Jakim Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah Sendirian


PANDUAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI – JAKIM
Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.
Hukum Menurut Mufti WP, solat hari raya ialah sunat muakkad.
Ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat.
Begitu juga para sahabat Baginda terus melakukannya selepas itu.
Berdasarkan hadis daripada Abi Sa’id al-Khudri yang terdahulu, solat hari raya disyariatkan secara berjemaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang merdeka atau hamba kecuali perempuan yang menghiasi diri atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.
Imam Al-Nawawi berkata :
الْمَذْهَبُ وَالْمَنْصُوصُ فِي الْكُتُبِ الْجَدِيدَةِ كُلِّهَا، أَنَّ صَلَاةَ الْعِيدِ تُشْرَعُ لِلْمُنْفَرِدِ فِي بَيْتِهِ أَوْ غَيْرِهِ
Maksudnya : Pendapat mazhab seperti yang dinaskan di dalam kitab-kitab yang baharu kesemuanya menyatakan bahawa solat hari raya disyariatkan bagi seorang individu di rumahnya atau di tempat selainnya.
Rujuk Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (2/70)
Maka berdasarkan kenyataan di atas, antara faedah yang boleh diambil adalah dua perkara iaitu :
Dibolehkah bagi seseorang itu untuk melaksanakan solat hari raya secara seorang diri. Demikian juga dibolehkan untuk dilakukan solat hari raya itu di rumah atau di tempat-tempat yang lain. Waktu Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Waktu solat hari raya adalah antara tempoh terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari atau secara mudahnya jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat zohor.
Niat Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri & Tasbih Lafaz niat
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.
Lafaz Tasbih سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله 
Ertinya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar
Dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Sumber: JAKIM CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI – Panduan Oleh JAKIM Berikut dikongsikan panduan melakukan solat sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah atau berseorangan di masjid, surau atau di rumah.
Rakaat Pertama
1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَ
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.
2. Membaca doa iftitah
3. Lafaz takbir tujuh kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله 
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat kedua
1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar)
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله 
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
6. Memberi salam
PANDUAN VIDEO
Nak lebih mudah? Boleh rujuk video pelaksanaan solat sunat aidilfitri yang ditunjukkan oleh Ustaz Kazim di bawah:

Anda juga boleh merujuk infografik di bawah atau muat turun dan simpan di telefon bimbit anda untuk memudahkan rujukan:
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Baca juga: Doa Ketika Dapat Gaji, Agar Bertambah Rezeki – JAKIM
KHUTBAH RAYA AIDILFITRI Khutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Klik di sini untuk memuat turun Khutbah Aidilfitri 2023 oleh JAKIM : Teks Khutbah Aidilfitri Tajuk : Aidilfitri Lebih Bererti
TAKBIR RAYA AIDILFITRI Umat Islam digalakkan untuk bertakbir bagi hari raya puasa (Aidil Fitri) bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya sehinggalah ketika imam keluar untuk mendirikan solat hari raya.
Imam Al-Syafi’e berkata :
يُكَبِّرُ النَّاسُ فِي الْفِطْرِ حِينَ تَغِيبُ الشَّمْسُ لَيْلَةَ الْفِطْرِ فُرَادَى، وَجَمَاعَةً فِي كُلِّ حَالٍ حَتَّى يَخْرُجَ الْإِمَامُ لِصَلَاةِ الْعِيدِ ثُمَّ يَقْطَعُونَ التَّكْبِيرَ
Maksudnya : Orang ramai bertakbir pada hari raya puasa ketika hilangnya matahari pada malam raya secara bersendirian dan juga secara berjemaah dalam setiap keadaan sehinggalah imam keluar untuk mendirikan solat hari raya, kemudian mereka berhentikan takbir.
Rujuk Al-Umm, Al-Syafi’e (1/275)
Manakala sighah (bentuk) takbir hari raya pula adalah seperti yang diketahui umum iaitu seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi :
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَر
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعَدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (5/31)
Sumber: JAKIM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/solat-aidilfitri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=solat-aidilfitri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takbir Hari Raya Aidilfitri Lafaz Maksud Panduan

Takbir Hari Raya Aidilfitri Lafaz Maksud Panduan

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 618 hits
Takbir Raya merupakan cara untuk kita mengagungkan dan membesarkan Allah SWT sebagai tanda kesyukuran kepadanya setelah berjaya menunaikan ibadah berpuasa sebulan lamanya dalam bulan Ramadan Pengenalan Takbir Hari Raya Aidilfitri Sambutan h...
Hari Raya Aidilfitri Falls On Saturday

Hari Raya Aidilfitri Falls On Saturday

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 317 hits
Muslims in Malaysia will celebrate Hari Raya Aidilfitri on Saturday This means there will be an additional public holiday tomorrow More to follow Mkini
Imam Terlupa Takbir Rakaat Kedua Solat Sunat Aidilfitri Diulang Kali Kedua

Imam Terlupa Takbir Rakaat Kedua Solat Sunat Aidilfitri Diulang Kali Kedua

papar berkaitan - pada 23/4/2023 - jumlah : 215 hits
HARIS FADILAH AHMADJemaah melakukan solat sunat Aidilfitri kali kedua berikutan imam terlupa takbir rakaat kedua di sebuah masjid bandar Jerantut hari ini JERANTUT Gara gara seorang imam terlupa takbir pada rakaat kedua solat sunat Aidilfit...
Emas Koleksi 1 Gram Gold Bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444h Dah Dilancarkan

Emas Koleksi 1 Gram Gold Bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444h Dah Dilancarkan

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 508 hits
Alhamdulillah Akhirnya emas koleksi 1 gram gold bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H dah dilancarkan Kepada peminat dan pengumpul emas koleksi boleh dapatkan emas koleksi Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H ini secara atas talian mel...
Indonesian President Jokowi Urges Vaccinations For Travelers Over Hari Raya Aidilfitri Celebrations

Indonesian President Jokowi Urges Vaccinations For Travelers Over Hari Raya Aidilfitri Celebrations

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 269 hits
Some passengers who would go on mudik an Idul Fitri tradition where people go back to their hometown to celebrate the Islamic holy day with families and relatives carry their belonging to a bus in Pakupatan Bus Terminal in Serang Banten on ...
Cuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Cuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 394 hits
Pengumuman Cuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan kerajaan bersetuju memberi satu hari cuti pelepasan am tambahan sempena Aidilfitri Jika 1 Syawal jatuh pada Jumaat maka...
Panduan Teks Khutbah Aidilfitri 2023 Jakim

Panduan Teks Khutbah Aidilfitri 2023 Jakim

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 562 hits
Teks Khutbah Aidilfitri 2023 JAKIM Khutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut tu...
Masbuq Solat Hari Raya Apa Yang Perlu Dilakukan Ini Perinciannya

Masbuq Solat Hari Raya Apa Yang Perlu Dilakukan Ini Perinciannya

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 606 hits
Apa perlu buat kalau Masbuq Solat Hari Raya Umat Islam disyariatkan untuk melakukan solat sunat Aidilfitri apabila menjelangnya hari raya Apabila disebut tentang solat sunat aidilfitri pasti ada ritual ritual khusus yang perlu dilakukan Kit...
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya 2023

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya 2023

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 1022 hits
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya 2023 Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan Hari yang istimewa ini melambangkan akhir dari bulan Ramadan dan merup...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman