Nilai Prestasi Ph Hanya Selepas Lima Tahun


Rafidah Aziz  
   
ULASAN l Pada 9 Mei tahun lalu, sejumlah 12,299,514 orang pengundi keluar untuk menentukan kerajaan bagi lima tahun yang seterusnya. Ini merupakan 82.32 peratus dari bilangan warga negara yang layak mengundi.

Pakatan Harapan telah mendapat 5,685,252 undi, dan mendapat mandat untuk menubuh kerajaan baru untuk mentadbir Malaysia.

Tahniah kepada PH dan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengambil alih tugas berat sebagai perdana menteri, untuk kali kedua, dan sempena ulang tahun pertama mentadbir negara.
Agenda pentadbiran cukup panjang dan mencabar, dan rakyat meletakkan amanah berat dan jangkaan yang tinggi kepada PH iaitu "The Alliance of Hope."

Tentu sekali rakyat telah, dan akan terus membuat penilaian akan prestasi PH, dari segi ahli-ahli pentadbiran secara individu dan kolektif, langkah-langkah yang telah diambil dan telah serta sedang dirancang dan apa perancangan-perancangan yang akan dilaksana.

Semuanya yang dijangka dan diharapkan oleh setengah-setengah pihak, perlu dilaksanakan secara selari, atau in parallel dan mereka akan menilai hasil prestasi dalam jangka masa setahun yang lepas, yang sebenarnya cuma merupakan 20 peratus dari jangka masa PH diberi mandat untuk mentadbir negara, iaitu selama lima tahun selepas PRU14.

Sebenarnya PH mewarisi pentadbiran serta keadaan negara yang sangat mendukacitakan.
Tiada siapa jua, yang sedar dan tahu akan keadaaan sebenarnya, akan menafikan bahawa kerosakan-kerosakan telah berlaku dalam beberapa aspek pentadbiran negara, hasil peninggalan kerajaan sebelumnya, dalam jangka masa lebih kurang satu dekad pentadbirannya.

Skandal demi skandal seperti pecah amanah dan rasuah mula terbongkar, dan sekarang sedang, dibawa ke muka pengadilan.

Sistem-sistem tertentu telah rosak. Budaya birokrasi telah dicemar oleh nilai-nilai negatif yang mencerminkan hakisan nilai-nilai yang baik dan positif , serta tergelincirnya haluan kompas di kalangan mereka yang telah mengabaikan tanggungjawab dan akauntabiliti.

Pendek kata, PH mempunyai agenda-agenda selari atau parallel, yang perlu ditangani. Ada yang boleh diimplementasi dalam masa terdekat.

Ada yang perlu siasatan mendalam, sementara ada dasar-dasar dan langkah-langkah baru, yang perlu dikaji secara mendalam dan terperinci sebelum dilaksanakan.
Sementara itu, ekonomi negara perlu diperkukuhkan, dan pertumbuhan ekonomi dirasai hasilnya, oleh semua peringkat rakyat, terutama di peringkat pendapatan rendah.

Semua ini memerlukan persekitaran yang mengalakkan. Perlu ada ketenteraman dan persefahaman di kalangan rakyat.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berazam, supaya kita sentiasa berusaha berfikir akan:-
• kepentingan negara dan rakyat
• kebaikan untuk generasi muda sekarang dan akan datang

Bersama-samalah kita berfikir sebagai warga Malaysia...berfikir seperti rakyat negara ini yang berkongsi aspirasi dan harapan yang sama.

Satu tahun hanya bersamaan 20 peratus daripada tempoh kerajaan di Malaysia. Kad Laporan PH hanya mencerminkan prestasi dalam masa satu tahun... bukan lima tahun penuh bagi tempoh mana-mana kerajaan.
Kita mesti membenarkan tempoh penuh lima tahun, seelum membuat sebarang penilaian dan keputusan mengenai kerajaan PH.

Insya-Allah, PH mampu memenuhi jangkaan rakyat, sebelum mereka sekali lagi memohon mandat dalam masa empat tahun pada PRU15.

Saya berdoa perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir dan kerajaan PH, dengan bimbingan Allah yang maha berkuasa akan membawa Malaysia kita kembali semula ke puncak kejayaan dan kecemerlangannya. InsyaAllah.

Sejahtera Malaysia kita.

TAN SRI RAFIDAH AZIZ adalah bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Beliau pernah menerajui pergerakan Wanita Umno.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/nilai-prestasi-ph-hanya-selepas-lima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 25 Tahun Rakyat Brazil Masih Ratapi Kematian Ayrton Senna

Selepas 25 Tahun Rakyat Brazil Masih Ratapi Kematian Ayrton Senna

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 274 hits
Selepas 25 tahun rakyat Brazil masih ratapi kematian Ayrton Senna Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Apr 20
Budak 2 Tahun Melecur 70 Peratus Selepas Terjatuh Dalam Periuk Mengandungi Air Panas

Budak 2 Tahun Melecur 70 Peratus Selepas Terjatuh Dalam Periuk Mengandungi Air Panas

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 425 hits
The ReporterSeorang kanak kanak lelaki melecur teruk selepas secara tidak sengaja terjatuh ke dalam periuk yang mengandungi air panas mendidih di Ukraine Mangsa Ivan Maletych kini sedang bertarung nyawa selepas dia mengalami kelecuran 70 pe...
Saya Hanya Tahu Mangsa Adalah Adik Saya Selepas Melihat Kad Pengenalannya Luluh Hati Anggota Bomba

Saya Hanya Tahu Mangsa Adalah Adik Saya Selepas Melihat Kad Pengenalannya Luluh Hati Anggota Bomba

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 698 hits
Luluh hati seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut mendapati individu yang meninggal dalam kemalangan maut yang dikendalikan oleh pasukannya di Kilometer 14 Jalan Jerantut Temerloh di Kampung Tebing Tinggi Jerantut ad...
Jangan Nilai Tempoh 20 Peratus Pentadbiran Ph Sebagai Prestasi Penuh Rafidah

Jangan Nilai Tempoh 20 Peratus Pentadbiran Ph Sebagai Prestasi Penuh Rafidah

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Malaysia perlu melihat kepada prestasi penuh pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan bagi tempoh lima tahun sebelum melakukan sebarang bentuk penghakiman dan penilaian tegur bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan ...
Tkn Jokowi Nilai Kurang Pas Masa Presiden Hanya 1 Periode

Tkn Jokowi Nilai Kurang Pas Masa Presiden Hanya 1 Periode

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 279 hits
Wakil Ketua Tim Kampanye Nasional Joko Widodo Ma ruf Amin Raja Juli Antoni mempertanyakan alasan Politikus Partai Gerindra Andre Rosiade yang mengusulkan masa kerja presiden hanya satu periode
Buffet Buka Puasa Nur Ramadhan Di Ube Banquet Hall D Nilai 3 Hanya Rm45 Seorang

Buffet Buka Puasa Nur Ramadhan Di Ube Banquet Hall D Nilai 3 Hanya Rm45 Seorang

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1261 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella bawakan kisah tentang berbuka puasa di Nilai 3 Bila sebut Nilai 3 semua orang teruja termasuk la Misz ella Nilai 3 sangat sinonim dengan barang kelengkapan rumah yang dijual pada harga borong Misz...
50 Tahun Selepas 13 Mei Rakyat Diingatkan Jangan Main Api Perkauman

50 Tahun Selepas 13 Mei Rakyat Diingatkan Jangan Main Api Perkauman

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 515 hits
May 13 2019 7 21 AMKeharmonian masyarakat berbilang kaum boleh terjejas dengan perkembangan etnopopulisme iaitu fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada 2 kelompok berdasarkan kaum dan agama KUALA LUMPUR Peristiwa berdarah...
Boleh Nilai Sendiri Prestasi Ph Hadi

Boleh Nilai Sendiri Prestasi Ph Hadi

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 506 hits
Wartawan Watan Online Rakyat kini boleh menilai sendiri kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir negara ujar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata sehingga kini manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam