Kerajaan Ph Secara Rasmi Hilang Majoriti



(Sinar Harian) – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara rasmi kehilangan majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat susulan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada pakatan itu dan 11 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti untuk membentuk blok bebas.
Setakat jam 2 petang tadi, jumlah kerusi Parlimen Pakatan Harapan berkurangan kepada 101 berbanding jumlah kerusi asal dimiliki mereka sebelum ini iaitu 129.
Keseluruhan ahli Parlimen mewakili Bersatu ketika ini sejumlah 26 orang ditambah tindakan 11 ahli Parlimen PKR membentuk blok bebas menyebabkan PH kehilangan 37 kerusi dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Status terkini PH itu diakui Pensyarah Kanan Pusat Polisi Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof yang menyifatkan dua keputusan besar dibuat Bersatu dan kumpulan penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memainkan peranan penting terhadap perkara itu.
“Sesebuah parti atau pakatan parti boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sekiranya mereka menerima sokongan sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen daripada keseluruhan 222 ahli Parlimen.
“Ketika ini, kita lihat PH tidak lagi menerima sokongan majoriti. Jadi dengan keputusan Perdana Menteri meletak jawatan, segalanya terserah kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Berdasarkan keadaan semasa, komposisi terkini jumlah kerusi Parlimen bagi setiap parti dalam PH adalah PKR (39), DAP (42), Amanah (11) dan Warisan (9).
Di pihak pembangkang pula, komposisi terkini kerusi Parlimen bagi parti UMNO ialah 39, MCA (2), MIC (1), Pas (18).
Selain itu, kerusi Parlimen lain diisi parti UPKO (1), GPS (18), GBS (3), PSB (1) dan Bebas (1).
Difahamkan jumlah kerusi Parlimen dimiliki PH yang kini hanya dianggotai, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP bakal berkurangan lagi apabila Parti Warisan Rakyat Sabah (Warisan) dijangka membuat keputusan keluar PH pada bila-bila masa.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan itu dan jawatan Pengerusi Bersatu sebentar tadi.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, surat perletakan itu dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 1 petang tadi.
Bagaimanapun, Dr Mahathir dijangka akan menghadap kembali Agong pada jam 5 petang ini di Istana Negara.
Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam PH sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu sehingga timbul spekulasi pembentukan kerajaan gabungan baharu,
Selain itu, seramai 11 ahli Parlimen mengumumkan keluar daripada PKR dan PH bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.
Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota). Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat) dan Ali Biju (Seratok).
Selain itu, Willie Mogin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau) turut mengumumkan keluar PKR.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/02/24/kerajaan-ph-secara-rasmi-hilang-majoriti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buku Panduan Pengurusan Majlis Acara Rasmi Kerajaan

Buku Panduan Pengurusan Majlis Acara Rasmi Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 742 hits
Di era transformasi kini Jabatan jabatan dan Agensi Kerajaan semakin rancak melaksanakan secara sendiri majlis majlis dan acara rasmi Kerajaan tanpa melantik syarikat luar Secara tidak langsung setiap acara yang dilaksanakan menampilkan ide...
Kerajaan Baru Perikatan Nasional Akan Tertubuh Dengan Majoriti Yang Mencukupi 130 Kerusi

Kerajaan Baru Perikatan Nasional Akan Tertubuh Dengan Majoriti Yang Mencukupi 130 Kerusi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1418 hits
PETALING JAYA Penyusunan semula politik yang melibatkan pembentukan sebuah kerajaan baru dijangka berlaku tidak lama lagi berikutan sokongan lebih banyak kerusi Parlimen yang mencukupi untuk Tun Dr Mahathir Mohamad Difahamkan bahawa bilanga...
Peluang Anwar Untuk Mendapat Sokongan Majoriti Mp Dan Perkenan Agong Bentuk Kerajaan Baru

Peluang Anwar Untuk Mendapat Sokongan Majoriti Mp Dan Perkenan Agong Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 533 hits
Ambillah peluang ini dalam situasi sekarang secara sah daripada sebok tuding sana sini PRU14 PH menang jadi kerajaan atas FAKTOR Anwar Buktikanlah sekarang Kemaskini Tindakan Anwar Wan Azizah Matsabu dan limguaeng ke PMO pagi ini sangat tep...
Dap Tolak Dakwaan Ph Hilang Majoriti

Dap Tolak Dakwaan Ph Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR DAP menolak dakwaan Pakatan Harapan hilang majoriti menjadi kerajaan selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan 11 Ahli Parlimen PKR meninggalkan gabungan itu Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata pihaknya mengambil langkah ...
Ph Capai Persetujuan Pilih Calon Pm Kembali Bentuk Kerajaan Dengan Majoriti Mudah Kata Pemimpin Amanah

Ph Capai Persetujuan Pilih Calon Pm Kembali Bentuk Kerajaan Dengan Majoriti Mudah Kata Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 440 hits
MALAYSIADATELINE Pakatan Harapan mencapai persetujuan dalam pertemuan malam ini sebelum baki ahli Parlimen mereka menghadap Yang di Pertuan Agong esok Media dipetik melaporkan kebanyakan pemimpin tertinggi PH termasuk Datuk Seri Anwar Ibrah...
Belum Ada Keputusan Rasmi Blok Politik Mana Layak Tubuh Kerajaan

Belum Ada Keputusan Rasmi Blok Politik Mana Layak Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 335 hits
Belum ada pihak gabungan parti politik mana mendapat majoriti secara rasmi untuk bentuk kerajaan setakat ini Spekulasi bertiup kononya pakatan terdiri dari BN Pas Bersatu yang menyokong Muhyiddin perdana menteri ke 8 telah berjaya memperole...
Kdnk Merudum Apa Tindakan Kerajaan Ph

Kdnk Merudum Apa Tindakan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 326 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung apa tindakan Putrajaya selepas kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar pada suku terakhir 2019 paling perlahan seja...
Honda Accord Generasi Baharu Dan Civic 2020 Dilancarkan Secara Rasmi

Honda Accord Generasi Baharu Dan Civic 2020 Dilancarkan Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 367 hits
Mulai dinantikan peminat tempatan sejak pada tahun selepas negara lain mula menerima model terbaharu ini lebih awal akhirnya Honda Malaysia pada hari ini telah melancarkan dua model serentak iaitu Honda Accord dan Civic facelift 2020 secara...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Rekod Kepimpinan Cemerlang Amk Wp Sokong Kamil Munim Terajui Amk

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Apakah Diet Yang Sesuai Untuk Pesakit Psoriasis

Jalur Laluan Keretapi Terpanjang Di Dunia

Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes