Kerajaan Negeri Perak Melaka Kedah Johor Mungkin Tergugat



Sekurang-kurangnya tiga kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan akan runtuh apabila mengambil kira gabungan baru yang dipimpin MP Gombak Azmin Ali melibatkan anggota parlimen daripada PKR, Bersatu, BN, PAS, Warisan dan GPS.

Kerajaan negeri yang berisiko ialah Perak, Melaka dan Kedah. Johor juga bakal menyaksikan DUN tergantung.
Kerajaan pimpinan Warisan akan mengekalkan Sabah tetapi DAP dan PKR akan disingkir daripada gabungan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan mungkin akan mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor.

Di Perak, pada masa ini, PH mempunyai 30 kerusi, terdiri daripada 18 DAP, enam Amanah, empat PKR dan dua Bersatu.

Pada ketika ini, pembangkang mempunyai 28 kerusi, 25 daripada Umno dan tiga PAS serta terdapat juga seorang Adun bebas.

Apabila sokongan Bersatu beralih daripada PH, maka Umno, PAS dan Bersatu akan secara kolektif mengawal 30 kerusi daripada 58 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak sehingga membentuk kerajaan baru dengan majoriti dua kerusi.

Di Melaka pula, PH mempunyai 15 Adun yang terdiri daripada lapan wakil DAP, tiga wakil PKR dan dua lagi Bersatu dan Amanah.

Pembangkang di negeri ini memiliki 13 kerusi DUN, semuanya daripada Umno.

Sekiranya Adun Bersatu menukar sokongannya, keadaan akan sama dengan Perak, di mana Umno dan Bersatu boleh membentuk kerajaan majoriti dua kerusi kerana gabungan itu bakal mengawal 15 daripada 28 kerusi dewan undangan negeri.

Di Kedah, gabungan PH sekarang mempunyai 19 kerusi DUN yang terdiri daripada tujuh wakil PKR, enam wakil Bersatu, empat wakil Amanah dan dua wakil DAP.

Ini berlawanan dengan pembangkang yang mempunyai 17 kerusi, terdiri daripada 15 wakil PAS dan dua wakil Umno.

Bagaimanapun, jika Bersatu menukar sokongannya, pakatan baru itu akan mengawal 23 daripada 36 kerusi DUN, cuma satu kerusi saja lagi bagi mencapai majoriti dua pertiga.

Sementara itu, di Johor, situasi DUN boleh tergantung.

Pada masa ini, PH mempunyai 39 kerusi daripada 56 Anggota Dewan Undangan Negeri Johor yang terdiri daripada 14 wakil DAP, 11 wakil Bersatu, sembilan wakil Amanah dan lima wakil PKR.

Pembangkang mempunyai 17 kerusi yang terdiri daripada 14 wakil Umno, dua wakil MIC dan satu wakil PAS.

Peralihan sokongan Bersatu boleh menyebabkan kedua-dua PH dan gabungan baru tersebut menguasai 28 kerusi masing-masing, membawa kepada DUN yang digantung.

Tidak jelas jika MP Gombak Azmin Ali mendapat sokongan daripada lima Adun PKR di Johor. Beliau cuma memerlukan seorang sahaja Adun PKR untuk berpaling tadah dan kerajaan negeri akan runtuh.

Di Negeri Sembilan, PH berada dalam kedudukan yang lebih selesa kerana Bersatu tidak menyumbang mana-mana 20 kerusi yang dikuasainya dalam DUN.

Wakil PH di negeri itu terdiri daripada 11 kerusi DAP, enam wakil PKR dan tiga wakil Amanah.

Pembangkang mempunyai 16 kerusi dengan 15 wakil Umno, manakala satu wakil MIC.

Bagaimanapun, sama seperti situasi di Johor, kelangsungan kerajaan PH di Negeri Sembilan juga bergantung terhadap Adun PKR supaya tidak berpaling tadah kepada Azmin.

Tiga Adun berpaling tadah akan mencukupi untuk meruntuhkan kerajaan PH di Negeri Sembilan.

Di Selangor, pangkalan kuasa PKR, PH menguasai 50 daripada 56 kerusi DUN.

Gabungan parti pemerintah negeri ini terdiri daripada PKR dengan 21 kerusi, 16 wakil DAP, lapan wakil Amanah dan lima wakil Bersatu.

Terdapat enam kerusi pembangkang yang terdiri daripada lima wakil Umno dan satu wakil PAS.

Kerajaan PH di Selangor agak selamat walaupun Bersatu mengalih sokongannya. Jika gabungan Umno-PAS-Bersatu tersebut dibentuk di negeri itu, ia cuma dapat mengawal 11 daripada 56 kerusi.

Malah jika sejumlah besar Adun PKR yang menyokong Azmin berpaling tadah sekalipun, gabungan itu mungkin dapat bertahan di Selangor.

Ini kerana DAP dan Amanah sudah mengawal hampir 43 peratus daripada kerusi DUN dan hanya memerlukan lima Adun PKR untuk mengekalkan kerajaan negeri.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkemungkinan dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya lima orang Adun yang setia kepada daripada wakil rakyat PKR di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sumber parti juga membayangkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari, sekutu Azmin, belum lagi berhasrat untuk meninggalkan PH buat masa ini.

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri PH kekal dalam kedudukan yang selesa tanpa mengira jika gabungan baru dibentuk.

Ini kerana DAP dan Amanah sahaja mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Oleh itu walaupun semua anggota PKR berpaling tadah, tidak banyak perubahan yang berlaku. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak mungkin berlaku kerana tidak semua Adun PKR sejajar dengan gabungan pimpinan Azmin.

Pada masa ini, gabungan parti pemerintah di negeri itu mempunyai 37 kerusi, terdiri daripada 19 Adun DAP, 14 wakil PKR, dua wakil Amanah dan dua wakil Bersatu.

Pembangkang mempunyai tiga kerusi DUN, iaitu dua daripada Umno dan satu wakil PAS.

Di Sabah, kerajaan negeri diketuai oleh Warisan dan PH cuma sekadar rakan kongsi kecil.

Oleh itu jika Warisan menyertai gabungan baru, apa yang perlu dilakukannya adalah dengan menyingkirkan PH daripada kerajaan negeri dan meneruskan urusan pentadbiran seperti biasa

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/kerajaan-negeri-perak-melaka-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
M Nasional Beberapa Sokong Muhyiddin Pm Kedah Perak Melaka Ikut Johor

M Nasional Beberapa Sokong Muhyiddin Pm Kedah Perak Melaka Ikut Johor

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 288 hits
MN BERSATU capai majoriti DAP cemas saat iniLEWAT petang Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah satu keputusan awal dicapai Muafakat Nasional dan BERSATU selain beberapa parti lain yang dijangka menyusul memberi sokongan agar Tan Sr...
Kedah Mungkin Tubuh Kerajaan Baru Dibawah Pas

Kedah Mungkin Tubuh Kerajaan Baru Dibawah Pas

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 265 hits
Pas Kedah menyerahkan kepada kebijaksanaan Pusat untuk menentukan parti yang layak menerajui Kedah sekiranya pembentukan pakatan baharu dimeterai Ketua Penerangannya Mohd Azam Abdul Samat berkata perkara itu tidak pernah dibincangkan namun ...
Cari Photographer Wedding Sekitar Melaka Johor Dan Negeri Sembilan Hyperart Studio Sedia Membantu

Cari Photographer Wedding Sekitar Melaka Johor Dan Negeri Sembilan Hyperart Studio Sedia Membantu

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 878 hits
Cari Photographer Wedding Sekitar Melaka Johor dan Negeri Sembilan Hyperart Studio Sedia Membantu Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Mencari photographer untuk hari bahagia anda di sekitar Melaka Johor dan Negeri Sembilan Pastinya ramai p...
Umno Johor Yakin Akan Ada Kerajaan Negeri Baru

Umno Johor Yakin Akan Ada Kerajaan Negeri Baru

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 417 hits
ZIKRI KAMARULZAMAN Umno Johor yakin akan ada kerajaan negeri yang baru susulan pembelotan oleh pemimpin dan wakil rakyat PKR Dengan keputusan Bersatu yang bertindak keluar dari Pakatan Harapan jumlah kerusi dewan undangan negeri kini tergan...
Ahmad Faizal Kekal Mb Perak Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa

Ahmad Faizal Kekal Mb Perak Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 192 hits
Ipoh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini memaklumkan beliau masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perak sebagaimana yang diamanahkan selepas mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Selain...
Krisis Perak 2009 Mungkin Berulang Di Johor

Krisis Perak 2009 Mungkin Berulang Di Johor

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 330 hits
Zikri Kamarulzaman Dewan Undangan Negeri Johor berkemungkinan menyaksikan situasi sama yang berlaku di Perak lebih daripada sedekad yang lalu Kerajaan PH di negeri itu tumbang selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menemu bual 54 daripada 5...
Pkr Johor Larang Lantikan Politik Hadir Program Kerajaan Negeri

Pkr Johor Larang Lantikan Politik Hadir Program Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 268 hits
PKR Johor mengarahkan lantikan politiknya di negeri itu memboikot semua program anjuran kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno serta merta Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse dalam kenyataan malam tadi berkata lantikan politik i...
Sultan Selangor Puas Hati Komitmen Kerajaan Negeri

Sultan Selangor Puas Hati Komitmen Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 542 hits
SHAH ALAM 25 FEB Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan komitmen Kerajaan Selangor untuk meneruskan mandat rakyat negeri ini Baginda turut berkenan supaya pentadbiran Kerajaan Negeri berfungsi seperti biasa k...
Kerajaan Pakatan Johor Tumbang Barisan Bersedia Untuk Mengambil Alih

Kerajaan Pakatan Johor Tumbang Barisan Bersedia Untuk Mengambil Alih

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 471 hits
JOHOR BARU Kerajaan Johor yang dipimpin Pakatan Harapan tumbang dan Barisan Nasional kini bakal mengetuai kerajaan baru Ketua Umno Negeri Datuk Hasni Mohamad dijangka menjadi Menteri Besar yang akan datang Barisan kini mempunyai jumlah keru...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday

Building Trust In The Digital Age The Rise Of Fraud Verification Services