Nikmati Nilai Setin Bagi Seisi Keluarga Bersama Sardin Mackerel Ayam Brand Yang Kaya Dengan Omega 3


Hi Korang,
Buat pilihan pemakanan yang lebih bijak untuk keluarga anda bersama Sardin dan Mackerel Ayam Brand™. Ia bukan sahaja memudahkan dan memberi nilai dalam setiap tin, tetapi juga kaya dengan kandungan Omega-3 yang berupaya meningkatkan kesihatan tubuh anda dan seisi keluarga

Golongan dewasa dan kanak-kanak seharusnya mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu bagi mendapatkan Omega-3 bagi mempertingkatkan tahap kesihatan[1] mereka kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkan amaun Omega-3 yang diperlukan untuk sihat[2]. Ikan berlemak seperti sardin, mackerel, saba dan tuna amat kaya dengan Omega-3, menjadikannya pilihan semula jadi terbaik untuk mendapatkan kandungan Omega-3 yang diperlukan tubuh untuk berfungsi secara optimum

Mengapakah Omega-3 amat penting bagi kesihatan keluarga anda? Sungguhpun ikan merupakan sumber protein, vitamin dan mineral yang baik, namun demikian, ikan berlemak mengandungi lebih banyak asid Omega-3 dan khasiat-khasiat lain yang mungkin meningkatkan kesihatan jantung, mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan peringkat awal kehidupan, menggalakkan pertumbuhan otak dan perkembangan kanak-kanak[3] dan pelbagai lagi. Ini adalah antara manfaat besar yang dapat diperoleh tubuh dengan hanya menambah ikan berlemak seperti sardin, mackerel, saba dan tuna dalam diet anda sebanyak dua kali seminggu

Bagi pengguna bermaklumat, seperti kaum ibu pintar hari ini, yang sentiasa mencari nilai dan produk yang melangkaui manfaat asas, dapatkan kepentingan Omega-3, protein dan kalsium yang diperlukan keluarga anda menerusi Sardin dalam Sos Tomato atau Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ yang menggunakan ikan sardin dan mackerel yang ditangkap di lautan sejuk. Lautan ini membolehkan ikan-ikan tersebut menyimpan lebih banyak asid lemak Omega-3

Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ kaya dengan protein dan kalsium serta mempunyai tujuh kali lebih banyak kandungan Omega-3 berbanding ikan sardin segar tempatan yang dimasak di rumah[4]! Dalam hanya satu tin, ia tentunya satu pilihan yang lebih mudah dan bijak untuk menikmati sajian lebih sihat yang turut menyokong keperluan pemakanan keluarga anda

Satu tin besar 425g Sardin dalam Sos Tomato atau Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ bukan sahaja menyediakan empat sekeluarga dengan separuh kandungan Omega-3 yang diperlukan mereka setiap minggu bersama protein, kalsium dan nutrien-nutrien penting lain tetapi juga merupakan satu gamechanger bagi kaum ibu yang sibuk dan kesuntukan masa

Berikan pembaharuan pada sajian sarapan, makan tengah hari atau snek anda kepada satu jamuan berkhasiat. Jamu selera anda terus daripada tin tersebut atau menambah suntikan keenakan pada hidangan kotak bento, nasi goreng, hidangan masak lemak, cucur goreng atau sandwic. Ibu yang bijak tahu mereka hanya perlu mendapatkan Ayam Brand™ untuk nutrisi penting yang juga menyediakan kepelbagaian dan nilai terbaik bagi setiap tin pada setiap masa - sama ada waktu sarapan, makan tengah hari, makan malam mahupun snek


Ayam Brand™ telah menyediakan satu siri resipi masakan di rumah yang menggunakan Sardin dalam Sos Tomato dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ bersama rangkaian produk Ayam Brand™ lain yang mudah disediakan oleh semua individu, khasnya kaum ibu yang bijak. Kini, mereka tidak perlu ‘berperang di dapur’ tetapi paling penting, mampu memberikan hasil maksimum dari segi rasa dan manfaat kesihatan bagi diri dan insan tersayang

Di bawah adalah beberapa cara bagaimana anda boleh memberikan Omega-3, protein dan kalsium yang diperlukan pada kadar segera dan tanpa perlu berbelanja lebih, seiring dengan Nilai dalam Setiap Tin Ayam Brand™


Sarapan – Sandwic Sardin Klasik Ayam Brand™
Sandwich Sardin Klasik Ayam Brand™ merupakan satu hidangan kemestian ketika berkelah, dalam perhimpuan keluarga, minum petang mahupun sarapan


Kosongkan setin Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™, asingkan sebahagian daripada sos tomato yang ada. Lecek sardin bersama bawang Holland yang dipotong dadu kecil, cili hijau yang dihiris halus, satu susu besar jus limau atau lemon dan sedikit daripada sos tomato yang diasingkan sebelum ini. Sapukan inti savuri ikan sardin tersebut di atas roti yang telah disapu mentega dan kepitkan sekeping lagi roti yang bermentega di atasnya. Jika anda ingin menambahkan rasa serta pengambilan serat, tambah kepingan nipis timun pada bahagian inti sandwic tersebut

Hasil: 8 sandwic yang padat dengan inti Masa penyediaan: 10 minutes Tempoh memasak: 0 minutes

Makan Tengah hari atau Malam: Masak Lemak Cili Padi Mackerel Ayam Brand™
Sekiranya anda memerlukan hidangan segera yang sihat dan enak serta digemari pasangan dan anak-anak, manfaatkan resipi Masak Lemak Cili Padi Mackerel ini


Sediakan nasi terlebih dahulu, sama ada ditanak atas dapur atau dimasak menggunakan periuk nasi. Himpunkan ramuan yang terdiri daripada satu tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™, satu pek pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™, pek Santan Ayam Brand™ dan sebiji tomato yang dipotong empat

Masukkan pes Masak Lemak Cili Padi Ayam Brand™ dalam sebuah pan, kacau sehingga naik bau. Ia biasanya mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minit. Tambah satu atau dua cawan air mengikut kepekatan kuah yang anda gemari dan kacau sehingga sebati. Masak hingga mendidih. Tuangkan keseluruhan pek 200ml Santan Ayam Brand™ dan biarkan kuah mendidih sambil dikacau. Kemudian, tambahkan satu tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ termasuk sos tomato enaknya. Perlahankan api dan biarkan ia mereneh. Tambah tomato yang telah dipotong dan kacau. Kini hidangan anda telah tersedia untuk dimakan bersama nasi

Saiz hidangan: 4 hingga 6 orang Masa penyediaan: 5 minit Tempoh memasak: 15 minit

Snek bersama Cucur Sardin Rangup
Cucur sardin rangup ini adalah satu sajian sempurna pada hari hujan atau hujung minggu apabila semua orang berada di rumah dan terasa lapar


Kosongkan satu tin besar Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dalam sebuah mangkuk besar dan lenyekkan ia sehingga menjadi pes yang halus. Pecah tiga biji telur dan gaul sekata. Campur setengah sudu besar garam dan lada hitam secukup rasa ke dalam campuran tadi. Kemudian, kaup setengah cawan tepung jagung dan setengah cawan tepung gandum serta satu cawan air. Gaul sehingga campuran sebati. Panaskan minyak dalam sebuah kuali cetek. Masukkan beberapa longgok campuran sardin ke dalam minyak yang panas. Goreng sehingga cucur berwarna keemasan

Saiz hidangan: 4 hingga 6 orang Masa penyediaan: 10 minit Tempoh masakan : 15 minit
Cubalah rangkaian ikan dalam tin Ayam Brand™ untuk menambah nilai setiap sajian dan memenuhi keperluan dua hidangan ikan setiap hari dengan mudah. Terokai keenakan Tuna Cili, Tuna dalam Minyak Zaitun dan Tuna dalam Air Ayam Brand™ untuk sumber terbaik protein yang bersesuaian dengan kehidupan dan gaya hidup anda

Untuk menambah Nilai dalam Setiap Tin Ayam Brand™ terhadap sajian Ayam Brand™ anda, sertai peraduan Beli & Menang Ayam Brand™ yang berlangsung sekarang sehingga 30 Jun 2024. Anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan termasuk emas seberat 10g atau 29g, Philips Airfryer (5000 Series XL) baharu atau kredit e-dompet Touch n’ Go bernilai RM100

Anda hanya perlu membeli mana-mana produk Ayam Brand™, Duchef atau Yumeat berjumlah RM20 dan memgambil gambar resit pembelian dengan jelas sebelum dihantar menerusi aplikasi WhatsApp ke talian +6018-3119980. Anda dibenarkan menggabungkan rangkaian produk di bawah Ayam Brand™ bagi menyertai peraduan ini. Patuhi arahan yang diberikan untuk berkongsi nama penuh dan nombor IC bagi melayakkan anda memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan. Layari laman www.ayambrand.com.my/jombelidanmenang2024 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Produk-produk Ayam brand boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™ juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada






[1] https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/omega-3/

[2] https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/omega-3/

[3] https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15812120/
[4]https://www.myfoodresearch.com/uploads/8/4/8/5/84855864/_38__fr-2021-050_muhammad_ezzudin_2.pdf

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/06/nikmati-nilai-setin-bagi-seisi-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Mengutuk Sambil Beli Telur Ayam Di 33 0

Pakej Mengutuk Sambil Beli Telur Ayam Di 33 0

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 65 hits
Arina RianaUn ni bukan gambar edit ya ni berita tv Tau Kat trengganu ni Un Habis telur kena borong ya Un sebab nya mereka bersyukur telur trun harga bukan macam Un sebijik telur rebus potong 18 jangan koyak ya Un
Nasi Goreng Kampung Add On Ayam

Nasi Goreng Kampung Add On Ayam

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 82 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah hari ni food court dah buka kembali so SA x perlu nak pi jenjalan jauh waktu lunch korang nak tau tak disebabkan SA ni asyik makan dan mengunyah je kat work station ramai buat spekulasi kata SA ni berbadan dua ...
Resepi Sup Ayam Mudah Dan Sedap

Resepi Sup Ayam Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 79 hits
Hai korang Lama tak share resepi disini kan Banyak ja aku masak tapi tak berkesempatan nak share plus of course malas haha Petang tadi aku ke supermarket beli barang dapur dan alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan gituw...
Lubuk Ayam Afrika Kembali Aktif Walau Baru Diserbu

Lubuk Ayam Afrika Kembali Aktif Walau Baru Diserbu

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 84 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myWANITA warga asing yang ditahan dalam Ops Kutip di Jalan Changkat di sini baru baru ini FOTO Ihsan JIM KLKuala Lumpur Lubuk ayam warga Afrika menjual diri di sekitar Jalan Changkat dan sek...
Rendang Ayam Aidil Adha Yang Sedap

Rendang Ayam Aidil Adha Yang Sedap

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 117 hits
Assalamualaikum semua Apa khabar Sebelum itu jangan lupa untuk klik follow blog saya dan juga klik iklan yang keluar di bahagian atas blog saya ini Walaupun kita tidak menunaikan fardhu Haji tahun ini saya percaya kita semua di sini mengiku...
Masakan Pakistan Resipi Ayam Karahi Ala Ayam Masak Merah

Masakan Pakistan Resipi Ayam Karahi Ala Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 124 hits
Dah lama umi nak masak ayam karahi ni tapi asyik tertangguh sebab kekadang tu tak ada daun ketumbar cari garam masala tak jumpa walhal ada jer elok dalam bekas kat dalam almari Akhirnya 2 minggu sudah terlaksana hasrat untuk masak untuk kel...
Rasa Seperti Isi Ayam Tak Hanyir

Rasa Seperti Isi Ayam Tak Hanyir

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 97 hits
hmetro com myIkan bandaraya yang akan diproses untuk menghasilkan makanan ikan di kolam ternakan ikan talapia di Kampung Tebing Tinggi FOTO AZRUL EDHAMKuala Pilah Tidak ramai mahu menjadikan ikan bandaraya sebagai juadah kerana bentuk fizik...
Siasat Licik Bandar Narkoba Selundupkan Sabu Dan Ribuan Ekstasi Bareng Ayam Jago

Siasat Licik Bandar Narkoba Selundupkan Sabu Dan Ribuan Ekstasi Bareng Ayam Jago

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 57 hits
Untuk mengelabui petugas pengirim menyimpan sabu dan ekstasi di bawah kandang ayam
Laws On Caning Make Ratifying Un Convention Hard Says Saifuddin

Unseen Power Of The Administrative State

Ada Apa Sebenarnya Dengan Ikhlas

Anthony Loke Nahas Di Genting Highlands Bas Persiaran Tamat Tempoh Permit Dan Lebihi Had Usia

Seludup Dadah Dari Luar Negara Guna Kurier

Bitcoin Bull Market Is Over

Anwar Lebih Untung Dari Sunak Dan Biden

Malaysia Perlu Anjakan Sektor Pelancongan Kata Pm



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Gkb Eurycozin Pilihan Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki

Kopi Rm3 Tepi 7 Eleven Samila Beach Songkhla

Susu Getah Masuk Sawah

Wan Fayhsal Pertahan Kenyataan Berkait Peruntukan

Day 11 Chow To Set Up Sg Bakap Forum If Joohari Wins

Best Dividend Stock Malaysia 2024 Highest Yield