Nyawa Kelangsungan Hidup Terancam Dengan Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highlands


Ahmad Mustakim Zulkifli

Penduduk bimbang kekerapan tanah runtuh di tanah tinggi itu menjadi lebih teruk sehingga mengganggu keselamatan dan punca rezeki mereka.
 Tanah runtuh di Simpang Pulai menuju Cameron Highlands yang mengorbankan dua nyawa pada awal Disember baru-baru ini. Penduduk di Cameron Highlands dan kawasan sekitarnya menzahirkan kebimbangan terhadap kelangsungan perniagaan dan kehidupan mereka berikutan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan dua nyawa di jalan Simpang Pulai menuju Cameron Highlands pada 2 Disember.
Menurut Tok Batin Kampung Pawong, Ismail Baloh, kejadian tanah runtuh itu menggemparkan masyarakat Orang Asli di kampung itu memandangkan kawasan kejadian hanya dua kilometer dari kampung tersebut.
“Kebetulan saya hendak ke pejabat di Batu Gajah, bila saya keluar pada hari itu, ada nampak dua jentera bomba.
“Beberapa minit kemudian baru saya tahu ada kejadian tanah runtuh,” katanya kepada MalaysiaNow.
Kampung Pawong, penempatan Orang Asli yang mempunyai kira-kira 29 isi rumah berdepan dengan kemungkinan bencana alam yang lebih buruk.Dua kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu membabitkan kematian seorang pemandu lori dan seorang pemandu Toyota Vellfire.
Katanya, insiden terbaru itu merisaukan pihaknya kerana kejadian tanah runtuh semakin dekat dengan kampung tersebut.
Tanah runtuh kebiasaan terjadi di kawasan yang lebih jauh, kira-kira empat kilometer daripada kampung tersebut.
Kampung itu, yang mempunyai kira-kira 29 isi rumah juga pernah mengalami rekahan tanah beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kami di sini risau sebab kawasan ini banyak cerun. Apa-apa projek pun yang sedang dijalankan, berisiko kepada Orang Asli,”katanya.
Selain bimbangkan keselamatan diri, katanya punca pendapatan golongan muda Orang Asli turut terjejas apabila jalan ke Cameron Highlands ditutup buat sementara waktu bagi kerja-kerja pembaikan.
“Sumber pendapatan mereka di atas sana (Cameron), bila tutup jalan, terjejas sikit pendapatan harian mereka yang berulang-alik dari kampung ke Cameron.” jelasnya.
Beberapa hari selepas kejadian pertama, tanah runtuh kedua dilaporkan di Brinchang sehingga merosakkan dua kenderaan.
Seorang pemilik inap desa atau homestay di Tanah Rata terpaksa berdepan dengan beberapa pembatalan selepas kejadian itu.
“Bila kami (pemilik inap desa) dapat tahu ada runtuhan, kami berharap tiada tetamu yang batalkan tempahan kerana semua orang sedang dalam fasa pemulihan.
“Ada juga yang saya dapat pujuk untuk teruskan tempahan atau sekurang-kurangnya pinda tarikh sahaja
“Ini kerana beberapa tempahan itu membabitkan jumlah rumah yang banyak,” kata Muhammad Azmir Abdul Rahman kepada MalaysiaNow.
Kerja-kerja pembaikan dilakukan selepas rekahan tanah di kampung itu pada 2018. Kegusaran Ismail mempunyai asasnya apabila tanah runtuh berlaku semakin hampir dengan lokasi kampung berkenaan. Katanya, meskipun memahami ketakutan pengunjung, dia dan pemilik inap desa akan memaklumkan kepada tetamu mengenai jalan lain untuk ke atas tanpa perlu melalui Simpang Pulai.
Kata Azmir, runtuhan tanah kali ini memang menakutkan orang luar kerana mengakibatkan kematian.
Sebelum ini katanya, ada runtuhan namun tidak terlalu serius, malah jalan tempat berlaku tanah runtuh juga boleh dibuka selepas beberapa jam.
Sementara itu, penasihat kumpulan alam sekitar Sahabat Alam Malaysia, Meor Razak Meor Abdul Rahman ketika mengulas mengenai kejadian itu berkata, pergerakan tanah di atas bukit secara semula jadi berlaku apabila kadar curahan hujan yang tinggi atau dipengaruhi oleh kerja-kerja tanah untuk tujuan pertanian di kawasan berhampiran.
“Ciri-ciri geofizikal kawasan berbukit adalah merupakan kawasan sensitif kepada sebarang kegiatan yang melibatkan pengubahan tanah sedia ada kerana struktur tanah mudah terhakis.
“Kegiatan pegubahan tanah yang ketara kepada lain-lain penggunaan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada air larian permukaan dan hakisan lereng semasa hujan lebat yang boleh berlakunya banjir lumpur,” katanya.
Sebelum itu, pada 2018, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menitahkan semua aktiviti di kawasan tanah tinggi yang bersempadan dengan Cameron Highlands perlu dihentikan.
Namun kata Meor, titah itu seakan tidak diendahkan.
“Selepas itu ada juga aktiviti kerja-kerja tanah untuk tujuan pertanian berskala besar di kawasan berhampiran sehingga menimbulkan gangguan kepada kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan berhampiran.”
Ismail yang berharap agar tiada lagi kejadian yang tidak diingini itu berkata, dia mahu agar pihak berwajib memantau apa sahaja penerokaan tanah dan projek pembangunan, selain menguatkuasakan undang-undang.
“Pihak berwajib janganlah mempersendakan apa yang dianugerahkan Allah. jangan salah guna apa yang diberikan kepada kita.
“Bersyukur dengan apa yang kita dapat, cukuplah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/nyawa-kelangsungan-hidup-terancam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Individu Kongsi Keadaan Semasa Cameron Highland Netizen Risau Tanah Runtuh Semakin Teruk

