Jangan Nilai Tempoh 20 Peratus Pentadbiran Ph Sebagai Prestasi Penuh Rafidah


KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melihat kepada prestasi penuh pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi tempoh lima tahun sebelum melakukan sebarang bentuk penghakiman dan penilaian, tegur bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau berkata, hasil prestasi dalam jangkamasa satu tahun yang lepas sebenarnya cuma merupakan 20 peratus dari jangkamasa PH diberi mandat untuk mentadbir negara.
“‘Report Card’ (kad laporan) PH hanya memberi gambaran prestasinya untuk tempoh satu tahun… bukan tempoh sepenggal penuh lima tahun sebagai kerajaan.
“Insya-Allah PH akan dapat memenuhi jangkaan rakyat, sebelum mereka keluar semula untuk mengundi dalam tempoh empat tahun untuk Pilihan Raya Umum 15,” katanya dalam hantaran terbaru di akaun sosial Facebook miliknya.
Rafidah menjangkakan, rakyat telah dan akan terus membuat penilaian akan prestasi PH, dari segi ahli-ahli pentadbiran secara individu dan kolektif, langkah-langkah yang telah diambil serta sedang dirancang, dan sebarang perancangan yang akan dilaksana.
Beliau berkata, kerajaan PH mewarisi pentadbiran dalam keadaan negara yang sangat mendukacitakan hasil peninggalan kerajaan sebelumnya yang telah memerintah dalam jangkamasa lebih kurang satu dekad.
Skandal demi skandal pecah amanah serta rasuah telah terbongkar, dan sekarang mula serta sedang dibawa ke hadapan pengadilan, katanya.

Beliau menyifatkan sistem-sistem pentadbiran yang tertentu telah rosak dan budaya birokrasi telah dicemar oleh nilai-nilai negatif serta tergelincirnya haluan kompas di kalangan mereka yang telah mengabaikan tanggungjawab dan akauntabiliti.
“Pendek kata, PH mempunyai agenda-agenda selari yang perlu ditangani.
“Ada yang boleh diimplementasi dalam masa terdekat dan ada yang memerlukan siasatan mendalam, sementara ada beberapa dasar dan langkah baru yang perlu di kaji secara mendalam dan terperinci sebelum dilaksanakan,” jelas beliau.
Rafidah menegaskan untuk melangkah ke hadapan, Malaysia memerlukan persekitaran ekonomi yang mengalakkan di samping ketenteraman dan persefahaman dalam kalangan rakyat.
Katanya, ekonomi negara perlu di perkukuhkan, dan pertumbuhan ekonomi harus dirasai hasilnya oleh semua peringkat rakyat, terutama di peringkat pendapatan rendah.
“Bersama-sama kita berfikir sebagai warga Malaysia… kita berfikir sebagai rakyat Malaysia, yang berkongsi aspirasi dan harapan yang sama.
“Saya berdoa agar Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan kerajaan PH, diberi petunjuk serta memperoleh restu Allah SWT untuk mengembalikan kejayaan dan kegemilangan negara kita, Malaysia, Insya-Allah,” tambah beliau.
Kerajaan PH berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 9 Mei 2018 selepas memperoleh 5,685,252 undi daripada sejumlah 12,299, 514 pengundi yang keluar mengundi pada PRU lepas.
Kemenangan tersebut sekali gus memberi mandat untuk PH menubuhkan kerajaan baru untuk mentadbir Malaysia. – BERNAMA


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/jangan-nilai-tempoh-20-peratus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sandi Nilai Tim Asistensi Hukum Sebagai Tindakan Vulgar Memberangus Demokrasi

Sandi Nilai Tim Asistensi Hukum Sebagai Tindakan Vulgar Memberangus Demokrasi

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 317 hits
Cawapres nomor urut 02 Sandiaga Salahuddin Uno prihatin atas lumpuhnya kontrol terhadap pemerintah dalam demokrasi di negara Indonesia Sandiaga menyampaikan simpati kepada media massa yang tidak memberitakan kecurangan Pemilu 2019 dengan ga...
9 Detail Pernikahan Irish Bella Ammar Zoni Indah Dan Penuh Haru Hati Hati Jangan Ikutan Baper Ya

9 Detail Pernikahan Irish Bella Ammar Zoni Indah Dan Penuh Haru Hati Hati Jangan Ikutan Baper Ya

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 452 hits
Akhirnya setelah nge tease dengan beberapa foto pre wedding Ammar Zoni dan Irish Bella mennikah juga Cek deh kalau kamu ingin menikah outdoor juga
Boleh Nilai Sendiri Prestasi Ph Hadi

Boleh Nilai Sendiri Prestasi Ph Hadi

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 570 hits
Wartawan Watan Online Rakyat kini boleh menilai sendiri kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir negara ujar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata sehingga kini manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke...
Benarkah Ada Pesara Menerima Pencen Penuh Seratus Peratus Gajinya

Benarkah Ada Pesara Menerima Pencen Penuh Seratus Peratus Gajinya

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 894 hits
Pekara ini memang menjadi bualan Bukan sahaja warga yang nak pencen Yang perkhidmatan baru menapak tahun kelima pun dah sembang bab bayaran pencen ni Melalui laman FB Bahagian Pasca Perkhidmatan persoalan telah dijawab oleh adminnya Walaupu...
Kaji Selidik 46 Peratus Puas Hati Dr M Sebagai Pm

Kaji Selidik 46 Peratus Puas Hati Dr M Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 440 hits
News Diterbitkan Hari ini 4 44 petangMenjelang setahun pentadbiran Pakatan Harapan kajian oleh Merdeka Center mendapati hanya 46 peratus rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Menurut Merdeka Cente...
Jangan Jadikan Ramadan Sebagai Alasan

Jangan Jadikan Ramadan Sebagai Alasan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 575 hits
SAINGAN Liga Malaysia yang tetap rancak berlangsung pada bulan Ramadan seharusnya tidak dijadikan alasan kepada pemain untuk gagal memberikan aksi terbaik Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia B Sathianathan berkata setiap juru
Nilai Prestasi Ph Hanya Selepas Lima Tahun

Nilai Prestasi Ph Hanya Selepas Lima Tahun

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 395 hits
ULASAN l Pada 9 Mei tahun lalu sejumlah 12 299 514 orang pengundi keluar untuk menentukan kerajaan bagi lima tahun yang seterusnya Ini merupakan 82 32 peratus dari bilangan warga negara yang layak mengundi Pakatan Harapan telah mendapat 5 6...
Perutusan Khas Ulangtahun Pertama Pentadbiran Pakatan Harapan

Perutusan Khas Ulangtahun Pertama Pentadbiran Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 500 hits
Alhamdulillah hari ini adalah ulangtahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan dan juga ulangtahun pertama negara ini berjaya menundukkan kebobrokan kebejatan dan keangkuhan Dengan berkat dukungan dan sokongan rakyat berbilang kaum dan agama ...
Ruu Pentadbiran Undang Undang Islam Dilulusakn Dewan Negara

Ruu Pentadbiran Undang Undang Islam Dilulusakn Dewan Negara

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 354 hits
Gambar hiasanKUALA LUMPUR Rang Undang undang Pentadbiran Undang undang Islam 2018 diluluskan di Dewan Negara hari ini Pindaan RUU itu antara lain akan membolehkan semua sekolah agama pusat tahfiz dan tadik
7 Tip Jimat Beli Barang Dapur Ketika Harga Naik Jangan Jadi Hamba Pasaraya

Lunch Di Madam Kwan S Johor Premium Outlet

Freak Storm Damages Eight Houses In Raub

Kenapa Kita Tak Boleh Berhenti Bercakap Tentang P Suara Kecil Yang Tak Patut Senyap

Tasik Cermin 2 Ipoh Hidden Gem Yang Tenang Dan Cantik

Ayam Masak Kicap Tanpa Goreng Dan Kehidupan Di London

Exam Pksk Adam

Telefon Gaming Infinix Kini Jadi Pilihan Pengguna Di Malaysia Indonesia Dan Filipina


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan Fifa Tak Tepat Fam

Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada Rm4 Per Mililiter

Nivea Steps Up In The Fight Against Breast Cancer With Rm70 000 Goal

Opposition Had Head Start Now It S Our Turn To Run Says Grs Man

Grand Forgery Fam And Govt Fail The Nation

Tuesday Jokes 285