Anak 3 Bulan Luka Di Muka Ibu Tak Sempat Elak Tertimpa Durian Gugur
Tidak disangka-sangka buah durian gugur, sudah dielak tetap tertimpa ibu dan bayi. Walau pun tiada kecederaan serius kepada si kecil, buah durian seberat kurang 1 kg itu telah mengakibatkan keadaan lebam pada dada ibu bayi berkenaan.
Menurut bapa bayi lelaki berkenaan, Megat Zarulfais Megat Kamaruddin, sebelum durian tersebut terkena pada wajah anaknya, ia terlebih dahulu tertimpa dada isterinya.
Kredit: akuanakpahang.blogspot.com
DURIAN TERLEBIH DAHULU MENIMPA DADA ISTERI BARU TERKENA ANAK
“Durian itu jatuh mengenai isteri saya terlebih dahulu, barulah melantun ke kepala anak.
“Kalau betul-betul jatuh atas kepala, mungkin anak saya lagi teruk daripada ini,” kata Megat Zarulfais
Menurut bapa berusia 26 tahun itu, kecederaan anak lelakinya, Megat Muhammad Kays Muhaddin yang berusia empat bulan tidak cedera teruk berbanding isterinya yang lebam pada dada akibat terkena duri raja buah seberat kurang satu kilogram di Felda Jengka 17, Jengka, petang kelmarin.
Gambar hiasan.
BAYI DIDUKUNG KERANA MENANGIS
Menceritakan kejadian itu, isterinya, Norfarahana Baharuddin sedang mendukung Megat Muhammad Kays sambil bersiar-siar di halaman rumah selepas anak bongsu daripada dua beradik itu menangis.
ISTERI SUDAH BERALIH TAPI…
Bapa ini juga menjelaskan bahawa isterinya sudah mendengar buah terjatuh dan beralih dari kawasan yang dianggarkan ia gugur. Bapa ini juga menjelaskan pokok berkenaan hanya terletak bersebelahan dengan rumah mereka.
“Masa dukung Megat Muhammad Kays, isteri terdengar buah terjatuh lalu melarikan diri. Biasanya durian kalau jatuh, buah ini menghempap dahan lain.
“Kebetulan dia terdengar, jadi dia segera lari takut terkena serpihan dahan atau buah.
“Tapi takdir Allah SWT dan buah itu terkena isteri dan anak. Bukan dia pergi mencari durian dan kebetulan pokok ini terletak bersebelahan rumah sahaja,” katanya.
TIADA SIAPA MAHU KEJADIAN SEPERTI INI BERLAKU
Katanya, tiada sesiapa mahu perkara itu berlaku, tambahan pula durian ini jatuh ke arahnya selepas terkena dahan lain.
Megat Zarulfais berkata, disebabkan salah faham, ramai pihak mengecam seolah-olah isterinya membawa bayi ke kebun mencari durian.
“Bagi yang tidak tahu cerita sebenar, usah membuat andaian sendiri,” katanya.
KECEDERAAN ANAK TIDAK SETERUK ISTERI
Katanya, selepas dibawa ke hospital, bayinya dibenarkan pulang berikutan kecederaannya tidak seteruk isteri.
“Rumah berkenaan hanya didiami isteri dan anak saya manakala saya bekerja di Kuala Lumpur.
“Saya menganggap kejadian ini sebagai ujian buat kami sekeluarga,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan Megat Muhammad Kays, dia berkata, anaknya kelihatan cergas dan aktif seperti biasa.
“Saya terima mana-mana pihak yang mengecam kerana mereka mungkin tidak tahu cerita sebenar. Saya ucap terima kasih kepada mereka mendoakan Megat Muhammad Kays cepat sembuh,” katanya
Sumber: Harian Metro
The post Anak 3 Bulan Luka Di Muka, Ibu Tak Sempat Elak Tertimpa Durian Gugur appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-3-bulan-luka-di-muka-ibu-tak-sempat-elak-tertimpa-durian-gugur/