Niat Mandi Sunat Aidilfitri Tatacara Ringkas


Antara mandi sunat yang biasa diamalkan oleh Rasulullah ialah mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya. Berdasarkan hadis riwayat al-Baihaqi :
Ali bin Abi Thalib pernah ditanya mengenai mandi. “Adakah diharuskan mandi setiap hari?” Beliau menjawab: “Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”
– Hadis Riwayat al-Baihaqi NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI Lafaz Niatnya:
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

TEMPOH WAKTU Tempoh waktu mandi sunat hari raya ialah bermula dari pertengahan malam dan disunatkan untuk dilewatkan sehingga hampir solat Hari Raya.
Antara lain-lain perkara sunat hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut :
Mandi Sunat Hari Raya Pakai pakaian yang terbaik Makan sedikit sebelum keluar ke masjid Menunaikan solat sunat Aidilfitri Mendengar khutbah raya Pergi balik masjid melalui jalan berbeza Mengucapkan ucapan hari raya SYAWAL SEBUAH KESYUKURAN DAN KEBAHAGIAAN , 10 SUNNAH YANG BOLEH DILAKUKAN DI PAGI RAYA
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
SubhanAllah Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana kita telah berjaya menempuh madrasah Ramadan yang terkumpul di dalamnya rahmat, keampunan, dan ganjaran yang sangat besar.
Kini, menjelang pula Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hadiah daripada Allah SWT buat umat Islam setelah bersungguh-sungguh melakukan ibadah dalam bulan Ramadan.
Sahabat, zahirkanlah rasa kesyukuran dan kegembiraan kita kali ini dengan mencontohi teladan Rasulullah SAW ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Antara sunnah-sunnah yang boleh kita amalkan adalah:
MEMPERBANYAKKAN TAKBIR Antara syiar yang disunatkan bagi kita untuk melaksanakannya ketika Hari Raya Aidilfitri adalah memperbanyakkan bertakbir.
Firman Allah SWT:
وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Maksudnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah:185)
WAKTU UNTUK BERTAKBIR
Waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri bermula daripada terbenamnya matahari malam raya (waktu maghrib 1 Syawal) sehingga takbiratul ihram solat sunat Aidilfitri.
LAFAZ TAKBIR
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Maksudnya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya dan memuliakan tentera-Nya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.”
MANDI SUNAT HARI RAYA Digalakkan untuk mandi sunat pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sama ada menghadiri solat sunat raya ataupun tidak. Dalilnya diambil berdasarkan amalan para sahabat:
عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya: “Daripada Nafi’ bahawa Abdullah bin Umar r.a. mandi pada Hari Raya Aidilfitri sebelum pergi ke tempat solat.”
(HR Muwatta’, Isnad Sahih)
MEMAKAI PAKAIAN YANG TERBAIK Imam Syafie menjelaskan dalam kitab al-Umm:
Maksudnya: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”
Ibnu Umar juga pernah memakai pakaian yang terbaik pada dua hari raya.
MAKAN SEBELUM SOLAT SUNAT HARI RAYA Daripada Anas bin Malik r.a. beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ
Maksudnya: “Pada Hari Raya Aidilfitri Rasulullah SAW tidak berangkat untuk melaksanakan solat hingga beliau makan beberapa butir kurma.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan untuk makan sebelum melaksanakan solat sunat raya. Hal ini bagi mengelakkan segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada 1 Syawal.
MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI Daripada Abu Sa’id Al Khudri r.a., ia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلَاةُ
Maksudnya: “Pada Aidilfitri dan Aidiladha Rasulullah SAW keluar menuju tempat solat (lapangan), dan pertama kali yang beliau kerjakan adalah solat hingga selesai.”
(HR Bukhari, hadis sahih])
MENGGUNAKAN JALAN YANG BERLAINAN KETIKA PERGI DAN PULANG DARI MASJID Daripada Jabir bin ‘Abdullah r.a., ia berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya: “Ketika hari raya, Rasulullah SAW mengambil jalan yang berbeza (antara pergi dan kembali ke tempat solat).”
(HR Bukhari, hadis sahih)
SALING MENDOAKAN Ucapan doa:
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك
Maksudnya: “Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadah Ramadhan) kami dan kamu.”
Daripada Jubair bin Nufair r.a. Katanya:
كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك
Maksudnya: “Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).”
(Rujukan: Kitab Fathul Bari, sanad hasan)
BERGEMBIRA Daripada Anas r.a., ia berkata:
قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ قَالُوا كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, sedangkan penduduknya memiliki dua hari khusus untuk permainan, maka beliau bersabda, “Apakah maksud dari dua hari ini?” mereka menjawab, “Kami biasa mengadakan permainan pada dua hari tersebut semasa masih jahiliah.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari kedua hari tersebut, iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.”
(HR Abu Daud, Isnad Sahih]
As-Son‘ani menjelaskan bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan ketika dua hari raya adalah disunatkan dan ia adalah syariat Allah kepada hamba-Nya.
MENGERATKAN SILATURAHIM Daripada Anas bin Malik r.a., ia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: “Siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya, hendaklah dia menyambung silaturahim.”
(HR Bukhari, Sahih)
PUASA ENAM Daripada Abu Ayub al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian meneruskan dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(HR Muslim, Sahih)
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Mari bersama hiasi Aidilfitri kita dengan mengikuti sunnah-sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh Muslimin dan Muslimat.
Semoga Allah memberikan kekuatan buat kita untuk terus istiqamah dalam meneruskan amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan.
تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
Sebagai penutup, suka untuk saya berkongsi petikan nasihat Ibnu Rejab al-Hanbali untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.
لَيْسَ الْعِيدُ لِمَنْ لَبِسَ الْجَدِيدِ *** إِنَّمَا الْعِيدُ لِمَنْ طَاعَاتِهُ تَزِيدُ
Maksudnya: “Bukanlah hari raya itu bagi orang yang memakai baju baru, *** Tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya.”
لَيْسَ الْعِيدُ لِمَنْ تَجَمَّل بِاللِّبَاسِ وَالرُّكُوبِ *** إِنَّمَا الْعِيدُ لِمَنْ غَفَرَتْ لَهُ الذُّنُوبُ
Maksudnya: “Bukanlah hari raya itu bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya, *** Tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahannya.”
Rujukan:
Sahih Bukhari, Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Sahih Muslim, Imam Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi. Sunan Abi Daud, Imam Abi Daud Sulaiman bin al-Ash’ath as-Sijistani. Fathul Bari bi Syarh Sahih Bukhari, Imam Ahmad bin Ali bin Hajar al-‘Asqalani. Fiqh Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam as-Syafie, Dr. Mustafa Bugha. Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
SUMBER: USTAZAH ASMA’ BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/mandi-sunat-hari-raya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mandi-sunat-hari-raya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Ulang Solat Sunat Aidilfitri Jika Terlupa Takbir

Tak Perlu Ulang Solat Sunat Aidilfitri Jika Terlupa Takbir

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 763 hits
SHAH ALAM Solat sunat Aidilfitri tidak perlu diulangi sekiranya terlupa takbir kerana ia bukan menjadi satu rukun dalam ibadah berkenaan Menurut Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman takbir bukanlah rukun wajib seperti takbiratul ihram...
Jakim Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah Sendirian

Jakim Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah Sendirian

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 736 hits
PANDUAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI JAKIM Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali ...
Sholat Idul Fitri Niat Tata Cara Bacaan Mandi Dan Sunnah Lain

Sholat Idul Fitri Niat Tata Cara Bacaan Mandi Dan Sunnah Lain

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 425 hits
Sholat idul fitri adalah amal khusus yang hanya setahun sekali di tanggal 1 Syawal Meskipun sunnah ia memiliki keistimewaan yang luar biasa Bagaimana niat sholat idul fitri tata cara sholatnya serta bacaan sholat ini Selain mandi apa saja s...
Imam Terlupa Takbir Rakaat Kedua Solat Sunat Aidilfitri Diulang Kali Kedua

Imam Terlupa Takbir Rakaat Kedua Solat Sunat Aidilfitri Diulang Kali Kedua

papar berkaitan - pada 23/4/2023 - jumlah : 180 hits
HARIS FADILAH AHMADJemaah melakukan solat sunat Aidilfitri kali kedua berikutan imam terlupa takbir rakaat kedua di sebuah masjid bandar Jerantut hari ini JERANTUT Gara gara seorang imam terlupa takbir pada rakaat kedua solat sunat Aidilfit...
Toll Free Travel On 33 Highways For Aidilfitri

Toll Free Travel On 33 Highways For Aidilfitri

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 320 hits
Malaysians will get to enjoy toll free travel on all highways nationwide for a total of four days from April 19 to 21 and again on April 24 in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri festivities the prime minister has announced Anwar Ibra...
Wear Face Masks When Visiting Relatives For Aidilfitri Advises Zaliha

Wear Face Masks When Visiting Relatives For Aidilfitri Advises Zaliha

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 359 hits
Dr Zaliha Mustafa said the number of deaths due to Covid 19 was still low mostly involving the elderly and individuals with comorbidities KUALA LUMPUR There is no need to panic as the number of Covid 19 cases in the country is still under c...
Takbir Hari Raya Aidilfitri Lafaz Maksud Panduan

Takbir Hari Raya Aidilfitri Lafaz Maksud Panduan

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 486 hits
Takbir Raya merupakan cara untuk kita mengagungkan dan membesarkan Allah SWT sebagai tanda kesyukuran kepadanya setelah berjaya menunaikan ibadah berpuasa sebulan lamanya dalam bulan Ramadan Pengenalan Takbir Hari Raya Aidilfitri Sambutan h...
Perdana Menteri Umumkan Tol Rahmah Percuma Empat Hari Sempena Aidilfitri

Perdana Menteri Umumkan Tol Rahmah Percuma Empat Hari Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 652 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bayaran Tol Rahmah percuma selama empat hari bermula Rabu Anwar berkata Tol Rahmah percuma tersebut itu dinikmati pada Rabu Khamis Jumaat dan Isnin ini Menurutnya inisiatif itu ...
4 Berita Gembira Untuk Rakyat Sempena Aidilfitri 2023 Pmx

4 Berita Gembira Untuk Rakyat Sempena Aidilfitri 2023 Pmx

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 766 hits
Pengumuman Berita Gembira Untuk Rakyat Sempena Aidilfitri 2023 PMX KUALA LUMPUR Tumpuan hari ini tentunya tertumpu kepada sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 2 petang ini yang dijangka membabitkan pengumuman beberapa b...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023