50 Tahun Selepas 13 Mei Rakyat Diingatkan Jangan Main Api Perkauman


Bernama
-May 13, 2019 7:21 AM

Keharmonian masyarakat berbilang kaum boleh terjejas dengan perkembangan etnopopulisme, iaitu fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada 2 kelompok berdasarkan kaum dan agama. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.

Bagi felo utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Teo Kok Seong, pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara.

“Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang, kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini perlembagaan persekutuan) tentang agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu.

“Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik,” tambahnya.Teo Kok Seong.Bagaimanapun, Teo tidak menolak keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh kembali terjejas dengan perkembangan etnopopulisme, iaitu fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada 2 kelompok berdasarkan kaum dan agama, yang berpotensi bersengketa antara satu sama lain.

Jelas beliau, politik yang diamalkan mana-mana pihak di negara ini sebaliknya perlu memberi perhatian utama kepada soal perpaduan kaum yang harus dipertingkatkan di Semenanjung Malaysia dan integrasi wilayah yang lebih baik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Ahmad Marthada Mohamed juga senada mahu ahli politik berhenti memainkan sentimen perkauman dan menyentuh isu sensitif yang boleh membangkitkan ketegangan dalam negara.

Beliau berkata, dalam usaha mengekang rusuhan kaum daripada kembali berulang, pihak kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas dan segera terhadap pihak yang membangkitkan sentimen perkauman dan menghina agama
Ahmad Marthada Mohamed.“Dalam era teknologi masa kini, ada segelintir individu yang memberi komen melampau dalam media sosial. Jika tidak diambil tindakan tegas terhadap mereka, akan menyebabkan individu lain melakukan perkara sama dan tindakan provokatif sebegini amat berbahaya kepada keharmonian negara,” katanya.

Selain itu, kerajaan perlu terus meningkatkan usaha memperkasa orang Melayu dan Bumiputera, terutama golongan berpendapatan rendah dalam pelbagai bidang, serta merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

“Antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei adalah kerana orang Melayu berasa mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi, lalu diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru,” katanya sambil menambah bantuan terhadap bukan Melayu yang memerlukan juga tidak boleh diabaikan.

Berdasarkan angka rasmi peristiwa yang terpahat sebagai sejarah hitam negara itu, dari 13 Mei hingga 31 Julai 1969, mencatatkan 196 orang kehilangan nyawa, walaupun terdapat pihak yang menganggarkan jumlah kematian adalah lebih tinggi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/50-tahun-selepas-13-mei-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 25 Tahun Rakyat Brazil Masih Ratapi Kematian Ayrton Senna

Selepas 25 Tahun Rakyat Brazil Masih Ratapi Kematian Ayrton Senna

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 252 hits
Selepas 25 tahun rakyat Brazil masih ratapi kematian Ayrton Senna Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Apr 20
Malaysiakini Jangan Jadi Batu Api Perkauman Ahmad Faisal

Malaysiakini Jangan Jadi Batu Api Perkauman Ahmad Faisal

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 429 hits
DEWAN Pemuda PAS Perak menyelar sekeras kerasnya tindakan Akhbar MalaysiaKini yang telah memutarbelitkan fakta sejarah berkenaan 13 Mei 1969 Sudah acap kali lidah tidak rasmi yang Pro DAP ini mencetuskan kemarahan sebahagian besar Rakyat Ma...
Budak 2 Tahun Maut Terbakar Dalam Kereta Selepas Bermain Dengan Mancis

Budak 2 Tahun Maut Terbakar Dalam Kereta Selepas Bermain Dengan Mancis

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 389 hits
The ReporterSeorang kanak kanak maut terbakar di dalam kereta selepas bermain dengan sekotak mancis yang ditemuinya Dalam kejadian di Kozatske selatan Ukraine mangsa Oryna berusia dua tahun hanya ditinggalkan beberapa minit oleh bapanya 27 ...
Khairy Bidas Umno Pekak Main Isu Perkauman

Khairy Bidas Umno Pekak Main Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 547 hits
Khairy Jamaluddin menjangkakan Umno akan terkubur dalam beberapa tahun lagi jika memilih haluan salah PETALING JAYA Bekas calon presiden Umno Khairy Jamaluddin hari ini membidas parti itu masih pekak terhadap suara rakyat dan terus memainka...
Pengarah Yapeim Masih Boss Selepas Ugut Kakitangan Jangan Unndi Ph

Pengarah Yapeim Masih Boss Selepas Ugut Kakitangan Jangan Unndi Ph

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 434 hits
MASIH RAMAI KAKITANGAN KERAJAAN TERUTAMANYA DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN DI PPD DAN JUGA JPN ADAKAH PENYOKONG SENDIRI TIDAK MAMPU DUDUK DIKERUSI YANG ADA MEREKA DURI DALAM DAGING BAGI PH TAK KENA SIASAT KA DIA NI Tugas Ketua Pengarah kempen un...
Mama Jangan Kacau Adik Bila Anak Tengah Kusyuk Main Mama Jangan Sergah Panggil Baik Baik

Mama Jangan Kacau Adik Bila Anak Tengah Kusyuk Main Mama Jangan Sergah Panggil Baik Baik

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 529 hits
Ada waktunya kita sendiri tak sedar kita dah lakukan beberapa kesilapan kecil dalam mendidik anak Salah satunya adalah memanggil nama anak dengan panggilan yang kasar atau kuat ketika anak sedang melakukan sesuatu perkara Tak kisahlah samad...
Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 425 hits
Melatih anak anak kecil berpuasa ini memerlukan kita menjernihkan hati kita Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah Bila kita faham akan perkara ini maka bila kita mahu melatih anak berpuasa kita boleh membuat keputusan yang bai...
Ada Sebab Kenapa Jangan Gosok Gigi Selepas Makan Sahur Ikuti Penjelasan Dari Doktor Ini

Ada Sebab Kenapa Jangan Gosok Gigi Selepas Makan Sahur Ikuti Penjelasan Dari Doktor Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 405 hits
Setiap kali bulan ramadan setiap orang pasti akan bangun sahur untuk melengkapkan lagi ibadah puasa dan menambah tenaga untuk berpuasa pada esok harinya Pasti ramai diantara kita yang suka memberus gigi sejurus selepas sahur bukan Yelah bil...
Informasi 71 Tahun Hari Nakba 1948 Malapetaka 15 Mei Palestin

Informasi 71 Tahun Hari Nakba 1948 Malapetaka 15 Mei Palestin

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 297 hits
SEORANG wanita Palestin merenung nasib masa depannya di kem pelarian Khan Yunis AFPBAITULMUQADDIS 14 Mei Setiap tahun sehari selepas Israel menyambut hari kemerdekaan rak yat Palestin bergenang air mata mengingati kembali peristiwa malapeta...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand