14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker
Periuk nasi elektrik @ rice cooker memang memudahkan kerja-kerja memasak. Tak perlu menunggu api bagi mengelakkan nasi hangit. Hanya letak di dalam bekas elektrik, tekan suis dan tunggu sahaja nasi masak. Mudah dan nasi pasti masak sempurna.
Namun, jangan tak tahu, periuk nasi elektrik ni bukan itu sahaja fungsinya. Jika keadaan darurat, macam-macam boleh masak menggunakan periuk ni.
Mana tahu, tiba-tiba gas memasak habis, nak keluar beli pun susah. Nak beli lauk pauk yang dah siap pun tidak sedap. Jadi, periuk nasi elektrik ni adalah penyelamat anda. Masa memasak mungkin agak lambat berbanding penggunaan dapur biasa namun ia adalah cara yang boleh dicuba bagi anda yang tidak mempunyai dapur induksi yang boleh digunakan dikala kecemasan sebegini. Antara menu-menu mudah yang boleh anda cuba ialah:
1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil2 sudu makan kicap pekat1 sudu makan kicap manis1 sudu makan sos tiram2 batang serai | titik10 biji cili padi | hiris halus1 biji bawang besar | potong dadu3 ulas bawang putih | cincang halus3cm halia muda | hiris halus memanjang1 sudu makan air asam JawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak | untuk menggoreng dan menumisSedikit hirisan daun bawang | untuk hiasanCARA MEMASAK:
Ayam cuci bersih dan tos.Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Ayam kicap sedia dihidangkan.
2. AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil150gm biji gajus2 sudu makan madu1 sudu makan sos tiram1 sudu teh minyak bijan1/2 bji bawang Holland | dadu besar5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm2 ulas bawang putih | cincang halus2cm halia muda | hiris halus memanjangGaram secukup rasaMinyak secukupnya untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.Masukkan madu, sos tiram.Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.Sedia dihidangkan.
3. DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis2 sudu makan pes cili kering1 sudu teh sos cili1 sudu teh sos tomato3cm halia muda | hiris halus memanjang1 biji bawang besar | hiris bulat3 ulas bawang putih | ketukGaram dan gula secukup rasa3 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.Setelah cukup rasa, daging sedia dihidangkan.
4. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300gm daging2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk2.5 sm lengkuas/ ditumbuk5 ulas bawang putih/ dihiris nipis1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus4 keping asam gelugorAir secukupnyaGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Biarkan mendidih hingga daging empuk. Perasakan dengan garam dan gula.Angkat dan sajian masakan mudah ini sedia untuk dihidangkan.
5. AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos2 sudu makan tempoyak2 batang serai | titik5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja1 kuntum bunga kantan | jika suka1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masamGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR:
15 biji cili padi3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.Gaul rata dan tambahkan sedikit air.Renehkan. Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah ayam empuk, angkat dan sedia dihidangkan.
6. AYAM GORENG BEREMPAH DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 164 helai daun pandan | potong 4-6cm dan siat-siatkan2 sudu makan serbuk ketumbar1 sudu makan jintan manis1 sudu makan serbuk kunyitGaram secukupnya untuk menggorengBAHAN KISAR:
1 biji bawang besar4 ulas bawang putih3cm halia muda3cm lengkuas3 batang seraiCARA MEMASAK:
Bersihkan ayam kemudian toskan.Sementara itu, campurkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, kunyit dan jintan manis.Kemudian masukkan dalam ayam bersama daun pandan dan garam secukupnya.Gaulkan bahan perapan hingga meliputi semua ayam dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing angkat dan toskan minyak.Sajian masakan mudah; Ayam goreng berempah sedia dihidangkan.
7. TAUHU GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu | potong dadu1/2 cawan tepung jagung1 biji putih telur | kacau1 biji kuning telur masin | lenyek hingga halusGaram dan gula secukup rasaAir sejuk secukupnyaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Campurkan tepung bersama telur masin dan tambahkan sedikit garam dan gula. Gaul rata.Bancuhkan dengan sedikit air dan masukkan putih telur.kacau rata hingga menjadi bacuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.Panaskan minyak , kemudian celupkan tauhu dalam bancuhan tepung kemudian goreng tauhu hingga kekuningan.Angka dan sedia dihidangkan.
8. SAMBAL BILIS TUMBUK PECAH TELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dibelah dua2 biji telur1 biji bawang besar2 ulas bawang putih15 biji cili padiGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menumisCARA MEMASAK:
Kisar kasar cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis menggunakan pengisar kering.Panaskan minyak, tumis bahan kisar.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Terus kacau hingga garing.Setelah cukup rasa, pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata hingga sebati.Angkat dan sambal sedia dihidangkan.
9. SUP TELUR ITIK BERSAMA FUCUK
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur itik1 keping fucuk | rendamSedikit suhun | rendamSedikit hirisan sawiSedikit hirisan lobak merah2-3 keping cendawan hitam3 ulas bawang putih | titik4 ulas bawang merah | titik3 hirisan halia muda4-5 biji cili padi | titik1 sudu teh serbuk pati ayam1 sudu teh perencah sup sayur1 sudu teh lada sulahGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.Setelah mendidih, kecilkkan api masukkan telur satu persatu.Setelah telur mula mengeras, masukkan lobak merah, cendawan, fucuk, suhun, cendawan dan sawi.Kemudian perasakan dengan perencah sup sayur, lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.Sup sedia dihidangkan.
10. TAUHU TELUR GORENG DAGING CINCANG
BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.200gm daging kisar2 sudu makan pes cili kering1 sudu makan sos tiram1 sudu makan sos tomato1 biji bawang Holland | dadu halus3 ulas bawang putih | cincang halus2 cm halia muda | cincang halusGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mereneh seketika.Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya. Tauhu sedia dihidangkan.
11. KURMA TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya200ml santan kotak1 cawan air2 sudu makan rempah kurma1 sudu makan serbuk ketumbar2 biji ubi kentang | buang kulit dan belah empat1/2 batang lobak merah | potong memanjang2 biji cili hijau | belah dua2 biji cili merah | belah dua1 biji bawang holand | belah empat1 biji tomato | belah empat1 keping asam gelugorSedikit daun ketumbar | hiris kasar1 sudu teh serbuk lada sulahGaram dan gula secukup rasa3 sudu makan minyak masakBAHAN HIRISAN:
4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3cm halia mudaBAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan.Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air Setelah mendidih, masukkan santan dan telur.Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah. Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.Kurma telur sedia dihidangkan.
12. ASAM TUMIS TELUR MASIN DENGAN SAWI JERUK
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur masin | bersihkan1 pokok sawi jeruk | asingkan dari kelopak3 tangkai daun kesum1/2 cawan air asam jawa5 sudu makan pes cili kering1 sudu teh serbuk lada hitamGaram dan gula secukup rasa3 cawan air4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
2 biji cili merah1 biji bawang besar4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 hiris halia2cm kunyit hidup2cm belacanCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk , tumiskan bahan kisar hingga wangi.Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak. Masukkan air dan biarkan hingga kuah mereneh.Seterusnya masukkan air asam jawa dan daun kesum. Kecilkan api, kemudian pecah telur masin ke dalam kuah sebiji-sebiji.Setelah telur mengeras, masukkan sawi jeruk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Apabila cukup rasa dan telur masak sepenuhnya. Asam Pedas sedia dihidangkan.
13. SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji telur3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan4 batang jejari ketam | siat memanjang1/2 sudu makan serbuk sup sayur1 sudu teh serbuk perasa ayam1 sudu teh serbuk lada sulah3 ulas bawang merah | hiris2 ulas bawang putih | titik2 hirisan halia mudaGaram dan gula secukup rasa3 cawan air1 sudu makan hirisan daun bawang1 sudu makan hirisan daun ketumbarSedikit hirisan batang seleriCARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa. Pecahkan telur di dalamnya. Biar telur masak. Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.Sup telur sedia dihidangkan.
14. KARI TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur |rebus dan buang kulit700ml santan1/2 cawan air asam jawa3 biji kentang | belah empat2 biji cili hijau | hiris memanjang2 biji cili merah | hiris memanjang2 biji tomato | belah enam3 sudu makan rempah kari daging2 sudu makan serbuk cili1 sudu teh serbuk kunyit2 batang serai | titikGaram dan gula secukup rasa5 sudu makan minyak masakREMPAH PENUMIS:
3 cm kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang5 ulas buah pelagaBAHAN HIRIS HALUS:
8 ulas bawang merah4 ulas bawang putih4cm haliaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili dan kunyit.Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah cukup rasa, lauk telur ini sedia dihidangkan.
Beli disini: Primada Microcomputer Rice Cooker
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nikmati Pelbagai Produk Gourmet Terbaik Dari South Australia
Petua Buat Cucur Udang Sedap & Tak Serap Minyak Tanpa Guna Baking Powder
Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!
Ringkas Tapi Sedap. Resipi Jantung Pisang Goreng Cili Wajib Cuba
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post 14 Resipi Lauk Mudah Boleh Masak Guna Rice Cooker appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/09/14-resipi-lauk-mudah-boleh-masak-guna.html