Hiburan Individu Kongsi Keadaan Semasa Cameron Highland Netizen Risau Tanah Runtuh Semakin Teruk

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 174 hits
Sedia maklum satu insiden yang berlaku di Jalan Simpang Pulai Cameron Highland mengorbankan dua individu apabila kereta yang dinaiki tertimbus akibat tanah runtuh telah membuatkan ramai pihak terkejut Baru baru ini tular sebuah video menunj...
Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma

Perjalanan Akhir Suami Tertimbus Tanah Runtuh Tinggalkan 2 Anak Isteri Trauma

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 204 hits
Siapa sangka perjalanan terakhir suami keluar bekerja bertukar tragedi yang memilukan apabila maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley Tinggalkan dua anak masih kecil Mangsa Muhammad Hafiz Hamdi...
Tanah Runtuh Mayat Pemandu Alphard Lori Sayur Tertimbus Dikeluarkan

Tanah Runtuh Mayat Pemandu Alphard Lori Sayur Tertimbus Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 387 hits
Kenderaan polis membawa keluar mayat kedua mangsa kejadian tanah runtuh di KM 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley hari ini ZULFACHRI ZULKIFLIShare on telegramIPOH Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar dua mayat mangsa yang tertimbus d...
Tanah Runtuh Lori Dan Mpv Tertimbus Dua Individu Meninggal Dunia

Tanah Runtuh Lori Dan Mpv Tertimbus Dua Individu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 237 hits
Dua lelaki meninggal dunia selepas kenderaan mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185 Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley di Ipoh semalam Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang maut ialah p...
Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang

Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 205 hits
Oleh PEMANDU lori yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley dekat Ipoh selalu berkongsi cerita berkaitan kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sebelum beliau sendiri menjadi mangsa trag...
Mengaku Terdesak Sebab Hidup Susah Lelaki Bawa Isteri Dan 2 Anak Pecah Kereta Di Genting Highlands

Mengaku Terdesak Sebab Hidup Susah Lelaki Bawa Isteri Dan 2 Anak Pecah Kereta Di Genting Highlands

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 226 hits
Di Bentong Pahang seorang suami didakwa membawa isteri dan dua anak yang berusia tiga dan empat tahun ketika melakukan kegiatan jenayah pecah kereta dan premis di sekitar Genting Highlands Difahamkan lelaki ini memberikan alasan dia bertind...
Banjir Kilat Di Lembah Klang Tanah Runtuh Ribuan Tersadai Lebuh Raya Ditutup

Banjir Kilat Di Lembah Klang Tanah Runtuh Ribuan Tersadai Lebuh Raya Ditutup

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 256 hits
Banjir kilat di Lembah Klang tanah runtuh ribuan tersadai lebuh raya ditutup SHAH ALAM Ribuan penduduk Selangor terpaksa dipindahkan manakala limpahan air Sungai Klang menyebabkan kesesakan teruk di Lebuh Raya Persekutuan sepanjang lebih 15...
Rindu Ayah Anak Kerap Demam Nangis Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak

Rindu Ayah Anak Kerap Demam Nangis Balu Arwah Korban Tanah Runtuh Sebak

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 213 hits
Dari hari pertama suami meninggal dunia sehinggalah kini anak bongsu kerap demam dan menangis Mungkin teringatkan arwah ayahnya sebab dia paling rapat dengan arwah Itu yang dikongsikan oleh Nor Shahida 31 isteri arwah Muhammad Hafiz Hamdi 3...
Selain Pemandu Lori Pemandu Mpv Turut Disahkan Maut Dalam Tanah Runtuh

Selain Pemandu Lori Pemandu Mpv Turut Disahkan Maut Dalam Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 213 hits
IPOH 2 Dis Dua lelaki disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185 Km 27 10 Jalan Simpang Pulau Blue Valley di sini hari ini Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa yang terkorban ialah pema...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor