Nippon Paint Riang Ria Warna Raya Feature Wall Makeover
Hi Assalamualaikum. Lepas je balik dari Nippon Paint Inspi Raya Warna Raya Workshop 2019 hari tu, Ayue memang tak sabar sangat nak makeover feature wall dekat rumah Ayue ni. To be honest, Ayue baru pindah rumah baru ni hujung tahun lepas and rumah ni asalnya warna pink! Don't get me wrong, pink bukannya tak cantik, tapi kalau satu rumah warna pink, hmm macam tak sesuai pula kan? Jadi Ayue pun cat lah balik rumah ni dengan warna putih. Tapi bila dah putih semuanya pun masalah juga sebab Ayue rasa macam kosong je. Tambahan pula kami belum ada rezeki nak tambah macam-macam perabot, jadi rumah memang nampak kosong sangat.
Sebab tu lepas balik dari workshop hari tu, Ayue terus dapat idea nak buat apa dengan dinding rumah Ayue ni supaya tak nampak kosong. Cat dengan Nippon Paint Momento lah apa lagi! Hehe. Disebabkan nanti masa Raya, tempat yang menjadi tumpuan adalah ruang tamu dan kawasan TV, jadi Ayue dengan suami nekad nak makeover wall dekat situ.
So last weekend, pagi-pagi lagi Ayue dah bangun sebab excited nak mengecat. Yang tak bestnya, suami Ayue lupa beli Nippon Paint Washi Tape! Aduh, macam mana nak buat design dekat dinding kalau takda washi tape? Ayue taknak benda ni spoil kan mood Ayue hari tu, jadi Ayue terus tukar design dan buat design yang lebih simple menggunakan masking tape je. Kebetulan masking tape ada dekat rumah, jadi Ayue guna apa yang ada je. Suami Ayue pula ada kerja lain, dia hanya tolong Ayue design wall saja dan selebihnya Ayue buat seorang diri. Mula-mula Ayue risau juga takut Ayue tak dapat buat seorang, tapi lepas try buat, baru Ayue tahu mudah je sebenarnya nak cat guna Nippon Paint Momento ni.
Untuk makeover wall ni, Ayue menggunakan barang-barang ni :
Nippon Paint Momento Special Effect Paint Sparkle Silver (Blue Brilliance)Nippon Paint Momento Special Effect Paint PrimerNippon Paint Momento ToolkitNippon Paint Washi TapeNippon Paint Roller
Sebelum Ayue nak berkarya menggunakan Nippon Paint Momento Sparkle Silver, Ayue kena apply Nippon Paint Momento Primer dulu pada dinding supaya hasilnya lebih cantik, rata dan tahan lama. Nak apply primer ni pula mudah saja, hanya perlu guna Nippon Paint Roller ni dan roll pada keseluruhan permukaan yang nak di cat dengan Nippon Paint Momento Sparkle Silver.
Ayue hanya perlukan masa 15 minit saja untuk cat dinding Ayue tau. Kemudian tunggu sehingga cat betul-betul kering. Sebenarnya perlu cat 2 lapisan Nippon Paint Momento Primer pada permukaan dinding, tapi sebab dinding rumah Ayue warna putih, 1 lapisan saja sudah memadai.
Kemudian, sebelum Ayue mula mengecat menggunakan Nippon Paint Momento Sparkle Silver, Ayue kena kacau dulu cat di dalam tong ni supaya warnanya lebih sekata. Tapi jangan kacau guna tangan pula tau. Dalam beg Nippon Paint Momento Toolkit, ada peralatan yang anda boleh gunakan untuk untuk mengacau cat Nippon Paint Momento Sparkle Silver tu.
Nippon Paint Momento Toolkit mengandungi :
Berus sintetikBuku panduanPengadunBegSpatula
Selepas primer kering, Ayue terus cat lapisan pertama Nippon Paint Momento Sparkle Silver menggunakan berus sintetik yang ada dalam Nippon Paint Momento Toolkit dengan lapisan yang nipis saja. Ayue mengecat dengan cara criss cross pada keseluruhan dinding dari bawah hingga atas. Lepas 30 minit, cat pula lapisan yang ke-2 dengan lapisan yang nipis juga.
Lepas 15 minit, ratakan permukaan dinding dengan menggunakan spatula secara perlahan-lahan sementara cat pada dinding separa kering. Selesai mengecat, Ayue perlu tunggu pula 2 jam untuk cat betul-betul kering sebelum Ayue cabut masking tape dari dinding. Kena sabar ok, jangan cabut sebelum cat kering pula. Nanti rosak design yang anda buat tu.
Sepanjang Ayue mengecat, Qaayed ada je main-main dekat ruang tamu ni. Ayue tak risau sebab cat Nippon Paint Momento langsung takda bau yang membahayakan sebab ia dirumus khas dengan VOC yang rendah, tidak mengandungi bahan plumbum atau merkuri dan juga bebas formaldehid. Bukan tu je, Nippon Paint Momento ni ada banyak lagi manfaat lain yang membuatkan Ayue teruja untuk menggunakan Nippon Paint Momento pada rumah Ayue. Antara manfaatnya adalah :
Tiada gelembungTiada pengelupasanMudah untuk disenggaraTahan lamaMesra AlamBerfungsi baik atas permukaan yang tidak sekataSenang digunakanFleksibiliti reka bentukBoleh digunakan di bilik mandi/dapur/silingLebih tahan lasak dan serasi dengan iklim berbanding dengan wallpaper
Tadaa! Ni lah dia hasilnya. Cantik tak? Walaupun design ni bukan lah design asal seperti yang Ayue plan, tapi Ayue suka sangat dengan outcome nya. Nampak sangat kemas dan elegan! Warna Blue Brilliance ni betul-betul menaikkan seri ruang tamu rumah Ayue. Tak sabar rasanya nak tunggu barang-barang yang Ayue order sampai untuk lengkapkan ruang tamu ni. Beraya sakan lah nampak tahun ni.
Anda dah mula cat rumah ke belum? Kalau belum, masih ada masa lagi ni nak beraya dengan dinding baru. Ayue cuma ambil masa separuh hari saja nak siapkan ruang tamu Ayue ni. Tu pun Ayue buat seorang tau, kalau berdua dengan suami lagi cepat lah agaknya.
Jom tengok macam mana Ayue cat menggunakan Nippon Paint Momento ni dari awal hingga habis.
Untuk maklumat lanjut tentang Nippon Paint Momento, boleh layari : https://www.nipponpaint.com.my/
xoxo,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ayueidris.com/2019/05/nippon-paint-riang-ria-warna-raya.html