Saya bersama ahli kumpulan kami.
Saya bersama rakan yang lain telah menyertai pertandingan memasak yang mana telah menggunakan California Raisins sebagai bahan dalam masakan kami. Oh! Saya tidak sangka bahawasanya yang kismis juga boleh digunakan dalam pelbagai variasi untuk masakan,
Tekun memasak masakan kami
Seperti mana kumpulan saya, kami menggunakan kismis ini untuk masakan pulut kuning dan juga ayam masak merah kami.
Resepi hasil ciptaan kumpulan kami. Nampak sedap kan? Uhuk
Rakan-rakan dari kumpulan lain tidak kurang hebatnya. Mereka semua telah memberikan satu persembahan dan juga hidangan yang sememangnya menarik. Dari masakan utama hinggalah kepada pencuci mulut. Memang versatillah!
Lebaran Love Raisin Cookies
Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan
Bumbu Kacang Nenda Dan Sate Goreng
Ramadhan Blessings
Black Raisins Kerabu
Nasi Briyani Sweet Memory
Black Raisins Briyani In Pineapple
Menarik bukan menu-menu yang dimasak oleh kumpulan lain. Pelbagai variasi masakan telah dihasilkan menggunakan California Raisins ini. Jadi sekarang masa yang ditunggu-tunggu untuk setiap juri merasa dan menilai masakan yang telah dihasilkan ini.
Barisan juri sedang merasa masakan kami.
Walaupun tidak menang, tetapi saya rasa puas kerana dapat meneroka potensi yang ada dalam kismis ini. Mana tidaknya, diadili oleh chef yang terkemuka pastinya memberikan pengalaman yang berbeza kepada saya. Teguran dan juga nasihat daripada Chef Khairul memberikan saya inspirasi untuk memasak lagi dan lagi.
Pemenang bagi pertandingan ini.
Pada majlis ini juga, chef selebriti iaitu Chef Ili Sulaiman telah turut serta untuk berkongsi kepada kami menu berasaskan kismis. Beliau telah berkongsi menu “Beriani Ayam Kismis California” dan “Roti Sosej Masala Kismis California”. Sedap!
Beriani Ayam Kismis California
Roti Sosej Masala Kismis California
Tahukan Anda?
Antara kelebihan Kismis California adalah:|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |