Nina Smith Belum Berdepan Dengan Ogy
Nina Smith belum berdepan dengan Ogy
Pelakon baharu, Nina Smith, 23, belum lagi bersua muka dengan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang marah dengan tindakannya menarik diri di saat akhir ketika penggambaran drama Bunga Hati yang dibintanginya.
Insiden berlaku pada pertengahan Disember tahun lalu itu berpunca daripada tindakan Nina yang membuat keputusan drastik untuk ke Amerika Syarikat (AS) secara tiba-tiba bagi bertemu bapanya yang diserang angin ahmar, di sana.
Nina atau nama sebenarnya, Amalina Smith ketika ditemui berkata, buat masa ini, dia belum lagi berdepan dengan Ogy dan yakin hubungan mereka akan baik-baik saja sekiranya bertemu nanti.
“Insya-Allah, saya rasa kami akan okey saja jika berdepan nanti. Sekarang pun, saya tak ambil peduli sangat dengan apa yang sudah berlaku itu kerana biarlah ia berlalu. Malah, tak ada impak teruk yang saya alami selepas insiden berkenaan. Sebaliknya, tawaran berlakon yang saya terima semakin banyak. Apatah lagi, apa yang saya buat itu (keputusan tarik diri) bukan perkara jahat tetapi demi bapa saya yang sakit dan ia tidak saya kesali langsung,” katanya kepada Harian Metro.
Nina berkata, tindakan dilakukannya adalah wajar dibuat oleh seorang anak selepas mengetahui bapanya yang menetap jauh di luar negara berada di dalam keadaan sakit.
Sebenarnya, saya bimbang juga selepas insiden dengan kak Ogy itu berlaku. Namun, syukur saya dikelilingi orang-orang yang baik serta masih percaya dengan saya dan perkara berlaku itu terjadi atas sebab kecemasan.
“Hingga kini, hubungan saya dengan penerbit-penerbit dan pengarah-pengarah juga tetap baik kerana mereka faham tindakan saya itu,” katanya yang berada di AS selama tiga minggu menjaga bapanya.
Nina yang juga anak tunggal hasil perkongsian hidup ibu bapanya sebelum berpisah berkata, keadaan kesihatan bapanya kini beransur pulih dan makin bertambah baik selepas kedatangannya.
Nina yang tidak dapat bertemu bapanya selama beberapa tahun termasuk halangan ke luar negara akibat penularan Covid-19 sebelum ini berkata, kerinduan mereka dua beranak terubat selepas dapat menjaga bapanya yang sakit teruk ketika itu.
Terdahulu, Nina yang baharu empat tahun bergelar pelakon sudah membintangi enam drama dan sebelum itu pernah menyertai program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL).
Dia kemudian menimba ilmu lakonan dalam bengkel dikendalikan Ogy.
Sebelum ini, Ogy yang juga pelakon drama terbitan Zeel Production dan arahan Jamal Khan itu berang dengan tindakan Nina yang meninggalkan lokasi penggambaran.
Difahamkan, Nina sempat menyiapkan penggambaran sebanyak enam babak sebelum bertindak menarik diri untuk ke AS atas alasan menjaga bapanya yang sakit. HM
Nina Smith belum berdepan dengan Ogy
Baca Artikel Menarik:
Kes saman fitnah ketua hakim syarie ke atas Lokman selesai
Bukan saya seorang saja yang berpakaian menonjol – Eyka Farhana
Premis tawar khidmat seks warga asing diserbu
Bekas Presiden JCorp didakwa perdaya pelaburan RM9.46 juta
Isteri Ng wujud syarikat samaran, ‘cuci’ wang ‘berjuta dolar’ daripada Jho Low
Calon ketua Pemuda PKR? Mana Adam menghilang selama ini?
Tuduhan dipecat, Anwar bela Farhash
Tolong maafkan Zul – Ruhainies
German usir dua rakyat Malaysia terima dok penggalak berbeza
Tyson tuntut RM4.2 bilion jumpa YouTuber
Aksi panas, itu bukan saya – Siti Khadijah
Rayer ganggu sesi penggulungan bangkit isu larangan pemakaian tudung di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/23/nina-smith-belum-berdepan-dengan-ogy/