Notis Penangguhan Bayaran Balik Ptptn Sehingga 30 September 2020 Kesan Wabak Covid 19


Notis Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Sehingga 30 September 2020. Oleh kerana kesan musibah wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita Malaysia, pihak PTPTN telah menyahut saranan perdana menteri TSMY untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN para peminjamnya. Ia berkuatkuasa serta merta.

Namun, jika anda masih nak terus bayar macam biasa, anda boleh je berbuat begitu. Ada saluran yang kena anda ikuti, isi borang persetujuan di portal rasmi PTPTN dan bertindak seperti di arahkan.

So, pilihan di tangan sendiri. Duit pun anda yang punya, ada hikmahnya mengapa kerajaan begitu bertimbang rasa kepada rakyatnya.


Notis Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Sehingga 30 September 2020
Saya kongsikan notis penuh daripada PTPTN sebagai rujukan dan panduan bersama.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Tuan/Puan,
Mengambil kira kesan wabak penyakit COVID-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN, Kerajaan telah bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama enam (6) bulan sehingga 30 September 2020.

2. Sehubungan dengan itu, peminjam yang sedang membuat bayaran balik akan ditangguhkan bayaran balik secara automatik tertakluk kepada keadaan berikut:

a) Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji
Semua arahan dan penghantaran data potongan gaji akan ditangguhkan. Walau bagaimanapun, terdapat peminjam yang akan diteruskan potongan gaji bagi bulan Mac 2020 memandangkan aktiviti prosesan data potongan telah dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran balik. Sila semak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini. Tiada pemulangan semula (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima. Potongan gaji akan dihentikan bagi bulan April hingga September 2020.

b) Bayaran Balik Melalui Direct Debit
Semua penghantaran data potongan melalui Direct Debit akan ditangguhkan hingga bulan September 2020. Sehubungan dengan itu, tiada potongan Direct Debit akan dilakukan bermula 19 Mac sehingga 30 September 2020.

3. Peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran lain seperti kaunter bank, Pos Malaysia, Perbankan Atas Talian (Internet Banking), Arahan Tetap (Standing Instruction) atau lain-lain saluran adalah bertanggungjawab ke atas bayaran yang dibuat sepanjang tempoh penangguhan. Peminjam dikehendaki membuat pembatalan dengan pihak yang berkaitan sekiranya ingin menangguhkan bayaran di dalam tempoh ini. Tiada pemulangan semula (refund) bagi bayaran balik yang telah diterima.

Peminjam Yang Ingin Meneruskan Bayaran Balik Sepanjang Tempoh Penangguhan
4. Bagi peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, boleh membuat bayaran mengikut saluran yang telah disediakan.

5. Peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ Direct Debit pula dikehendaki membuat persetujuan di Portal Rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my/covid-19 mulai 23 Mac hingga 15 Ogos 2020.

Penutupan Sementara Permohonan Pertukaran Ujrah, Penstrukturan Semula Pinjaman, Penjadualan Semula Pinjaman dan Penggabungan Pinjaman

6. Selaras dengan penangguhan bayaran balik pinjaman ini juga, PTPTN dengan ini memaklumkan penutupan sementara semua permohonan di atas bermula 19 Mac 2020 hingga 30 September 2020.

Maklumat Lanjut
7. Maklumat lanjut sila klik di sini.

8. Sebarang pertanyaan hendaklah disalurkan ke e-Aduan.

Susulan daripada penularan jangkitan COVID-19, PTPTN menasihatkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan anda sihat tanpa gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas. Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Bersama-sama mencegah penularan jangkitan COVID-19.

Sekian, terima kasih.

