Tiada Undang Undang Hadkan Isu Boleh Dibahas Di Parlimen Kata Pemimpin Pembangkang


 
Mohamad Fadli -June 23, 2021 Parlimen perlu diberikan kebebasan untuk membahaskan perkara penting kepada negara seperti belanjawan, dasar berkaitan keselamatan dan kesihatan, kata bekas Ahli Parlimen Umno, Tawfik Ismail. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ahli Parlimen dan pemimpin pembangkang tidak bersetuju syarat dikenakan untuk isu yang boleh dibahaskan di Parlimen, jika ia bersidang semula.
Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR, Hassan Karim berkata, tiada peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang menyekat kebebasan Ahli Parlimen untuk berucap dan berbahas di Dewan Rakyat.
Katanya, Ahli Parlimen yang berucap dalam sidang Dewan Rakyat juga mempunyai kekebalan atau imuniti daripada pertuduhan jenayah dan tuntutan sivil.
“Tidak ada mana-mana Peraturan Mesyuarat Dewan rakyat atau ‘Standing Orders’ yang boleh menyekat kebebasan Ahli Parlimen bercakap dan berbahas.
“Menjadi satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan, jika sesiapa cuba menyekat tugas dan tanggungjawab Ahli Parlimen dengan mengugut, mengancam atau menakut-nakutkan, termasuk usaha untuk menyekat kebebasan bersuara Ahli Parlimen,” katanya kepada FMT.
Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dilapor menyifatkan tindakan mengenakan syarat mengenai isu yang boleh dibahaskan di Parlimen, jika kerajaan membuka semula persidangan, sebagai tidak demokratik.
Sementara itu, bekas wakil rakyat Umno, Tawfik Ismail tidak bersetuju perbahasan dihadkan kepada isu tertentu sahaja.
Bekas Ahli Parlimen Sungai Benut itu berkata, Parlimen perlu diberikan kebebasan untuk membahaskan perkara penting kepada negara seperti belanjawan, dasar berkaitan keselamatan dan kesihatan.
“Ini sesuai dengan keadaan Covid-19 sekarang dan perbincangan tidak boleh dihadkan, kecuali jika melanggar Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan,” katanya kepada FMT.
Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau pula berkata, sebarang isu berkaitan kebajikan rakyat, sosioekonomi negara dan kedaulatan undang-undang boleh dibahaskan di Parlimen kerana itu adalah tugas wakil rakyat di Dewan Rakyat.
Bekas ADUN Skudai itu berkata, kerajaan memerlukan maklum balas daripada Parlimen bagi membahaskan kaedah lebih berkesan menangani krisis negara, termasuk pandemik dan fungsi demokrasi berparlimen.
“Malah, semua Ahli Parlimen dibayar elaun oleh pembayar cukai untuk menegakkan demokrasi berparlimen, mempertahankan kebajikan rakyat, memastikan ketelusan tadbir urus kerajaan dan menteri Kabinet.”
Bekas pengerusi DAP Johor itu berkata, wabak Covid-19 boleh ditangani lebih berkesan, jika kerajaan mendengar suara rakyat melalui wakil rakyat dalam acuan demokrasi berparlimen.
Katanya, kerajaan juga memerlukan ilham bagi mempertingkatkan ikhtiar dalam pemberian bantuan kewangan kepada rakyat B40 dan M40, perusahaan kecil dan sederhana serta memulihkan ekonomi negara secepat mungkin.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/tiada-undang-undang-hadkan-isu-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

Jawatankuasa Libatkan Wakil Kerajaan Pembangkang Dibentuk Teliti Sidang Parlimen Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 235 hits
Keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatanku...
Agong Boleh Tetap Tarikh Parlimen Bersidang Tanpa Nasihat Pm Kata Khalid

Agong Boleh Tetap Tarikh Parlimen Bersidang Tanpa Nasihat Pm Kata Khalid

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 258 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa menetapkan tarikh sesuai untuk Parlimen bersidang semula tanpa perlu mendapatkan nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kata Khalid Samad Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Penam...
Tekanan Diraja Sukar Untuk Pn Lengahkan Sidang Parlimen Kata Penganalisis

Tekanan Diraja Sukar Untuk Pn Lengahkan Sidang Parlimen Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 223 hits
Faye Kwan dan Ainaa Aiman PETALING JAYA Penganalisis melihat titah diraja semalam untuk Parlimen bersidang semula sukar diabaikan kerajaan kerana ia bukan sahaja datang daripada Agong tetapi juga Raja raja Melayu Mereka berkata ia akan dian...
Terima Kasih Star Sapp Kerana Faham Kata Pemuda Pas Sabah Berhubung Isu Troli

Terima Kasih Star Sapp Kerana Faham Kata Pemuda Pas Sabah Berhubung Isu Troli

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 332 hits
Ketua Pemuda PAS Sabah Zulzaim Hilmee Abidin menyatakan penghargaan terutama kepada STAR dan SAPP berhubung isu pengasingan troli barangan halal dan tidak halal KOTA KINABALU PAS Sabah menghargai rakan mereka dalam Gabungan Rakyat Sabah ker...
Ugut Nak Keluar Pn Dah Basi Kata Pemimpin Bersatu Kah

Ugut Nak Keluar Pn Dah Basi Kata Pemimpin Bersatu Kah

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 196 hits
Pemimpin Bersatu tempelak Naib Presiden UMNO ugut tarik diri dari PN dah basiJune 10 2021 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman menyifatkan ugutan Naib Presiden Umno Khaled Nordin bahawa parti itu boleh menarik dir...
Apa Hal Lak Menteri Agama Nih Banyak Isu Yang Boleh Menteri Agama Tegur Dan Buat Bab Tuala Wanita Ni Tak Yah Kalut La

Apa Hal Lak Menteri Agama Nih Banyak Isu Yang Boleh Menteri Agama Tegur Dan Buat Bab Tuala Wanita Ni Tak Yah Kalut La

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 203 hits
HAMZAH RINAKalau menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat merangkap menteri food panda bagi molek lah jugaaaa Menteri agama nikah kawin yang bagi macam tak kena gaya
Notis 28 Hari Boleh Diketepikan Kata Najib

Notis 28 Hari Boleh Diketepikan Kata Najib

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 332 hits
Najib Razak berkata Peraturan Mesyuarat membenarkan persidangan Dewan Rakyat tergempar sementara Ordinan Darurat juga boleh digunakan untuk mengadakan persidangan dengan cepat PETALING JAYA Kerajaan tidak memerlukan 28 hari untuk mengadakan...
Agong Bertindak Atas Nasihat Pm Sokongan Ahli Parlimen Jadi Penentu Kata Pakar

Agong Bertindak Atas Nasihat Pm Sokongan Ahli Parlimen Jadi Penentu Kata Pakar

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 275 hits
June 25 2021 Shad Salem Faruqi berkata sehingga 1 Ogos Perdana Menteri dan Kabinet masih memegang jawatan mereka disebabkan ordinan berkenaan PETALING JAYA Seorang pakar undang undang perlembagaan berkata Yang di Pertuan Agong bertindak ata...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia