Rasa Seperti Isi Ayam Tak Hanyir


hmetro.com.my
Ahmad Hasbi
[email protected]
Ikan bandaraya yang akan diproses untuk menghasilkan makanan ikan di kolam ternakan ikan talapia di Kampung Tebing Tinggi. FOTO AZRUL EDHAM
Kuala Pilah: Tidak ramai mahu menjadikan ikan bandaraya sebagai juadah kerana bentuk fizikal dan cara pemakanannya, namun ada individu yang bijak mengambil faedah daripada haiwan akuatik ini.

Ahli Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya (KPIB), Ahmad Nawawi Husin, 31, berkata, isi ikan bandaraya boleh dijadikan makanan haiwan ternakan dan peliharaan.

"Seperti yang dilakukan penternak ikan di Kuala Pilah, Heidi Shafiq yang mencipta sendiri ramuan serta makanan ikan tilapia untuk kolamnya yang mana dia dapat menjimatkan kos makanan.

"Isi ikan bandaraya ini juga boleh dijadikan makanan haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing, cuma pihak yang mempunyai kepakaran perlu mencari bahan dan kandungan yang sesuai supaya ia tidak menjejaskan kesihatan dan pembesaran haiwan," katanya di sini, kelmarin.

Menurutnya, telur ikan bandaraya boleh dijadikan umpan untuk memancing dan harganya boleh mencecah RM60 sekilogram.

"Malah, hasil kajian juga mendapati kandungan merkuri ikan bandaraya lebih rendah berbanding ikan yang biasa kita makan seperti gelama, selar kuning dan siakap. Ia selamat dimakan.

"Namun, buat masa sekarang tiada lagi yang menjadikan ikan bandaraya ini sebagai makanan secara komersial atau besar-besaran.

"Ada dalam kalangan ahli komuniti cuba memasak beberapa resipi menggunakan ikan bandaraya antaranya masak lemak cili api, buttermilk, malah terbaharu ada yang buat sate.

"Rasanya enak seperti isi ayam dan tidak hanyir langsung namun ia bergantung kepada penerimaan serta selera masing-masing," katanya.

Menurutnya, tujuan penubuhan KPIB adalah untuk menghapuskan ikan bandaraya daripada ekosistem sungai tempatan dan sehingga kini ahlinya sudah mencecah lebih 2,000 orang.

"Kebiasaannya ikan ini dilupuskan, namun jika ia memberi faedah atau manfaat kepada orang lain, perkara ini patut dilakukan. Bagaimanapun, kami juga bimbang sekiranya ada yang salah guna.

"Maksudnya, apabila ikan ini ada kegunaannya, ada yang bela dan menjadikannya sebagai pendapatan. Spesies ini senang membiak dan dibimbangi akan menimbulkan masalah lebih serius," katanya.
Disiarkan pada: Jun 13, 2024 @ 7:10am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/06/rasa-seperti-isi-ayam-tak-hanyir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seperti Api Yang Membara Sebab Utama Jadi Pelakon Kang Hoon Luah Rasa Cinta Buat Taeyeon Snsd

Seperti Api Yang Membara Sebab Utama Jadi Pelakon Kang Hoon Luah Rasa Cinta Buat Taeyeon Snsd

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 333 hits
Kang Hoon ini telah meluahkan perasaannya terhadap Tae yeon GIRLS GENERATION Artikel Berkaitan Kemunculan Kang Hoon sebagai tetamu di Radio Star telah tular di media sosial Di mana dalam rancangan itu dia telah berkongsi sebab utama dia men...
Lagi Isi Bensin Mobil Disopiri Wanita Malah Tancap Gas Hingga Mesin Di Spbu Roboh Dan Terbakar

Lagi Isi Bensin Mobil Disopiri Wanita Malah Tancap Gas Hingga Mesin Di Spbu Roboh Dan Terbakar

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 216 hits
Tidak ada korban jiwa dalam kejadian itu Hanya saja sempat membuat orang yang di lokasi panik berlarian
Pakej Mengutuk Sambil Beli Telur Ayam Di 33 0

Pakej Mengutuk Sambil Beli Telur Ayam Di 33 0

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 202 hits
Arina RianaUn ni bukan gambar edit ya ni berita tv Tau Kat trengganu ni Un Habis telur kena borong ya Un sebab nya mereka bersyukur telur trun harga bukan macam Un sebijik telur rebus potong 18 jangan koyak ya Un
Masakan Pakistan Resipi Ayam Karahi Ala Ayam Masak Merah

Masakan Pakistan Resipi Ayam Karahi Ala Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 534 hits
Dah lama umi nak masak ayam karahi ni tapi asyik tertangguh sebab kekadang tu tak ada daun ketumbar cari garam masala tak jumpa walhal ada jer elok dalam bekas kat dalam almari Akhirnya 2 minggu sudah terlaksana hasrat untuk masak untuk kel...
Nasi Goreng Kampung Add On Ayam

Nasi Goreng Kampung Add On Ayam

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 268 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah hari ni food court dah buka kembali so SA x perlu nak pi jenjalan jauh waktu lunch korang nak tau tak disebabkan SA ni asyik makan dan mengunyah je kat work station ramai buat spekulasi kata SA ni berbadan dua ...
Lambat Isi Lambat Dapat Kad

Lambat Isi Lambat Dapat Kad

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 216 hits
Mohd Fadli Faddy Isi lambat lambat dapat kad Ni baru sampai pulok hok Ambo Kad subsidi utk Caltex pulok Sebab tu orang niaga kena alert molek bare lagu ni
Selepas Dihina Anak Fila Amir Tak Dibenarkan Dibawa Pulang Kampung Suami Di Afrika Takut Keluarga Tu Tak Baik

Rare Tribute From Perlis Mufti We Criticise Chinese Schools But What S The Quality Of Tahfiz School Kids

Hari Lahir Sarah Dan Ucid 11 Tahun

Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Ucapan Hari Lahir Ayah Mertua Yang Ke 66

Sembang Pengalaman Di Jalan Kimanis Menuju Ke Kota Kinabalu Sabah

Funding Woes Threaten Kelantan Participation In Malaysian Deaf Games


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Polis Evo 10 Tahun Dari Pawagam Ke Hati Penonton

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Restoran Anak Mami Restoran Mamak Yang Menarik Hati Etuza

Fattah Amin Amira Othman Sah Bergelar Suami Isteri

Irresistible Cosori Dehydrator Beef Jerky Recipe Dehydrator

Maklumat Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendaftar Untuk Menderma Darah