Gandakan Ong Tahun Baru Cina Ini Dengan Peraduan Hari Harimau Ong Nestle
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui. Tak lama sahaja lagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni akan menyambut salah satu perayaan besar iaitu Tahun Baru Cina. Sambil menyambut perayaan dan bercuti tu korang juga boleh menang hadiah-hadiah menarik. Korang beli dan nikmati produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum dan raih peluang memenangi Tin Emas edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu
Rasa Ong (tuah) korang sudah tiba? Jom sertai Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (RTD) edisi 2022 dan korang mungkin salah seorang daripada lapan rakyat Malaysia yang betul-betul ONG untuk membawa pulang Tin Emas MILO atau NESCAFÉ RTD edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu! Hadiah yang ditawarkan sekali seumur hidup ini diperbuat daripada emas 999 seberat +-150gm. Empat orang pemenang Hadiah Utama ini akan diumumkan pada setiap bulan sepanjang tempoh dua bulan peraduan ini berlangsung iaitu dari 3 Januari hingga 28 Februari, 2022
Selain itu, pelbagai hadiah lumayan lain turut boleh dimenangi menerusi peraduan ini dalam bentuk ganjaran tunai pada setiap dua minggu peraduan berlangsung. Seramai 40 pemenang akan meraih hadiah tunai RM1,888 manakala 320 orang lagi bakal memenangi wang tunai RM288. Secara keseluruhannya, 368 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah dengan nilai keseluruhan mencecah RM487,700; sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 40 peratus dari segi bilangan pemenang berbanding peraduan edisi 2021
Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé RTD terbuka kepada semua penduduk di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan dokumen pengenalan sah. Berikut adalah langkah-langah penyertaan:
Langkah 1: Beli mana-mana produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (MILO UHT/Tin/Botol, Tin/Botol/Cawan NESCAFÉ, JUST MILK UHT, OMEGA PLUS UHT dan Botol LIVELY TEA) dengan nilai minima RM6 dalam sekeping resit tunggal di kedai-kedai yang turut serta. Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja.
Langkah 2: Catat nama dan nombor pengenalan korang di muka depan resit tersebut.
Langkah 3: Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan ke talian WhatsApp 018-3882921.
Rangakaian Nestlé Sedia-Untuk-Diminum telahpun berkembang dari sekadar jenama popularnya iaitu MILO, NESCAFÉ dan OMEGA PLUS. Kini, ia juga membariskan jenama minuman teh yang diseduh dengan adaptogen yang diberi nama LIVELY TEA. Minuman LIVELY TEA boleh didapati dalam tiga varian teh hitam yang menampilkan gabungan adaptogen yang diekstrak daripada guarana, salap lemon dan beri schisandra - sesuai untuk sambutan Tahun Baru Cina kali ini
Selain dinikmati bersendirian atau bersama orang tersayang, kepelbagaian perisa yang ditawarkan rangkaian Nestlé Sedia-Untuk-Diminum sememangnya cukup sesuai untuk sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, membolehkan korang menghidangkan aneka minuman popular kepada tetamu yang datang melawat
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dearnestle.com.my/peraduan-nestle-rtd-hari-harimau-ong
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2022/01/gandakan-ong-tahun-baru-cina-ini-dengan.html