Rendang Ayam Aidil Adha Yang Sedap




Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sebelum itu, jangan lupa untuk klik follow blog saya dan juga klik iklan yang keluar di bahagian atas blog saya ini. 
Walaupun kita tidak menunaikan fardhu Haji tahun ini, saya percaya kita semua di sini mengikuti aktiviti dan pergerakan jemaah Haji di Tanah Suci setiap hari melalui socia media. Lebih lebih lagi keadaan agak kelam kabut dengan keputusan kerajaan Saudi yang mengenakan pelbagai peraturan tambahan bagi menangani masalah jemaah Haji yang masuk menggunakan visa pelancung. Jemaah yang ingin solat di dalam masjid juga terpaksa melalui polis yang membawa scanner untuk scan kad nusuk jemaah. 
Ramai lah netizen membuat pelbagai komen menuduh syarikat pengendali telah menipu jemaah. Jemaah yang masuk menggunakan visa pelancung terpaksa berhati hati takut ditahan oleh pihak berkuasa. Ramai yang dikatakan ditahan dan dihantar balik. Yang mana berhati kecil, akan berada dalam ketakutan kerana dikatakan pihak polis juga membuat serbuan di hotel dan bilik penginapan.  
Tapi saya tak tahu kalau ada jemaah Malaysia yang dihantar balik atau gagal menunaikan ibadah Haji. Jemaah akan diuruskan untuk mendapat tasreh dan nusuk untuk membolehkan mereka berwukuf di Arafah dan seterusnya bergerak ke Mudzalifah dan Mina. Aturan ini telah dimasukkan ke dalam pakej cuma kelulusan mungkin memakan masa. Bukan lah sampai jer di Jeddah, tasreh dan nusuk telah tersedia. 
Alhamdulillah semua jemaah Haji termasuk anak saudara saya Haji Ruzman dan Hajah Wahidah telah pun selesai mengerjakan semua Rukun dan wajib Haji dan telah bergelar seorang Haji atau Hajjah. Tidak lupa juga besan dan sahabat kami yang menunaikan Haji kali kedua iaitu Dato Setia Salehuddin Saidin, Datuk Mohd Khairi Malik, Dato Wan Nazari Yusoff dan Dr Abdol Aziz Sahat berserta pasangan masing masing. Juga sahabat umrah Ramadhan saya Puan Roslina dan Puan Mardiana yang juga mengerjakan Haji kali kedua. Alhamdulillah syukur. 
Masih ingat sewaktu saya mengerjakan Haji pada Disember 2006 - Januari 2007 dan setelah selesai semua ibadah Haji, ustaz dan ustazah yang membimbing kami berpesan “jaga haji supaya tidak gugur.” Secara jujur ketika itu, saya tak faham apa yang dimaksudkan kerana mereka tidak “elaborate”.  Dan saya juga tidak pula mengambil kisah untuk bertanya. Orang muda macam tu lah. 
Jadi akibatnya ada lah juga perkara perkara yang telah saya lakukan yang sepatutnya boleh dielakkan. Sungguh saya terkilan kerana tidak mengambil berat pesanan tersebut. 
Pahala Haji adalah umpama puasa yang mana kita akan mendapat 100 markah. Bila kita melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya markah akan ditolak dan begitu lah seterusnya. Jadi inilah yang kita kena jaga supaya markah tetap kekal sehingga ke akhirnya. 
Haji yang mabrur, tiada balasannya melainkan syurga. Mabrur atau tidak Haji seseorang boleh dilihat dari perubahan sikap dan akhlak seseorang. Ada yang boleh dinampak terus dan ada yang boleh dilihat kemudian. 
Hubungan sesama manusia lebih baik seperti banyak memberi salam, banyak belanja makan. Ibadah juga lebih baik dengan banyak melakukan ibadah sunat juga, banyak menghadiri majlis ilmu dsb. Apa pun, kita doakan semoga semua jemaah Haji yang mengerjakan Haji baru baru ini dikurniakan Haji yang mabrur. Aamiin. 

Tahun ini mencatat sejarah kerana kali pertama rendang saya basi di pagi raya. Saya memasak awal kerana mahu mengambil gambar untuk blog. Semasa berbuka puasa, saya sempat lah makan seketul. Dalam hati berkata Masya Allah sedap nya sambil mencicah dengan lemang. Oleh kerana dah berjanji dengan anak anak untuk makan malam di luar, saya makan sedikit itu sahaja. 
Selepas balik, kami terus masukkan rendang ke dalam 2 bekas untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tapi malang sekali kerana masing masing terlupa untuk memasukkan ke dalam peti ais sehingga ke pagi esoknya. 
Selepas balik beraya di rumah besan di Shah Alam, Nelly dan Juita pergi ke NSK untuk membeli ayam. Manakala saya terus balik ke rumah menyiapkan bahan bahan. Hubby pula tolong menyiang dan mencuci ayam. Ayam siap dicuci, dah sedia untuk dimasukkan ke dalam kuali. Bila sama sama membantu, kerja menjadi lebih ringan. 
Alhamdulillah sedap rendang ayam yang saya masak sedikit basah kali ini. Sesuai dengan apa yang saya inginkan. Rendang yang basah basah seperti ini biasa kita jumpai kalau beli nasi lemak dengan lauk rendang ayam. Kalau yang jenis kering, sedap dimakan dengan lemang dan pulut kuning. Puashati walaupun terpaksa memasak di hari raya kerana kejadiannya cantik, sedap dan cepat jer rendang habis. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Rendang Ayam Aidil AdhaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 ekor ayam - potong kecil1 kotak kecil santan kotak - guna 300 santan + 200 ml air4-5 sudu besar cili kering kisar4 helai daun limau purut - jika suka2 helai daun kunyit - hiris4 sudu besar kerisik10 ibu jari gula melaka - 1 keping1 sudu besar garam kasar2-3 keping asam kepingMinyak masak
Bahan kisar:2 biji bawang besar - saiz besar6 biji bawang merah - saiz besar6 ulas bawang putih4 ibu jari kunyit hidup - 2 sudu besar kunyit kisar3 inci lengkuas6-7 ibu jari halia - 4 inci halia4 batang serai3-4 biji buah keras
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga terbit minyak. 

Setelah terbit minyak, masukkan daun limau purut.

Masukkan ayam dan kacau rata. Masak sampai air ayam tu kering dan terbit minyak. Nota: Jangan letak air kerana ayam akan keluar air sendiri.

Masukkan asam keping, kerisik, gula Melaka dan garam.

Masukkan santan. Masak sehingga terbit minyak dan kering yang disukai. 

Sebelum tutup api, taburkan hirisan daun kunyit. Kacau rata.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/06/rendang-ayam-aidil-adha-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat Memang Sedap

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat Memang Sedap

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 175 hits
Ayam Masak Kicap Pedas Pekat ni memang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya Ramai yang menggemari menu Ayam Masak Kicap ni malah jika google di internet ada macam macam versi Ada yang kuah cair dan manis ada yang berempah pedas dan mac...
Resepi Sup Ayam Mudah Dan Sedap

Resepi Sup Ayam Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 221 hits
Hai korang Lama tak share resepi disini kan Banyak ja aku masak tapi tak berkesempatan nak share plus of course malas haha Petang tadi aku ke supermarket beli barang dapur dan alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan gituw...
Aidil Adha

Aidil Adha

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 150 hits
AIDIL ADHA 1445HSalam sejahtera semua Semuga semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt Jujurnya semenjak kejadian 7 Oktober dulu Kak Ita merasakan tiada lagi kegembiraan seperti dulu dulu Kegembiraan yang hadir sekarang seolah olah t...
Salam Aidil Adha 1445 Hijriah

Salam Aidil Adha 1445 Hijriah

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 181 hits
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang terbaca entry Mama Yan pada hari ni Kali ni MY dan keluarga menyambutnya di Segamat Johor Tahun ni tiada aktiviti korban dilakukan Insya Allah mungkin tahun hadapan pula Kalau ikut ja...
Buat Satay Ayam Dan Daging Cukup Rempah Ratus Barulah Sedap

Buat Satay Ayam Dan Daging Cukup Rempah Ratus Barulah Sedap

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 253 hits
Bila dihidangkan menu satay pastinya tak cukup satu cucuk Paling tidak pun 10 cucuk seorang Perapan satay sama ada daging mahupun ayam pastikan cukup ramuannya Barulah sedap rasanya Rempah ratus yang diperap inilah menaikkan aroma rasa pada...
Cara Buat Serawa Kuinin Makan Sejuk Sejuk Sedap Sungguh

Cara Buat Serawa Kuinin Makan Sejuk Sejuk Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 310 hits
Biasa makan serawa durian tapi bagaimana pula serawai kuinin Kalau tak pernah menikmati serawa kuinin apa kata cuba buat sementara musim buah ini Serawa kuinin ini tak perlu dimasak dan paling sedap dimakan selepas disejukkan Cara buat sera...
Resipi Beef Steak Cukup Ramuan Gerenti Sedap

Resipi Beef Steak Cukup Ramuan Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 159 hits
Sesekali nikmati menu western yang sedap puas hati rasanya Ada majlis istimewa bolehlah jamu tetamu dengan menu sebegini Beef steak ini enak dimakan bersama kentang putar dan sos black pepper Jom kita buat sendiri BEEF STEAK Bahan daging Da...
Resipi Daging Bakar Sos Pencicah Sedap Ala Thai

Resipi Daging Bakar Sos Pencicah Sedap Ala Thai

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 210 hits
Jom masak Daging Bakar ala Thai dan sos pencicah yang sangat sedap ni Menurut empunya resipi saudari Dani J Tang menerusi carian di google bahagian daging yang paling sedap dimasak begini adalah daging berlemak di bahagian celah paha lembu ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus