Notis 28 Hari Boleh Diketepikan Kata Najib


 
Najib Razak berkata Peraturan Mesyuarat membenarkan persidangan Dewan Rakyat tergempar sementara Ordinan Darurat juga boleh digunakan untuk mengadakan persidangan dengan cepat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kerajaan tidak memerlukan 28 hari untuk mengadakan persidangan Parlimen kerana syarat itu boleh diketepikan berdasarkan Peraturan Mesyuarat, kata Najib Razak.
“Takde ke mereka pernah dengar frasa sesi Parlimen tergempar ke?” tanya bekas perdana menteri itu dalam catatan Facebook.
Najib berkata walaupun kerajaan tidak merujuk kepada Peraturan Mesyuarat agar Parlimen bersidang semula, Ordinan Darurat boleh digunakan untuk memanggil persidangan lebih awal.
Lagipun, katanya ordinan itu antara lain membolehkan kerajaan berbelanja sesuka hati, meminda kompaun maksimum langgar SOP ke RM10,000 dan menggubal undang-undang khusus berita palsu.
“Tapi tak boleh pulak ketepikan notis 28 hari untuk bersidang? Nak tipu siapa?”
Ahli Parlimen Pekan itu berkata tidak ada gunanya memperdebatkan syarat yang diperlukan untuk membuka kembali Parlimen.
“Persoalan utama bukan isu tempoh 14 hari atau 28 hari tapi adakah kamu sudah hantar notis ke belum?”
Kenyataan Najib dibuat sehari selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk memanggil semula Parlimen.
Awal hari ini, bekas menteri persekutuan Shahidan Kassim membidas Zahid, mengatakan bahawa notis 28 hari diperlukan sebelum memanggil Parlimen.
Minggu lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah untuk Parlimen kembali bersidang secepat mungkin.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata Parlimen boleh bersidang semula pada bulan September atau Oktober jika kes Covid-19 harian turun di bawah 2,000.
Parlimen, yang digantung setelah Darurat diumumkan pada bulan Januari, kali terakhir bersidang pada bulan Disember.
Di bawah Peraturan Mesyuarat 9(2)(a), Speaker Dewan Rakyat boleh mengetepikan notis 28 hari dalam kes-kes yang dianggap mendesak.
Pada tahun 2014, ketika pemerintahan Najib sebagai perdana menteri, Dewan Rakyat mengadakan persidangan darurat untuk meminta siasatan menyeluruh terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines MH17. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/notis-28-hari-boleh-diketepikan-kata.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Pula Sekolahkan Shahidan Notis 28 Hari Sebelum Parlimen Bersidang Boleh Diketepikan

Najib Pula Sekolahkan Shahidan Notis 28 Hari Sebelum Parlimen Bersidang Boleh Diketepikan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 306 hits
June 23 2021 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pihak yang pernah mentadbir negara perlu memahami proses Parlimen bahawa peraturan memberi notis 28 hari sebelum Parlimen memulakan persidangan boleh diketepikan di bawah...
Pilihan Raya Boleh Diadakan 60 Hari Selepas Darurat Tamat Atau Oktober Kata Pegawai Kit Siang

Pilihan Raya Boleh Diadakan 60 Hari Selepas Darurat Tamat Atau Oktober Kata Pegawai Kit Siang

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 386 hits
Mengikut interprestasi Ordinan Darurat 2021 Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri perlu diadakan 60 hari selepas ordinan itu tamat Setiausaha politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri Syahredzan Johan berkata pada asalnya ordinan itu tidak...
Darurat Gagal Selamatkan Nyawa Dan Ekonomi Kata Najib Razak

Darurat Gagal Selamatkan Nyawa Dan Ekonomi Kata Najib Razak

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 252 hits
Bringing down the government so that Pakatan Harapan can take over with the help of Umno is NOT going to bring the Covid 19 statistics down The truth is the Covid 19 cases and deaths can be reduced if Malaysians can be more disciplined The ...
Semua Menteri Bn Tolak Desak Notis 14 Hari Terus Sokong Muhyiddin

Semua Menteri Bn Tolak Desak Notis 14 Hari Terus Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 443 hits
tuncarlos com PUTRAJAYA Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis 14 hari Biro Politik UMNO dan khabar angin kemungkinan UMNO...
Lepas 14 Hari Umno Boleh Sambung Garu Tel Q

Lepas 14 Hari Umno Boleh Sambung Garu Tel Q

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 277 hits
SHAH ALAM UMNO desak kerajaan bersidang Parlimen dalam 14 hari Mesyuarat Khas akan diadakan bagi muktamadkan tindakan selanjutnya OSTB Selain itu untuk tindakan selanjutnya cuba makan roti telur Inilah parti politik yang joint champion terb...
Masak Sempena Hari Bapa Nah Resipi Mi Kari Netup Pong Pong Boleh Cuba

Masak Sempena Hari Bapa Nah Resipi Mi Kari Netup Pong Pong Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 356 hits
Selera bila duduk rumah ni memang lain macam kan Apa apa resipi yang terlintas dalam online mesti kita nak cuba Tambahan pula bila tak lama lagi nak sambut Hari Bapa Nah resipi ini pasti boleh menambat selera bapa atau ayah kita di rumah ka...
Tiada Undang Undang Hadkan Isu Boleh Dibahas Di Parlimen Kata Pemimpin Pembangkang

Tiada Undang Undang Hadkan Isu Boleh Dibahas Di Parlimen Kata Pemimpin Pembangkang

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 205 hits
June 23 2021 Parlimen perlu diberikan kebebasan untuk membahaskan perkara penting kepada negara seperti belanjawan dasar berkaitan keselamatan dan kesihatan kata bekas Ahli Parlimen Umno Tawfik Ismail PETALING JAYA Ahli Parlimen dan pemimpi...
Menteri Penting Diketepikan Dalam Mesyuarat Mkn Kata Laporan

Menteri Penting Diketepikan Dalam Mesyuarat Mkn Kata Laporan

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 289 hits
Menteri penting diketepikan dalam mesyuarat MKN kata laporan Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 9 Jun 2021 7 1
Wujudkan Bantuan Khas Untuk Penceramah Bebas Kata Najib

Wujudkan Bantuan Khas Untuk Penceramah Bebas Kata Najib

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 327 hits
Najib Razak berkata bantuan itu juga boleh disalurkan kepada masjid masjid oleh Majlis Agama Islam negeri untuk disalurkan kepada penceramah terlibat PETALING JAYA Satu bantuan khas kepada ustaz dan penceramah bebas yang terkesan perlu diwu...
Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Pau Sambal

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Motherboard Baru Maxsun B580 Bkb Terminator Yang Pelik Dan Unik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelahiran Semula Kisah Cinta Ikonik Rangga Cinta Bawa Kembali Magis Aadc

D Manja Mira Simpang Renggam

Mandatory Email Account Verification For All Domain

Cpanel Is Delaying Incoming Messages

Dia Bukan Siapa Siapa

Babah Gondol Hadiah Utama Ffm 34