TABUNG PENDIDIKAN ANDA
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

#Disclaimer - Segala pertanyaan sila hubungi terus ke portal PTPTN. Posting ini adalah sekadar perkongsian untuk manfaat bersama. Terima kasih. 😊

Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2020/03/notis-penangguhan-bayaran-balik-ptptn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persoalan Dan Jawapan Tentang Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Susulan Covid 19

Persoalan Dan Jawapan Tentang Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Susulan Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 330 hits
Persoalan Dan Jawapan Tentang Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Susulan COVID 19 DALAM usaha meringankan beban peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional susulan penularan wabak COVID 19 kerajaan mengambil langkah membenar...
Covid 19 Ptptn Tangguh Bayaran Balik Selama Tiga Bulan

Covid 19 Ptptn Tangguh Bayaran Balik Selama Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 388 hits
Susulan penularan wabak Covid 19 di negara sehingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan PTPTN bersetuju untuk menangguhkan semua bayaran balik pinjamannya selama tiga bulan berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun Perkara tersebut diumumka...
Aeon Credit Setuju Peminjam Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Selama Sebulan Bermula 1 April 2020

Aeon Credit Setuju Peminjam Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Selama Sebulan Bermula 1 April 2020

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 424 hits
Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini kita semua sedia maklum bahawa Bank Negara Malaysia telah membenarkan pelanggan perbankan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada dalam tempoh enam bulan secara automatik Tidak lepa...
Coronavirus Covid 19 Penularan Penyakit Pernafasan Dan Wabak Bahaya Seluruh Dunia 2020

Coronavirus Covid 19 Penularan Penyakit Pernafasan Dan Wabak Bahaya Seluruh Dunia 2020

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 472 hits
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua Salam Jumaat penghulu segala hari dah 2 tahun menyepi dari dunia penulisan dan blog kini kembali sebab dah lama terkurung dalam rumah hahaha Semoga rakan rakan yang membaca dapat manfaat daripada e...
Penstrukturan Bayaran Balik Ptptn Macam Mana Nak Buat

Penstrukturan Bayaran Balik Ptptn Macam Mana Nak Buat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 742 hits
Assalamualaikum Hi gais Sejak kerja ni memang tak ada masa nak update blog ni Tapi memandangkan sekarang aku dapat cuti 14 hari sempena Kawalan Pergerakan COVID 19 jadi sekarang aku memang tengah FREE Bukan senang nak dapat cuti panjang mac...
Pencarum Kwsp Boleh Keluar Rm500 Bayaran Ptptn Tangguh Sampai September

Pencarum Kwsp Boleh Keluar Rm500 Bayaran Ptptn Tangguh Sampai September

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 243 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan sidang media mengumumkan beberapa inisiatif dalam menangani Covid 19 yang boleh kerajaan bantu kepada rakyat Malaysia Antara inisiatif tersebut adalah membenar...
Ringkasan Soal Jawab Moratorium 6 Bulan Kesan Wabak Covid 19

Ringkasan Soal Jawab Moratorium 6 Bulan Kesan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 490 hits
Ringkasan Soal Jawab Moratorium 6 Bulan Kesan Wabak Covid 19 Kerajaan telah memberikan penangguhan pinjaman tertentu kepada seluruh rakyat Malaysia dalam tempoh krisis wabak Covid 19 ini Hal ini bagi membolehkan mereka yang terlibat dalam P...
Tangguh Bayaran Balik Ptptn 1 5 Juta Peminjam Dapat Manfaat

Tangguh Bayaran Balik Ptptn 1 5 Juta Peminjam Dapat Manfaat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR 19 MAC Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun ini PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pe...
5812 Aktiviti Pencarian Kaedah Bagi Pengurangan Ancaman Wabak Covid 19 Ppim 28 03 2020

5812 Aktiviti Pencarian Kaedah Bagi Pengurangan Ancaman Wabak Covid 19 Ppim 28 03 2020

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 299 hits
Alhamdullilah sejak mulanya penularan wabak COVID 19 Critical Illness Support Group Movement of Justice Peace Humanity PPIM Malakat Mall KoPPIM dan Brainy Bunch telah mula bekerjasama bagi mencari kaedah untuk menyumbang kepada pengurangan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip