Pendakwa Mahu Rosmah Isytihar Harta Dalam Kes Pengubahan Wang Haram


BernamaPeguam Rosmah berkata, beliau tidak boleh diminta mengisytiharka perolehan harta dan pada masa sama dibicarakan atas perkara sama. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu pihak pendakwaan memfailkan notis terhadap isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor agar beliau mengisytiharkan perolehan harta dalam kes pengubahan wang haram.

Peguam K Kumaraendran mewakili Rosmah, 67, yang berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7,097,750 dan 5 pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, pihak pembelaan menerima notis daripada pendakwaan yang diserahkan mengikut Seksyen 49 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

“Bagaimanapun kami memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti afidavit balasan yang difailkan pihak pendakwa untuk menolak permohonan kami bagi membatalkan notis itu,” katanya semasa prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Pihak pendakwaan yang diwakili timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar, tidak membantah permohonan pihak pembelaan itu.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 April untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak mengenai perkara itu.

Rosmah diiringi suaminya, Najib Tun Razak dan anak lelakinya, Mohd Ashman, pada prosiding hari ini.

Pada 4 Okt 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan 5 pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148 Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan Jun 8 Jun 2017 dan di LHDN, di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.

Tuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, beliau didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan hasil pendapatan beliau bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada ketua pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.

Sementara itu, Geethan Ram Vincent, yang juga mewakili Rosmah dalam kes itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, pihak pembelaan menerima notis itu (supaya Rosmah mengisytiharkan perolehan hartanya) November tahun lepas dan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan notis tersebut.

Peguam itu menegaskan bahawa Rosmah tidak boleh diminta mengisytiharkan perolehan harta dan pada masa sama dibicarakan atas perkara sama.

“Ini adalah kerana anak guam kami ada hak untuk mendiamkan diri. Dengan penerimaan notis ini bermakna hak itu sudah diambil daripada anak guam kami,” katanya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pendakwa-mahu-rosmah-isytihar-harta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Americk Mengaitkan Rameli Dan Clare Dengan Pengubahan Wang Haram

Americk Mengaitkan Rameli Dan Clare Dengan Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 294 hits
Mereka disyaki memindahkan wang sebanyak RM1 4 juta ke UK dengan cara mengistiharkannya sebagai bayaran untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah Jika tidak mereka tidak akan dapat memindahkan wang itu ke UK atau mendapat kelulusan dari Bank...
Isytihar Harta Rosmah Mohon Untuk Ketepikan Notis Dari Pihak Pendakwaan

Isytihar Harta Rosmah Mohon Untuk Ketepikan Notis Dari Pihak Pendakwaan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 241 hits
ISTERI bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepikan notis dari pihak pendakwaan yang mewajibkannya mengisytiharkan perolehan harta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang m...
Rosmah Buat Pemohonan Elak Kemukakan Isytihar Harta

Rosmah Buat Pemohonan Elak Kemukakan Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 207 hits
Nampaknya Datin Seri Rosmah masih mencuba untuk mengelak apabila memohon untuk mengetepikan notis dikemukakan pihak pendakwaan untuk mewajibkan beliau mengisytiharkan perolehan hartanya Rosmah yang diwakili Peguam Datuk Geethan Ram Vincent ...
Petisyen Sasar Sejuta Tandatangan Tuntut Najib Isytihar Harta

Petisyen Sasar Sejuta Tandatangan Tuntut Najib Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 284 hits
ISMAWEB Bekas PM digesa isytihar harta buktikan tuduhan salah laku ke atasnya BANGI Satu petisyen atas talian dilancarkan bagi menuntut bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan salah laku mengisyti...
17 Jenis Sedekah Selain Wang Dan Harta

17 Jenis Sedekah Selain Wang Dan Harta

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 343 hits
Benar sekali firman Allah sedekah pasti berganti dan gantiannya pula sangat luas Ada pahala ada syurga ada limpahan rezeki ada kesihatan ada keberkatan hidup ada nama yang harum pada manusia dan ada pula rasa cinta para malaikat kepada kita...
Penggubahan Wang Haram Ph

Penggubahan Wang Haram Ph

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 231 hits
oleh Ab Jalil Backer Baru semalam PAS dan UMNO mengadakan solat hajat hari ini Rafizi Ramli secara tidak sengaja mendedahkan kejahatan PH sebenar Menurut Rafizi Ramli cek RM1 4 juta oleh Pas kepada Claire dibayar oleh Rameli Musa Jika Ramel...
Anwar Isytihar Harta Rm10j Ke Sprm

Anwar Isytihar Harta Rm10j Ke Sprm

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 246 hits
News Diterbitkan Hari ini 8 41 malamPresiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan hartanya yang bernilai RM10 75 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Setiausaha politiknya Shukri Saad dalam satu kenyataan berkata antara ...
Bekas Pegawai Jkr Di Dakwa Gubah Wang Haram Rm190 000

Bekas Pegawai Jkr Di Dakwa Gubah Wang Haram Rm190 000

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 273 hits
MELAKA Seorang bekas Penolong Jurutera Mekanikal Jabatan Kerja Raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Melaka di sini hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram bernilai hampir RM190 000 dua t...
Rm1 4 Juta Merupakan Pembayaran Wang Haram Oleh Kroni Tun Mahathir Ke Clare Brown

Rm1 4 Juta Merupakan Pembayaran Wang Haram Oleh Kroni Tun Mahathir Ke Clare Brown

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 458 hits
Kesemua ini membawa maksud surat yang didedahkan oleh Clare merupakan satu perangkap jahat yang berkemungkinan besar melibatkan satu konspirasi terancang di antara Pengurus Maybank Jalan Tun Razak Americk dan Clare sendiri untuk menyalurkan...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord