New Balance Menyerlahkan Semangat Harimau Sempena Tahun Baru Cina Ini Dengan Koleksi Berani Dan Unik
NEW BALANCE MENYERLAHKAN SEMANGAT HARIMAU SEMPENA TAHUN BARU CINA INI DENGAN KOLEKSI BERANI DAN UNIK | Assalammualaikum semua. Jenama New Balance yang terkenal dengan produk pakaian gaya hidup aktif tampil dengan koleksi terbaru diinsipirasi daripada baris sajak ‘In Me, the Tiger Sniffs the Rose’ oleh Siegfried Sasson.
Apa yang menarik adalah ia signifikasi dengan Tahun Baru Cina atau Tahun Baru Lunar yang tahun ini adalah tahun Harimau. Harimau ialah haiwan yang ketiga dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Harimau dilambangkan oleh dahan duniawi iaitu Dizhi
Bertepatan dengan koleksi New Balance kali ini. Lebih bergaya dan berkeyakinan.
NEW BALANCE MENYERLAHKAN SEMANGAT HARIMAU SEMPENA TAHUN BARU CINA INI DENGAN KOLEKSI BERANI DAN UNIK
New Balance meraikan kedatangan Tahun Baru Cina dengan koleksi edisi terhad baru yang diinspirasikan daripada baris sajak ‘In Me, the Tiger Sniffs the Rose’ oleh Siegfried Sassoon dalam karyanya ‘In Me, Past, Present, Future Meet’.
Menerusi koleksi terbaru, jenama peneraju kasut dan pakaian sukan ini, ingin menggalakkan generasi muda untuk menonjolkan keberanian mereka dan pada masa yang sama, sisi lembut diri
Dengan penuh semangat dan tenaga, New Balance memulakan Tahun Harimau dengan kasut istimewa yang menyerlahkan semangat berani harimau melalui rekaan menarik dan menonjol dalam koleksi ini.
Koleksi Tahun Baru Cina daripada New Balance menampilkan rekaan rangkaian model popular 57/40 dan 327 serta rekaan XC-72
Koleksi 327 didatangkan dalam warna hitam dan perang yang dihiasi tona merah yang melambangkan keberanian dan kecekalan.
Manakala koleksi 57/40 boleh didapati dengan warna biru gelap dan dihiasi tona merah jambu dan hijau yang melambangkan ketelitian. Koleksi 327 dijual pada harga RM499 dan 57/40 pada RM519.
Bagi koleksi XC-72, rekaannya bertujuan menggabungkan keindahan dan elemen hutan belantara melalui padanan warna tanah dan belang harimau, seterusnya menggalakkan si pemakai untuk menjadi lebih bersemangat dan berani. Ia turut menampilkan bahan ‘retro suede’ yang lembut untuk menampakkan tekstur organik. Siri XC-72 dijual pada harga RM539.
Koleksi terbaru New Balance boleh didapati secara eksklusif di 3 rangkaian utama New Balance: Pavilion KL, Mid Valley Megamall dan Mid Valley Southkey. Koleksi ini dtawarkan untuk waktu yang terhad.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan sepasang koleksi istimewa ini sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini daripada New Balance, ikuti Instagram dan Facebook New Balance.
MENGENAI NEW BALANCE
New Balance, beribu pejabat di Boston, MA mempunyai misi berikut: Menunjukkan kepimpinan yang bertanggungjawab, kami membina jenama global yang atlet bangga pakai, rakan bersekutu bangga untuk mencipta dan komuniti bangga untuk menjadi tuan rumah.
Dikilangkan di A.S. selama lebih daripada 75 tahun dan mewakili bahagian terhad jualan A.S. kami, New Balance MADE U.S. ialah koleksi premium yang mengandungi nilai domestik sebanyak 70% atau lebih. New Balance memiliki dan mengendalikan empat kilang di New England dan satu di Flimby, U.K.
New Balance menggaji lebih daripada 7,000 syarikat bersekutu di seluruh dunia dan pada tahun 2020 melaporkan jualan di seluruh dunia sebanyak $3.3 bilion.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang New Balance, sila layari www.newbalance.com dan untuk mendapatkan maklumat akhbar terkini sila lawati https://newbalance.newsmarket.com/.
NEW BALANCE | FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2022/01/new-balance-menyerlahkan-semangat.html