Oktober Bermulanya Peralihan Fasa Endemik Kita Tidak Boleh Leka


Oleh Bernama Sebahagian daripada pelajar-pelajar sekolah mendaftar sebelum menerima suntikan vaksin Covid 19 pada Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Pusat emberian Vaksin (PPV) Dewan Sivik, Petaling Jaya. GAMBAR: Abd Razak Aid ANALISIS BERITA SEMAKIN hari semakin baik, kes jangkitan COVID-19 menyaksikan penurunan dan Oktober menjadi bulan yang paling penting kerana banyak aktiviti kembali dibuka, dengan kadar vaksinasi penuh golongan dewasa mencapai sasaran 90 peratus dan bilangan remaja divaksin terus meningkat.
Rentas negeri, pembukaan pusat pelancongan, pembukaan institusi pengajian tinggi, pembelajaran di sekolah secara fizikal, pembukaan venue sukan kepada kehadiran penonton, antara senario yang akan kembali mewarnai suasana harian negara ini.
Sekolah perlu dibuka bagi menaikkan semula semangat pelajar untuk bersekolah setelah sekian lama berenggang sesama mereka, walaupun isu guru enggan divaksin menghantui ibu bapa yang takutkan anak-anak mereka terdedah kepada jangkitan virus.
Namun, terlalu awal bagi warga Malaysia untuk meraikannya, kerana belum tentu fasa endemik tercapai menjelang akhir Oktober, malah keadaan kita masih belum selamat kerana varian yang ada terutamanya varian Delta, dikatakan belum melalui proses mutasi yang boleh membahayakan nyawa semua.
Disebabkan itu, semua dinasihatkan supaya tidak leka, malah harus terus berhati-hati dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dtetapkan kerajaan, bagi mengelakkan kenaikan semula kes jangkitan.
Inilah harapan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada mesyuarat mingguannya untuk memutuskan segala cadangan tindakan ke arah endemik, setelah perkara-perkara itu diperhalusi oleh Kuartet Menteri COVID-19 diketuai Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Semua cadangan itu terlebih dahulu dikenal pasti dan dibincangkan pada peringkat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad.
Menurut Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman, walaupun sudah diberikan kebebasan, namun masyarakat perlu terus memberi komitmen mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah pencegahan, bagi mengelak kemungkinan berlakunya penularan dan juga kluster kes-kes yang baharu.

Kementerian Kesihatan menyasarkan Malaysia bakal memasuki fasa transisi ‘hidup bersama virus COVID-19’ sebelum beralih ke fasa endemik, dengan bilangan kes berada dalam kadar yang dijangkakan dan tidak membebani kesihatan awam, bergantung pada kekuatan dan tempoh masa perlindungan ketahanan daripada vaksinasi dan infeksi semula jadi.
Antara petunjuk bagi negara beralih ke fasa pandemik ialah kadar kes kritikal bagi 100,000 populasi ialah 0.5, di mana kadar berkenaan setakat 25 Sept lepas ialah 1.9.
Petunjuk lain ialah lima peratus kemasukan ke hospital bagi kategori tiga hingga kategori lima dari keseluruhan kemasukan ke hospital, di mana peratusan berkenaan setakat 25 Sept lepas ialah 10 peratus sementara petunjuk lain ialah peratusan penggunaan katil hospital bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah kurang 30 peratus, manakala peratusan penggunaan katil ICU ialah 20 peratus bagi memasuki fasa endemik.
Bagi orang ramai pula, fasa berkenaan bermaksud mereka perlu terus mematuhi SOP yang telah disemak dan dipermudah, bertanggungjawab dan membuat penilaian risiko kendiri termasuk bagi yang sudah divaksin lengkap dan memastikan akses ke kepada penjagaan kesihatan dalam waktu yang tepat.
Dalam peralihan dari pandemik kepada fasa endemik beberapa perkara perlu diambil kira termasuk tidak boleh mengelak daripada virus COVID-19 sepanjang hidup, tetapi boleh meminimumkan impaknya, mengawal kes sakit dan yang teruk dengan sistem kesihatan yang tidak terlalu terbeban.
Dalam pada itu lima strategi digariskan oleh kerajaan, supaya peralihan ke fasa endemik dapat dilakukan iaitu yang pertama melibatkan respon kesihatan awam dan program vaksinasi menggunakan pendekatan cari, uji, jejak, asing dan sokong (FTTIS), vaksinasi terhadap 70 ke 90 peratus keseluruhan populasi, pemberian suntikan vaksin dos ketiga dan memastikan amalan pengudaraan yang baik serta selamat.
Strategi kedua melibatkan ujian dan pemantauan iaitu penggunaan kit ujian kendiri, ujian berdekatan pesakit (POCT), kit ujian lebih pantas menggunakan alat pernafasan dan cara pengawasan yang dipertingkatkan.
Strategi ketiga ialah pengurusan kes, di mana akan dipastikan terdapat kapasiti hospital yang mencukupi, rawatan yang efektif dan perlindungan terhadap golongan berisiko.
Strategi keempat ialah pemerkasaan komuniti bagi menggalakkan orang ramai melakukan ujian kendiri, pengasingan kendiri, mematuhi SOP, menjadi agen perubahan dan meningkatkan ketahanan mental.
Strategi kelima ialah pengawalan sempadan di mana polisi dan SOP kuarantin diteruskan, pengamalan uji dan lepas dan penggunaan senarai ‘green/amber/red’.
Bagi peralihan ke fasa endemik, antara faktor utama yang perlu diambil kira ialah tahap jangkitan, iaitu semasa fasa pandemik tahap jangkitan adalah tinggi dan dalam fasa hidup bersama virus jangkitan adalah dalam kalangan komuniti dengan sebilangan kluster besar manakala dalam fasa endemik jangkitan adalah rendah.
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan ialah peningkatan respon termasuk vaksinasi, peningkatan ujian dan pemantauan, serta peningkatan kesediaan menghadapi kluster atau gelombang yang besar.
Tindakan lain ialah berkaitan kit ujian kendiri iaitu harga siling, bagi memastikan ia dapat dibeli orang ramai, subsidi terhadap golongan B40 dan pemantauan harga dan kualiti.
Dalam pengurusan kes, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara maya akan diteruskan dan dilaksanakan di negeri lain, selain keperluan sektor swasta memainkan peranan lebih besar.
Bagi pengurusan kes di hospital, hospital terpilih akan dikenal pasti sebagai hospital COVID-19 dengan sekurang-kurangnya satu hospital COVID-19 bagi setiap kluster hospital, dengan jumlah minimum ialah 42 buah hospital.
Jumlah katil bukan ICU dan ICU akan dikurangkan, dengan purata penggunaan dikurangkan masing-masing kepada kurang 30 peratus dan kurang 20 peratus.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/oktober-bermulanya-peralihan-fasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 513 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Suami Boleh Teman Isteri Bersalin Mulai 4 Oktober Ini

Suami Boleh Teman Isteri Bersalin Mulai 4 Oktober Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 210 hits
Perlu lengkap vaksin jalani ujian PCR atau RTK dalam tempoh 72 jam PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan membenarkan suami atau ahli keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin berkuat kuasa 4 Oktober ini Memaklumkan perkara itu Ke...
Terengganu Dijangka Masuk Fasa 4 Ppn Hujung Oktober

Terengganu Dijangka Masuk Fasa 4 Ppn Hujung Oktober

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 118 hits
BERNAMA Peralihan itu berdasarkan perkembangan semasa kadar peratusan lengkap divaksinasi bagi populasi dewasa yang telah mencapai tahap 82 7 manakala bagi dos pertama telah melebihi 90 Para pengunjung meluangkan masa beriadah bersama ahli ...
Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Jika Negara Masuk Fasa Endemik

Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Jika Negara Masuk Fasa Endemik

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 209 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Ikuti kami di dan untuk berita terkini setiap hari klik KUALA LUMPUR Kerajaan hanya akan mempertimbangkan keputusan untuk membenarkan aktiviti merentas negeri secara menyeluruh pa...
5 8 Juta Bakal Pemilih Boleh Semak Rekod Dengan Spr Oktober Ini

5 8 Juta Bakal Pemilih Boleh Semak Rekod Dengan Spr Oktober Ini

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 121 hits
Warganegara 18 tahun dan ke atas boleh sahkan maklumat sebelum didaftar sebagai pemilih secara automatik KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia memaklumkan bahawa Semakan Pra Pendaftaran Pemilih Automatik akan diadakan pada 1 sehing...
Lembah Klang Beralih Ke Fasa 3 Mulai 1 Oktober

Lembah Klang Beralih Ke Fasa 3 Mulai 1 Oktober

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 132 hits
MALAYSIA NOW Penonton dan penyokong dibenarkan untuk hadir ke acara sukan adalah antara kelonggaran baru diumumkan perdana menteri hari ini Warga Lembah Klang mengambil kesempatan cuti hujung minggu berkunjung ke kawasan Sungai Congkak Hulu...
Berkuatkuasa 4 Oktober Suami Atau Waris Terdekat Boleh Masuk Teman Ibu Bersalin

Berkuatkuasa 4 Oktober Suami Atau Waris Terdekat Boleh Masuk Teman Ibu Bersalin

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 240 hits
Pastinya ibu yang sedang hamil dan menunggu hari bersalin bersyukur kerajaan telah membenarkan suami atau waris terdekat menemani ketika proses kelahiran Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah keputusan ...
Teringin Sourdough Rosemary Focaccia Boleh Ikut Cara Ni

Teringin Sourdough Rosemary Focaccia Boleh Ikut Cara Ni

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 184 hits
Mendengar nama rasa macam susah saja nak buat roti ini Namun kalau dilihat cara dan teknik yang dikongsi oleh Chef Ritz mungkin anda boleh membuatnya Roti Focaccia berasal dari negara Itali tetapi telah tersebar luas ke negara negara Medite...
14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 198 hits
Periuk nasi elektrik rice cooker memang memudahkan kerja kerja memasak Tak perlu menunggu api bagi mengelakkan nasi hangit Hanya letak di dalam bekas elektrik tekan suis dan tunggu sahaja nasi masak Mudah dan nasi pasti masak sempurna Namun...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api