mempertahankan Waytha Moorthy berhubung video rakamannya memburukkan Malaysia lebih 10 tahun lalu yang tular di media sosial Mahathir meminta rakyat memberi peluang kepada menteri di Jabatan P...
Apa Agenda Dr Mahathir Lantik Waytha Moorthy Sebagai Menteri

Apa Agenda Dr Mahathir Lantik Waytha Moorthy Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 705 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri senator P Waytha Moorthy melakukan pembohongan bila menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara Aktivis Semboyan 1Malaysia Yusuf Azmi kerajaa...
Ikutkan Hajat Hati Rasa Macam Nak Meminang Tun Mahathir

Ikutkan Hajat Hati Rasa Macam Nak Meminang Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 362 hits
Siapa yang tak kenal dengan Datuk Seri Vida usahawan selebriti berjaya di Malaysia Pasti ramai yang tahu bahawa Vida mengambil masa yang The post appeared first on
Waytha Maszlee Usaha Lakukan Yang Terbaik Kata Dr Mahathir

Waytha Maszlee Usaha Lakukan Yang Terbaik Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy sedang berusaha melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tugas mereka sebagai menteri ...
Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 429 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Disember ini untuk pengurusan kes saman Penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang didakwa mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya di sebua...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Cikbunga Menunaikan Umrah

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders