Buffet Buka Puasa Nur Ramadhan Di Ube Banquet Hall D Nilai 3 Hanya Rm45 Seorang



Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella bawakan kisah tentang berbuka puasa di Nilai 3. Bila sebut Nilai 3, semua orang teruja *termasuk la Misz-ella*
Nilai 3 sangat sinonim dengan barang kelengkapan rumah yang dijual pada harga borong. Misz-ella sendiri suka pergi Nilai 3 untuk beli carpet, sejadah, langsir dan macam-macam lagi.
Ehemmm .. bulan puasa ni mesti meriah suasana di Nilai 3, kan .. masing-masing mahu beli kelengkapan raya dengan harga murah. Dah habis membeli belah, nak balik ke Kuala Lumpur mungkin dah tak sempat sebab jalan jem. So Misz-ella nak rekomen kat you all tempat berbuka puasa paling best dan paling selesa di Nilai 3 iaitu UBE Banquet Hall yang terletak di Nilai 3.


Misz-ella dan blogger Cik Lily Putih
Tak jauh perjalanan ke Nilai 3, lebih kurang 45 minit sahaja dari ibukota Kuala Lumpur tercinta, dan tidak sukar untuk mencari UBE Banquet Hall ni. Waze UBE Banquet Hall, Nilai 3 .. terus sampai ke pintu pagar dewan banquet yang sangat selesa ini. Kawasan persekitaran selesa dan pandangan mata sangat lapang sebab lokasinya yang berhadapan dengan jalan besar. Tak jauh dari lot-lot kedai di kawasan perdagangan borong Nilai 3. Parking pun selesa dan percuma sahaja *I LIKE*
Ini adalah tahun ke tiga UBE Banquet Hall mengadakan buffet buka puasa yang diberi nama Nur Ramadhan. 



Menariknya di sini ialah semua makanan dihidang menggunakan konsep 'warung atau gerai' yang dibina di dalam khemah. Berkonsepkan masakan kampung, antara lauk pauk yang menanti anda semua adalah Rendang Ayam Pucuk Ubi, Kambing Masak Pedas, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Tempoyak dan bermacam lagi.






Ada juga Udang Masak Butter, Sup Daging, Ikan Siakap 3 Rasa, Telur Masak Lemak + Belimbing, Sambal ikan Bilis Petai dan macam-macam lagi. Kesemua lauk pauk dihidang dengan cantik dan cukup kreatif dengan sentuhan 'Melayu tradisional' menggunakan bahan-bahan tradisional seperti kain batik, tampi yang dianyam dari rotan dan bermacam lagi. Seronok tengok dekorasi warung-warung di sini.



Antara yang menarik perhatian Misz-ella, Daging Masak Lemak Cili Api bersama Pucuk Ubi.



Close up sikit .. favourite Misz-ella ni!



Kita boleh pilih samada nak makan dengan Nasi Putih atau Nasi Arab D'Raja yang berwarna kuning ni.











Selain dari itu, ada KIDS STATION yang menyediakan makanan anak-anak kecil  .. Comel, kan.




Di Gerai Kuih Mak Siti, ada bermacam jenis kuih muih baik yang moden mahupun tradisional sebagai pemanis mulut selepas berbuka puasa dengan hidangan utama.

Fruit platters .. macam-macam jenis buah ada 


Ehemmm .. ada Laksa Johor di gerai Lynn Aneka Mee ..


Dan ada jugak Spagetthi Carbonara dan Spagetthi Bolognese buat mereka yang gemarkan pasta




Ada jugak warung yang menyediakan Ikan Bakar, Chicken Chop dan Lamb Grill .. panas-panas dari kuali!




Di Kedai Minum Pak Samat, disediakan tiga jenis air sejuk dan dua jenis air panas iaitu Air Bandung Cincau, Air Lemon Blue, Sirap Selasih, Air Teh Tarik Kaw dan Air Kopi O Kampung.

Yang ni pula ialah pintu masuk ke dewan makan
Dewan makan UBE Banquet Hall sangat luas, selesa, berhawa dingin dan boleh menempatkan 15 unit meja bulat dan 150 kerusi Chiavary dalam satu masa. Dewan berhawa dingin dan selesa. Kemudahan tandas dan surau pun turut disediakan.

Paling best, ada juga Bilik Mainan untuk kanak-kanak. So tetamu boleh berbuka puasa dengan senang hati tanpa risau fikirkan anak-anak bosan sebab diaorang boleh bermain di dalam bilik ni. Sangat family oriented UBE Banquet Hall ni, kan.

Ehemmm .. tengok lah pinggan kita .. meriah dengan lauk pauk. Rasanya? Sangat sedap! Berbaloi perjalanan kami dari Kuala Lumpur untuk menghadiri Preview Buffet Nur Ramadhan di UBE Banquet Hall ini. Kesemua lauk cukup rasa, kambing yang digrill dan dimasak pedas cukup lembut dagingnya .. semua lauk sedap-sedap!



Buffet Buka Puasa Nur Ramadhan di UBE Banquet Hall D'Nilai 3 hanya akan bermula pada 10hb Mei 2019 sehingga 1 Jun 2019 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam. Harga sangat berpatutan ataupun 'wallet friendly' iaitu :-
Dewasa ~ RM45/ PaxKanak Kanak ~  RM15/ Pax
5 tahun kebawah ~ Free!*12 tahun keatas dikira dewasa

Memandangkan tempat duduk tahun ini adalah terhad berbanding dengan tahun-tahun yang lalu, tempahan awal adalah digalakkan supaya anda tidak kecewa. Cara-cara nak tempah senang jer ~ Whatsapp atau telefon no.  0107007728/0107007738. So sambil-sambil shopping di Nilai 3 tu, jangan lupa tempah tempat duduk anda supaya tak kelam kabut masa nak buka puasa nanti ye


Buat pengetahuan kesemua pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini, UBE Banquet Hall adalah syarikat yang membekalkan perkhidmatan katering yang berpengalaman. Terdapat dua dewan yang ditawarkan iaitu Dewan Seri Orked dan Seri Tanjung.
Dewan Seri Orked lebih kecil dan boleh memuatkan tetamu seramai 80 orang dalam satu masa manakala Dewan Seri Tanjung boleh menempatkan tetamu sehingga 1500 orang. Antara majlis-majlis keraian yang boleh diadakan di kedua-dia dewan ini adalah :-
Majlis perkahwinanMajlis pertunanganMajlis AkikahSambutan Hari JadiSambutan Hari Keluarga (Family Reunion)Majlis Makan MalamMajlis KesyukuranAcara BBQSeminar, Kursus, Ceramah dan sebarang majlis ilmiah
Alamat :-Lot 1660, Jalan Delima 1Kawasan Perindustrian Nilai 371800, Nilai, Negeri Sembilan.No. Tel :- 010-7007738/010-7007728

Butir-butir lanjut tentang Buffet Buka Puasa Nur Ramadhan dan servis catering lain oleh UBE Banquet Hall boleh didapati di :-
Facebook UBE Banquet Hall D'Nilai 3Instagram UBE Banquet Hall


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2019/05/buffet-buka-puasa-ramadan-nur-ramadhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadan 2019 Buka Puasa Ancasa Hotel Spa Kl Pada Harga Rm 55 Seorang

Buffet Ramadan 2019 Buka Puasa Ancasa Hotel Spa Kl Pada Harga Rm 55 Seorang

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1079 hits
Assalamualaikum salam ramadan ye Masih meneruskan iftar tour 2019 kali ini BBL ke AnCasa Hotel Spa Kuala Lumpur sebelah UTC Pudu stesen LRT Plaza Raykat MRT Merdeka Senang sikit nak datang kalu malas nak drive kereta malah sangat dekat deng...
Buffet Buka Puasa Kembara Tujuh Sajian At Cinnamon Coffee House One World Hotel Petaling Jaya

Buffet Buka Puasa Kembara Tujuh Sajian At Cinnamon Coffee House One World Hotel Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 785 hits
Hello lovely readers With less than 10 days away from Ramadan Cinnamon Coffee House at One World Hotel Petaling Jaya is all ready to usher the arrival of this much awaited month with Kembara Tujuh Sajian Buffet Ramadan promotion Showcasing ...
Jadwal Buka Puasa 1 Ramadhan 1440 H Senin 6 Mei 2019 Seluruh Indonesia

Jadwal Buka Puasa 1 Ramadhan 1440 H Senin 6 Mei 2019 Seluruh Indonesia

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 469 hits
Bulan suci Ramadan 2019 1440 H telah tiba Kementerian Agama serta organisasi islam di Indonesia telah menetapkan 1 Ramadhan jatuh pada Senin hari ini melalui sidang isbat Jadwal imsakiyah meliputi waktu imsak shalat dan waktu berbuka Hari i...
Buffet Buka Puasa Selera Berbuka Puasa Warisan Kanda Dinda At Concorde Hotel Shah Alam

Buffet Buka Puasa Selera Berbuka Puasa Warisan Kanda Dinda At Concorde Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 657 hits
Hello lovely readers Concorde Hotel Shah Alam is excited to usher the arrival of the Ramadan month with Selera Buka Puasa Warisan Kanda Dinda More than 100 scrumptious dishes awaiting guests for their buka puasa get together with friends or...
Buffet Buka Puasa Di Atmosphere 360 Kl Tower

Buffet Buka Puasa Di Atmosphere 360 Kl Tower

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1098 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella bawakan kisah berbuka puasa di restoran berputar Atmosphere 360 yang terletak di lantai TH02 Menara Kuala Lumpur Dengan ketinggian 282 meter dari aras bawah restoran berputar Atmosphere 360 adalah...
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tempat Mesti Pergi Untuk Berbuka Puasa

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tempat Mesti Pergi Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 837 hits
hai assalammualaikumBawa Keluarga Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf ResortBawa Keluarga Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Salah satu tempat berbuka puasa yang menjadi kegemaran nad sekeluar...
Buka Puasa Buffet Dinner Selera Kampung Di Golden Sands Resort Penang

Buka Puasa Buffet Dinner Selera Kampung Di Golden Sands Resort Penang

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 776 hits
Buka Puasa Buffet Dinner Selera Kampung di Golden Sands Resort Penang Syok kan kalau dapat makan sambil tengok sunset Lagi2 kalau dapat tengok pemandangan tu berdua bersama insan tersayang Romantiknya Macam mana kalau dapat berbuka puasa sa...
Niat Puasa Ramadhan Doa Sahur Dan Doa Buka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Doa Sahur Dan Doa Buka Puasa

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 5292 hits
Bagaimana lafadz niat puasa Ramadhan doa sahur dan doa buka puasa Berikut ini pembahasan lengkapnya Alhamdulillah Ramadhan kembali tiba Kita bersyukur kepada Allah yang telah memanjangkan umur kita sehingga bisa mendapati Ramadhan kali ini ...
Informasi Ramadhan Pejabat Pas Pusat Peluang Buka Puasa Berjamaah Tazkirah

Informasi Ramadhan Pejabat Pas Pusat Peluang Buka Puasa Berjamaah Tazkirah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 436 hits
KL Ihya Ramadan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat dengan kerjasama LKKP Wilayah Persekutuan dan Selangor pada tahun ini memasuki tahun ke 11 pelaksanaannya Menarik pada hari kedua Ramadan ini Pejabat Agung PAS di Jalan R...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand