Operasi Putrajaya Sekat Eksport Haram Pasir



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Gambar hiasan: Kapal angkut pasir di Selat TebrauSAYA hendak cerita yang mudah saja dalam tampalan kali ini iaitu mengenai perlombongan dan penjualan pasir ke luar Negara.
Ada yang kata eksport dan ada juga yang kata seludup sebab eksport pasir untuk pembinaan dan menambak laut diharamkan.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Kira-kira sebulan lalu satu sumber peringkat tinggi memberi tahu bahawa satu operasi bersepadu yang dibagi nama “Ops Pintasan” telah dilakukan di Johor dan Selangor atas arahan kerajaan pusat di Putrajaya bagi menyekat kegiatan itu.
Arahan itu katanya dikeluarkan dan operasi dibuat selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terjumpa dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,  di Johor Baru 10 Januari lalu.
Saya tidak menulis mengenai operasi itu sebab saya rasa lebih elok saya tunggu surat khabar atau mana-mana saluran berita menulis mengenainya dulu.
Tetapi setelah menanti lebih sebulan dan tidak terbaca laporan mengenainya maka saya pun bertanya kepada sumber saya itu bolehkah saya menulis cerita tersebut.
Dia kata terserahlah kepada saya. Saya bertanya kerana dalam ilmu kewartawanan yang saya pelajari dan amalkan ada satu hukum yang dipanggil melindungi sumber berita (protecting the source of new).
Jadi saya ceritalah apa yang saya tahu tetapi kalau tidak tepat atau kurang tepat saya mintalah pihak berkuasa yang terlibat membuat penjelasan.
Seperti saya tegaskan berulang kali, blog kita ini mengamalkan dasar asas kewartawanan iaitu hak menjawab (right of reply).
Saya tidak tahu mengapa berita operasi itu tidak keluar dalam media massa. Boleh jadi tidak terhidu oleh pemberita atau boleh jadi  juga berita operasi itu dianggap sensitif.
Ikut cerita, dua buah tongkang bersama bot tunda telah ditahan di perairan Malaysia berhampiran Pengerang, Johor ketika dalam pelayaran ke Singapura atau ke arah republik tersebut.
Penyata muatan (manifest) tongkang itu mengatakan ia membawa silika iaitu pasir bersih untuk diproses menjadi kaca. Eksport silika dibenarkan.
Tetapi ada sedikit silika dalam dua buah tongkang itu. Selebihnya adalah pasir biasa yang digunakan untuk pembinaan atau menambak laut.
Yang menarik ialah pemilik pasir yang dipintas dan disita itu adalah sebuah syarikat yang dikatakan amat terkenal di kalangan rakyat jelata Johor dan selama berpuluh tahun terlibat dengan kegiatan mengeksploitasi hasil bumi negeri tersebut seperti balak dan pasir.
Serentak itu, pihak berkuasa juga menahan dan menyekat lori-lori yang membawa pasir ke Singapura di pintu keluar Link Kedua. Lori-lori itu dikatakan membuat 400 hingga 500 perjalanan sehari ke republik tersebut.
Pihak berkuasa juga membuat tangkapan melibatkan sebuah kapal korek pasir di Tanjung Rhu, Sepang, Selangor yang dimiliki oleh tauke tempatan tetapi dikendalikan oleh pekerja dari China yang tidak ada visa untuk memasuki Malaysia.
Maksudnya ialah kegiatan melombong dan mengeksport pasir laut, sehingga tarikh operasi itu, terus berlaku walaupun telah diharamkan.
Saya difahamkan hanya pasir di muara sungai sahaja dibenarkan digali dan dijual sebagai langkah mendalamkan pintu kuala supaya kapal nelayan mudah masuk keluar dan bagi mengawal banjir.
Banyak pihak, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri, memaklumkan kepada saya bahawa kegiatan melombong pasir laut adalah antara punca utama kerosakan ekosistem marin dan perbuatan merampas tanah (land grab) oleh sesetengah pihak yang berpengaruh.
Wallahuaklam. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/03/operasi-putrajaya-sekat-eksport-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Klasik Masjidil Haram Di Makkah Al Mukaramah

Gambar Klasik Masjidil Haram Di Makkah Al Mukaramah

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 668 hits
Ini adalah koleksi gambar lama Masjidil Haram yang Tedi terima melalui emailSaja Tedi masukkan dalam interpretZZ ni semoga dapat Tedi tengok kembali pada masa akan datang Masjidil Haram adalah masjid di Makkah yang di dalamnya terdapat yang...
Pendakwa Mahu Rosmah Isytihar Harta Dalam Kes Pengubahan Wang Haram

Pendakwa Mahu Rosmah Isytihar Harta Dalam Kes Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 393 hits
Peguam Rosmah berkata beliau tidak boleh diminta mengisytiharka perolehan harta dan pada masa sama dibicarakan atas perkara sama KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu pihak pendakwaan memfailkan notis terhadap isteri beka...
Mendag Soal Indonesia Masih Terjerat Impor Kan Tidak Haram Karena Penuhi Kebutuhan

Mendag Soal Indonesia Masih Terjerat Impor Kan Tidak Haram Karena Penuhi Kebutuhan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 333 hits
Menteri Perdagangan RI Enggartiasto Lukita menanggapi banyaknya kritikan terhadap pemerintah karena masih mendewakan impor Menteri Enggar mengatakan wajar jika Indonesia masih impor selama komoditas yang diimpor adalah bahan baku dan barang...
Hasil Berburu Pakai Senapan Apakah Haram Dimakan

Hasil Berburu Pakai Senapan Apakah Haram Dimakan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 385 hits
Pada zaman dahulu berburu dianggap sebagai sebuah olahraga ketangkasan dan untuk mencari makan Dahulu orang berburu menggunakan panah tombak dan binatang yang biasa digunakan untuk berburu Namun sekarang peralatan semakin canggih minimal be...
Makan Keong Haram Benarkah

Makan Keong Haram Benarkah

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 463 hits
Indonesia adalah kawasan tropis yang dihuni oleh jutaan jenis binatang dan tumbuh tumbuhan Kondisi tanah yang subur dimanfaatkan oleh para petani untuk bercocok tanam Di antara binatang yang sering berada di sekeliling para petani di lahan ...
Tak Sampai 100 Hari Menang Di Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Arah Robohkan Premis Haram

Tak Sampai 100 Hari Menang Di Cameron Highlands Menteri Besar Pahang Arah Robohkan Premis Haram

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 576 hits
Sekalung tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana tegas mengambil tindakan pantas membanteras penerokaan tanah di Cameron Highlands tanpa kebenaran kerajaan negeri Tindakan tidak sampai 100 hari k...
Musa Aman Berdepan 16 Pertuduhan Tambahan Ubah Wang Haram

Musa Aman Berdepan 16 Pertuduhan Tambahan Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 359 hits
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan tambahan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih AS 37 8 juta Musa 68 yang sebelum ini didak...
Rm100 Setiap Seorang Taruhan Lumba Haram

Rm100 Setiap Seorang Taruhan Lumba Haram

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 519 hits
KUMPULAN mat rempit di bandar raya Ipoh kini menggunakan aplikasi kumpulan WhatsApp untuk menganjur lumba haram dengan bayaran penyertaan RM100 seorang pelumba setiap perlumbaan haram dianjurkan Taktik terbaru samseng jalan raya itu bagaima...
Demi Kesehatan Sejumlah Hal Ini Haram Kamu Lakukan Di Atas Tempat Tidur

Demi Kesehatan Sejumlah Hal Ini Haram Kamu Lakukan Di Atas Tempat Tidur

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 253 hits
Kasur atau tempat tidur kita di rumah merupakan salah satu tempat penting untuk menjaga kesehatan kita Oleh karena itu terdapat sejumlah hal yang sebaiknya kamu hindari untuk dilakukan di atas tempat ini
Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau

My Moving Journal A Fresh Start

Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident

Rafizi Nik Nazmi Tak Hadir Perjumpaan Ahli Parlimen Ph Bersama Anwar

Video Menarik Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Voltecx Rahsia Kaw Kaw Jimat Minyak Buat Enjin Kereta Lama Kembali Power

How To Capture Short Attention Span

Employee Engagement Isn T One Size Fits All And Neither Is Your Platform

Pemimpin Industri Gariskan Masa Depan Inovasi Mudah Alih Di Forum Teknologi Galaxy Laporan Samsung Mobile

Reaksi Mengejutkan Pelakon Popular Terhadap Skandal Terbaru Menggugah Kemarahan Netizen

Ini Kecemasan Bapa Hidap Kanser Usus Amir Raja Lawak Tuntut Stesen Tv Segera Langsai Hutang Rm18 000