Ini Sebab Kenapa Doktor Bagi Suntikan Hepatitis B Untuk Bayi Sangat Penting


Berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), suntikan vaksin hepatitis B akan diberikan kepada si manja sebelum berusia setahun. Namun apakah kepentingan dan manfaatnya buat bayi?
Suntikan imunisasi

Vaksin hepatitis B
Di Malaysia, suntikan hepatitis biasanya diberikan dalam 3 suntikan. Suntikan imunisasi bayi bagi dos pertama ini akan diberi sebaik sahaja dilahirkan dan akan melengkapkan 3 dos ketika berusia 6 bulan, di mana dos kedua diberikan selepas sebulan dilahirkan.
Dos hepatitis masa kelahiran adalah bahagian penting dalam mencegah penyakit jangka panjang kepada si manja dan juga penyebaran hepatitis B. Tidak dinafikan dalam kesibukan menjaga bayi baru lahir, ada ibu bapa terkadang lupa tarikh suntikan vaksin si manja.
Biasanya jika berlaku, kakitangan kesihatan boleh memberikan tarikh baru untuk mendapatkan vaksin hepatitis dos seterusnya tanpa perlu mengulangi siri vaksin.
Individu disarankan mendapatkan vaksin hepatitis B
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan vaksin ini untuk diberikan sebagai suntikan imunisasi bayi dan kanak-kanak sehingga berusia 18 tahun.
Namun, individu dewasa juga perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan suntikan vaksin ini jika masih mempunyai risiko dijangkiti hepatitis B, khususnya mereka yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi.
Berikut senarai individu yang disarankan untuk menerima vaksin hepatitis B:
Semua bayi bermula sejak lahir Semua kanak-kanak berumur <19 tahun yang belum diberi vaksin sebelum ini Pasangan seksual yang terdedah kepada individu positif hepatitis B Individu aktif secara seksual yang tidak menjalinkan hubungan monogami jangka panjang, contoh lebih daripada 1 pasangan dalam tempoh 6 bulan Individu yang sedang melakukan rawatan untuk penyakit kelamin Lelaki yang bersetubuh dengan lelaki Penghisap dadah suntikan Isi rumah yang terdedah kepada individu positif hepatitis B Pekerja kesihatan dan keselamatan awam yang berisiko terdedah kepada darah Pesakit buah pinggang peringkat akhir – pra-dialisis, hemodialisis, dialisis peritoneal dan pesakit dialisis di rumah Individu yang mengembara atau mengambil anak angkat dari negara dengan hepatitis B seperti Asia, Afrika, Amerika Selatan, Kepulauan Pasifik, Eropah Timur dan Timur Tengah Individu dengan penyakit hati kronik, selain daripada hepatitis B – sirosis, penyakit hati berlemak dan lain-lain Individu dengan jangkitan hepatitis C Individu dijangkiti HIV Individu dewasa berusia 19-59 tahun yang menghidap diabetes Keperluan suntikan vaksin
Kenapa perlu mendapatkan suntikan vaksin hepatitis B?
Sudah tentu, kepentingan mendapatkan suntikan ini adalah untuk mencegah penyakit hepatitis B. Hepatitis B adalah penyakit hati yang boleh menyebabkan jangkitan ringan yang berlarutan selama beberapa minggu atau boleh berkembang menjadi penyakit serius untuk seumur hidup.
Jangkitan hepatitis B akut
Penyakit jangka pendek yang boleh menyebabkan demam, keletihan, hilang selera makan, loya, muntah, jaundis (mata atau kulit menjadi kuning, air kencing gelap dan pergerakan usus berwarna kelabu kecoklatan), dan sakit pada otot, sendi serta perut.
Tanpa suntikan vaksin hepatitis B boleh berlaku jangkitan kronik
Merupakan penyakit jangka panjang yang berlaku apabila virus hepatitis B kekal dalam tubuh individu.
Kebanyakan individu yang mengembangkan jangkitan kronik tidak mempunyai gejala tetapi ia masih sangat serius dan boleh menyebabkan kerosakan hati (sirosis), kanser hati dan kematian.
Mereka yang dijangkiti secara kronik boleh menyebarkan virus hepatitis B kepada individu lain, walaupun diri tidak berasa atau kelihatan sakit.
Amnya, hepatitis B disebarkan melalui darah, air mani atau cecair badan lain yang dijangkiti virus dan memasuki ke tubuh individu sihat.

Cara jangkitan adalah termasuk:
Kelahiran – wanita hamil menghidap hepatitis B boleh menularkan jangkitan kepada bayi Berkongsi barang seperti pisau cukur atau berus gigi dengan individu dijangkiti Menyentuh darah atau luka terbuka pada individu dijangkiti Melakukan seks dengan pasangan dijangkiti Berkongsi jarum, picagari atau peralatan suntikan lain Terdedah kepada darah pada jarum atau alat tajam lain Usia turut memainkan peranan sama ada hepatitis B akan menjadi kronik atau tidak. Semakin muda seseorang dijangkiti virus, risiko untuk mendapat jangkitan kronik lebih tinggi. Dianggarkan 9 daripada 10 bayi yang dijangkiti terus mengalami jangkitan kronik sepanjang hayat. Manakala 1 daripada 3 kanak-kanak yang dijangkiti sebelum usia 6 tahun akan mendapat jangkitan hepatitis B kronik.
Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak lebih tua – berusia lebih 6 tahun dan individu dewasa yang dijangkiti virus ini akan pulih sepenuhnya dan tidak mengalami jangkitan kronik.
Mereka yang telah menerima suntikan vaksin hepatitis B adalah kebal seumur hidup daripada jangkitan ini.
Kesan sampingan suntikan imunisasi bayi
Sesetengah bayi dan kanak-kanak akan mengalami kesakitan atau kepedihan di bahagian suntikan dan demam bersuhu rendah. Pun begitu terdapat 1 kesan sampingan yang sangat jarang berlaku, tetapi serius.
Dianggarkan 1 daripada setiap 600,000 dos vaksin hepatitis B akan menyebabkan reaksi alahan teruk yang disebut sebagai anafilaksis. Ia melibatkan gejala seperti bengkak mulut, kesukaran bernafas, tekanan darah rendah atau kejutan.
Anafilaksis biasanya berlaku dalam tempoh masa 15 minit selepas menerima suntikan. Walaupun ia boleh dirawat, keadaan tersebut masih agak menakutkan. Bagi mengelakkan jangkitan kronik daripada berlaku, atas sebab itulah pentingnya untuk anak menerima suntikan imunisasi bayi sejurus selepas kelahiran.
Tindakan ini dapat memastikan anak mendapat perlindungan seawal mungkin daripada dijangkiti hepatitis B, khususnya daripada individu yang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai virus tersebut dalam badan. Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai vaksin ini, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ini Sebab Kenapa Doktor Bagi Suntikan Hepatitis B Untuk Bayi, Sangat Penting! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-sebab-kenapa-doktor-bagi-suntikan-hepatitis-b-untuk-bayi-sangat-penting/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Ingatkan Asap Vape Bahaya Pada Ibu Hamil Bayi Dalam Kandungan Berisiko

Doktor Ingatkan Asap Vape Bahaya Pada Ibu Hamil Bayi Dalam Kandungan Berisiko

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 254 hits
Kita sudah sedia maklum vaping adalah merbahaya kepada kesihatan Tapi apa kesan terhadap second atau third hand vaping Adakah golongan 2nd dengan 3rd hand vaping ini juga akan mendapat kesan yang sama dengan first hand vaping Apa itu 2nd da...
Peran Kearifan Lokal Sangat Penting Dalam Mitigasi Bencana

Peran Kearifan Lokal Sangat Penting Dalam Mitigasi Bencana

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 160 hits
Koordinator Bidang Bencana Geologi Pusat Mitigasi Universitas Jenderal Soedirman tersebut mengatakan program desa tangguh bencana akan mendorong desa atau kelurahan meningkatkan kemampuan dalam beradaptasi dan menghadapi ancaman bencana
Perjuangan Richworks Dalam Membantu Usahawan Dan Masyarakat Sangat Memberi Inspirasi

Perjuangan Richworks Dalam Membantu Usahawan Dan Masyarakat Sangat Memberi Inspirasi

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 178 hits
Assalamualaikum Hai Dah banyak CikSha kongsikan pasal Richworks dalam blog ni kan Sebab CikSha kagum dengan semangat dan usaha depa dalam membantu usahawan untuk terus bangkit berjuang meneruskan bisnes masing masing walau apa sekalipun dug...
Zaman Mahathir Dulu Cam Gini Lah Tapi Biasanya Pemerintah Takut Sangat Gayanya Nak Berhimpun Ja Pun

Zaman Mahathir Dulu Cam Gini Lah Tapi Biasanya Pemerintah Takut Sangat Gayanya Nak Berhimpun Ja Pun

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 167 hits
Himpunan TangkapAzamBaki polis lencong trafik tutup sementara stesen kereta api esok January 21 2022 Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata polis melakukan lencongan laluan trafik di beberapa jalan utama di sekitar Kuala ...
5 Buku Yang Sangat Kontroversi Sehingga Ia Diharamkan

5 Buku Yang Sangat Kontroversi Sehingga Ia Diharamkan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 173 hits
Saluran Infotainment Paling Aktif Di Youtube Video Menarik Pada Setiap Hari Isnin Sehingga Jumaat 2 Video Sehari Laman Sosial Instagram https www instagram com kupikupigox Facebook https www facebook com kupikupigox Twitte
Baby Nanas Memang Sangat Sedap Dan Manis Tetapi Mengandungi Bahan Terlarang

Baby Nanas Memang Sangat Sedap Dan Manis Tetapi Mengandungi Bahan Terlarang

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 389 hits
Pernah makan baby nanas Jika anda pernah makan anda akan teringin untuk makan lagi nak makan lagi dan nak lagi kenapa kerana rasanya memang sangat sedap sangat manis mengasyikkan gurih dan rangup Kita akan merinduinya untuk menikmatinya lag...
Lala Masak Lemak Yang Sangat Sedap

Lala Masak Lemak Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 280 hits
Saya terbaca dalam satu forum akan satu negara yang tersangat kaya dengan hasil minyaknya Selama ini saya memikirkan negaranya moden dengan infrastrukturnya maju dan rakyatnya juga kaya dan senang lenang Tapi bila dalam forum tersebut ramai...
Instafamous Sharifah Eleen Kini Isteri Pelakon Zac Zaky Kongsi Cerita Saat Sus4h Senang 12 Tahun Yang Sangat Bermakna

Instafamous Sharifah Eleen Kini Isteri Pelakon Zac Zaky Kongsi Cerita Saat Sus4h Senang 12 Tahun Yang Sangat Bermakna

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 430 hits
Selebriti media sosial dan usahawan Sharifah Eleen telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati yang juga merupakan pelakon Zac Zaky pada 12 Januari lalu Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Eleen menerusi bebera...
Alololo Manja Sangat Ni Gelagat Anak Kambing Manja Dengan Tuannya

Alololo Manja Sangat Ni Gelagat Anak Kambing Manja Dengan Tuannya

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 171 hits
Selalunya kucing menjadi pilihan bagi orang yang suka memelihara haiwan peliharaan jarang pula ada yang memilih untuk memelihara bin4tang lain Mungkin kerana kucing ini memang kebanyakan rumah akan memeliharanya Terkini tular sebuah video d...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran