Nfc Menagih Belas Kasihan Kerajaan Pn Hutang Rm250 Juta


National Feedlot Corporation (NFC) yang terbabit dalam skandal pada tahun 2011 berharap kerajaan akan meluluskan cadangan untuk menyelesaikan hutangnya yang tertunggak.

NFC mencuri tumpuan apabila bekas anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli mendedahkan syarikat membeli hartawan mewah menggunakan RM250 juta pinjaman kerajaan untuk projek ternakan lembu fidlot di Negeri Sembilan.

Syarikat itu dikuasai oleh Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya. Mohamad Salleh merupakan suami kepada bekas Ketua Wanita Umno dan bekas menteri keluarga Shahrizat Abdul Jalil.

Salleh, dalam satu kenyataan hari ini, berkata pihaknya telah membuat cadangan pembayaran balik sejak November 2018 tetapi tidak diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Salleh tidak memperincikan pelan pembayaran balik yang dicadangkan tetapi kerajaan menyaman NFC Jun lalu untuk mendapatkan semula jumlah keseluruhan baki hutang.

"NFCorp amat berharap untuk mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, untuk melangsaikan baki pinjaman RM250 juta NFCorp daripada kerajaan.

"Cadangan penyelesaian ini telah dinyatakan melalui beberapa surat kepada Kerajaan Malaysia seawal satu tahun setengah lalu, pada bulan November 2018, sehingga paling terkini pada 4 Februari 2020.

"Sehingga sekarang NFCorp tidak dapat kelulusan untuk membuat pembayaran balik itu, malah satu saman sivil terhadap NFCorp dan beberapa pihak telah dituntut oleh pihak peguam negara untuk pembayaran pinjaman tersebut," katanya.

Salleh berkata saman itu amat mengejutkan dan mengelirukan kerana NFCorp sudahpun setuju untuk membayar balik baki hutang seawal satu tahun setengah lalu, jika mendapat persetujuan Kementerian Kewangan.

"Saya berharap Peguam Negara dan Kementerian Kewangan akan memberi peluang yang adil dan saksama kepada pihak saya untuk menyelesaikan dan melangsaikan baki hutang pinjaman," katanya.

Kenyataan Salleh itu susulan perubahan kerajaan, yang mungkin menyaksikan pelantikan seorang menteri kewangan baru Selasa depan.

Kerajaan baru itu juga menyaksikan Hakim Mahkamah Persekutuan Idrus Harun dilantik sebagai peguam negara yang baru, Jumaat lalu.

Salleh didakwa melakukan pecah amanah berkaitan NFC tetapi dibebaskan pada 24 Nov 2015 selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/nfc-menagih-belas-kasihan-kerajaan-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luna Maya Pakai T Shirt Seharga Belasan Juta Warganet Melongo

Luna Maya Pakai T Shirt Seharga Belasan Juta Warganet Melongo

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 441 hits
Penampilan Luna Maya kembali mencuri perhatian Salah satu yang mencuri perhatian yakni kaus yang dikenakan Luna Maya
Kerajaan Negeri Perak Melaka Kedah Johor Mungkin Tergugat

Kerajaan Negeri Perak Melaka Kedah Johor Mungkin Tergugat

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 560 hits
Sekurang kurangnya tiga kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan akan runtuh apabila mengambil kira gabungan baru yang dipimpin MP Gombak Azmin Ali melibatkan anggota parlimen daripada PKR Bersatu BN PAS Warisan dan GPS Kerajaan negeri...
Kerajaan Ph Secara Rasmi Hilang Majoriti

Kerajaan Ph Secara Rasmi Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 586 hits
Kerajaan Pakatan Harapan secara rasmi kehilangan majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat susulan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia keluar daripada pakatan itu dan 11 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat keluar parti untuk membentuk blok be...
7 Sebab Kerajaan Ph Runtuh Bukannya Salah Umno Pas

7 Sebab Kerajaan Ph Runtuh Bukannya Salah Umno Pas

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 828 hits
Dengan perletakan jawatan Tun Mahathir selaku PM maka secara automatik terbubarnya Kabinet di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang diperkenankan oleh KDYMM SPB Yang Di Pertuan Agong Secara mudahnya KENAPA Kerajaan PH runtu...
Kerajaan Ph Masih Berjalan Lim Guan Eng

Kerajaan Ph Masih Berjalan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 503 hits
Fahmy A Roslibhnews bh com myGUAN Eng ketika sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat DAP di Pudu FOTO Hairul Anuar RahimKERAJAAN Malaysia yang ditadbir oleh Pakatan Harapan masih berjalan seperti biasa menurut Setiausaha Agu...
Dap Kutuk Pengkhianatan Bentuk Kerajaan Pintu Belakang

Dap Kutuk Pengkhianatan Bentuk Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 517 hits
KUALA LUMPUR DAP mengutuk pengkhianatan beberapa pemimpin dalam Pakatan Harapan sebelum ini dan ahli Parlimen yang terbabit dalam membentuk kerajaan pintu belakang Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata kerajaan pintu belakang itu ditubuh...
Asyraf Wajdi Tujuh Sebab Kerajaan Pakatan Harapan Runtuh

Asyraf Wajdi Tujuh Sebab Kerajaan Pakatan Harapan Runtuh

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 446 hits
DENGAN peletakan jawatan Tun Dr Mahathir selaku PM maka secara automatik terbubarnya Kabinet di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang diperkenankan oleh KDYMM SPB Yang Di Pertuan Agong Secara mudahnya kenapa Kerajaan PH run...
Kemelut Politik Negara Tak Mungkin Berakhir Tanpa Kerajaan

Kemelut Politik Negara Tak Mungkin Berakhir Tanpa Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 354 hits
APABILA Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dan diikuti 10 pemimpin PKR kerajaan sedia ada telah runtuh Berikutan itu juga Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada sebelah tengah hari Bagaimanapun Yang di Pe...
Terkini Umno Pas Dakwa Perolehi 129 Kerusi Dan Boleh Tubuh Kerajaan

Terkini Umno Pas Dakwa Perolehi 129 Kerusi Dan Boleh Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 956 hits
UMNO dan PAS dakwa sudah memiliki majoriti mencukupi iaitu 129 kerusi untuk membentuk kerajaan bagi menggantikan kerajaan Pakatan Harapan Jika dakwaan itu benar mulai esok bersamaan 25 Feb 2020 rakyat Malaysia berada dibawah kerajaan baharu...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao