Ni Satu Lagi Dia Sahaja Yang Betul Dia Sahaja Yang Bersih Anak Beranak Dia Kaya Pun Kerana Rajin
Kalau keluar aje dari mulut Mahathir semua salah orang lain. Orang lain curi duit, orang lain tamak, orang lain rasuah, orang lain gila kuasa. Dia semuanya baik. Anak dia ada banyak harta keraja rajin Melayu semuanya malas.
Ini termasuk rakan pasukanya si Anwar Ibrahim. Tapi pelik kata apa pun dia kata kepada Anwar, macai PH boleh terima. Apa jenis bodoh entahlah. Kena tipu dua kali masih hulu kepala kali ketiga.. Ini memang jenis bodoh tak boleh berfikir.
Boleh baca di bawah bagaimana Mahathir merapu pasal orang lain yang kotor dan jijik yang dia dan kroniknya bersih walaupun 22 tahu riompak duit rakyat.
Kita kenal Mahathir tapi malang ada manusia di Malaysia akal singkat tak boleh berfikir secara waras kata-kata Mahathir ini. Kalau Mahathir kata kentutnya wangi pun mereka semua percaya, itu bodohnya penyokong PH. Memang nampak aneh tapiitu hakihat tasud bodoh pengikut PH.
Dr Mahathir Mohamad berkata hanya pemimpin yang berani menolak tawaran Muhyiddin Yassin, sanggup digugurkan dari parti "secara tidak sah" dan sanggup hilang peruntukan untuk kawasan masing-masing boleh menyelamatkan negara dan bangsa Melayu.
Kata bekas perdana menteri itu, hal sedemikian berlaku ketika penyokong Muhyiddin bergerak ke sana-sini untuk menawarkan jawatan dan wang bagi meraih sokongan buat kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dakwa ahli parlimen Langkawi itu, sesiapa yang menolak tawaran berkenaan akan diugut dan didera.
"Saya ucapkan syabas kepada mereka yang berani menolak tawaran Muhyiddin dan sanggup digugurkan dari parti (secara tidak sah) dan kehilangan pelbagai peruntukan untuk kawasan.
"Orang seperti ini sahaja yang boleh selamatkan negara dan orang Melayu," katanya melalui hantaran terbaru di blog beliau petang ini.
Sesetengah pemimpin lain dalam Bersatu pula, tambah beliau, melihat mereka berpeluang menjadi menteri, timbalan menteri atau mendapat jawatan lain jika PH dijatuhkan.
"Hari ini kita tahu untuk mendapat sokongan, Muhyiddin menawarkan jawatan kepada mereka yang lebih mengutamakan perolehan untuk diri sendiri berbanding perjuangan.
"Mereka ini sanggup lupa akan sebab mereka dipilih oleh rakyat. Mereka tidak pun berasa terhutang budi kepada rakyat. Yang mereka nampak ialah peluang dan upah daripada tawaran Muhyiddin.
"Untuk ini mereka sanggup bekerjasama dan mendukung kleptokrat yang kononnya mereka benci dahulu," katanya.
Dakwa Mahathir hampir semua anggota kerajaan Muhyiddin terdiri daripada pemimpin yang mengutamakan jawatan dan upah lumayan dan pada masa sama melupakan perjuangan untuk menghapuskan kleptokrat.
"Jika Melayu hendak dihancurkan, kerajaan keptokrat seperti inilah yang akan menghancur mereka. Betapa tidak. Kehendak rakyat mudah digugurkan dan kerajaan pemimpin mereka mudah memungkiri janji, utamakan kepentingan diri, mudah terpengaruh jawatan dan upah, yang kebanyakannya tidak mempunyai kelayakan selain dari menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
"Kerajaan seperti inilah yang akan merosakkan dan menghancurkan negara serta orang Melayu," katanya.
MR : ............
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/ni-satu-lagi-dia-sahaja-yang-betul-dia.html