Nota Penting Permasalahan Fidyah Dan Kaffarah


FIDYAH DAN QAḌĀʾ puasa menurut MADZHAB SHĀFIʿI. Catatan ini berkenaan dengan siapa yang perlu membayar balik puasa (qaḍāʾ) dan siapa yang perlu membayar fidyah.
Kredit Foto : Google
FIDYAH Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.

Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

  Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184:

  “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”


KIRAAN FIDYAH

Untuk memahami kaedah kiraan fidyah, sebagai contoh Fatimah meninggalkan puasa selama 7 hari kerana haid pada bulan Ramadan 1438H (2017). Berikut adalah contoh kiraan berdasarkan situasi:

 Situasi 1

Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).

Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]

7hari x RM4.00 = RM28.00

 Situasi 2

Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.

Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]

(7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00

Keterangan :

Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun. Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.

 GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR FIDYAH

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.

 Contoh:

Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut:

Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah

30hari x Rm4.00 = RM120.00

2. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.

Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh:

Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

 7 hari X RM4.00 = RM28.00

 *Fidyah ini disebabkan oleh Puan Rina meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya.

**Puan Rina perlu menggantikan puasanya sebelum tiba Ramadan berikutnya.

*** Jika Puan Rina masih belum menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.

3. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa

 Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh :

Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)

10 hari X RM4.00 = RM40.00 (FIDYAH)

4. Orang yang telah meninggal dunia.

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Contoh:

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)

5. Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan.

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

 Contoh:

En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah ( cupak )

3 hari X RM4.00 = RM12 (FIDYAH)

Kredit Foto : Facebook
Sumber info fidya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/02/nota-penting-permasalahan-fidyah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Notis Penting

Notis Penting

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 176 hits
Kecuali Kedah Perak dan Kelantan Mereka yang menghubungi talian ini wassap 011 64630199 untuk Air Percuma tetapi belum dihubungi dikunjungi oleh team kami harap berhubung semula Klik Kami sedang dalam penjadualan Terakhir untuk hubungi dan ...
Mahu Fokus Kerja Itu Lebih Penting Kata Azam Baki

Mahu Fokus Kerja Itu Lebih Penting Kata Azam Baki

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 190 hits
Azam Baki mahu meletakkan keutamaan dan fokus pada kerja dalam usaha SPRM membanteras rasuah PETALING JAYA Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki mahu meletakkan fokus kepada kerjanya yang dilihat sebagai perkara...
Vaksin Untuk Kanak Kanak 5 12 Tahun Amat Penting Pakar

Vaksin Untuk Kanak Kanak 5 12 Tahun Amat Penting Pakar

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam melindungi keselamatan anak anak mereka yang berusia antara 5 hingga 12 tahun daripada dijangkiti COVID 19
Kisah Ashabul Kahfi Dan Pelajaran Penting Di Dalamnya

Kisah Ashabul Kahfi Dan Pelajaran Penting Di Dalamnya

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 153 hits
Berikut adalah kisah Ashabul Kahfi dibawakan oleh Rumaysho kali ini Di samping dibawakan kisah semoga banyak pelajaran bisa digali di dalamnya Allahumma yassir wa a in
Ini Sebab Kenapa Doktor Bagi Suntikan Hepatitis B Untuk Bayi Sangat Penting

Ini Sebab Kenapa Doktor Bagi Suntikan Hepatitis B Untuk Bayi Sangat Penting

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 161 hits
Berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan suntikan vaksin hepatitis B akan diberikan kepada si manja sebelum berusia setahun Namun apakah kepentingan dan manfaatnya buat bayi Suntikan imunisasi Vaksin hepatitis B Di Malaysia suntikan hepatit...
Permasalahan Pupuk Subsidi Dinilai Berawal Dari Kurang Akuratnya Data

Permasalahan Pupuk Subsidi Dinilai Berawal Dari Kurang Akuratnya Data

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 126 hits
Anggota Komisi IV DPR RI Andi Akmal Pasluddin mengatakan permasalahan terkait dengan pupuk subsidi dinilai berawal dari kurang akuratnya data yang terkait dengan Rencana Definitif Kebutuhan Kelompok tani
Cak Imin Minta Gubernur Dki Atasi Permasalahan Nelayan Di Jakut

Cak Imin Minta Gubernur Dki Atasi Permasalahan Nelayan Di Jakut

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 144 hits
Fasilitas kerja yang dimiliki nelayan juga jauh dari kata layak sehingga sulit mendapatkan ikan
Mou Penting Luluskan Undi 18 Ma63 Dan Ruu Anti Lompat Parti

Mou Penting Luluskan Undi 18 Ma63 Dan Ruu Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 163 hits
Serangan netizen ke atas Pakatan Harapan yang tidak cermat kononnya sejak memeterai memorandum kerjasama PH Kerajaan Persekutuan gabungan itu tidak lagi garang membangkitkan isu isu rakyat sebagaimana sebelumnya Pengerusi PH Datuk Seri Anwa...
Peran Kearifan Lokal Sangat Penting Dalam Mitigasi Bencana

Peran Kearifan Lokal Sangat Penting Dalam Mitigasi Bencana

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 161 hits
Koordinator Bidang Bencana Geologi Pusat Mitigasi Universitas Jenderal Soedirman tersebut mengatakan program desa tangguh bencana akan mendorong desa atau kelurahan meningkatkan kemampuan dalam beradaptasi dan menghadapi ancaman bencana
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok